Friday, April 10, 2009

Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Baru Selamat Angkat Sumpah

Jumaat, 10 April 2009: Seluruh anggota jemaah menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak petang semalam telah selamat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan DYMM YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi tadi.

Majlis rasmi itu bermula jam 9:30 pagi dan selesai pada jam 11:30 pagi (lebih kurang 2 jam), didahului oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Upacara penuh adat istiadat itu diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semua anggota kabinet melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia, kemudiannya menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Maka terbentuklah sudah sebuah jentera kerajaan baru di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semoga seluruh jemaah menteri dan timbalan menteri yang telah terpilih dan diberi kepercayaan memikul tanggungjawab besar ini, akan mampu melaksanakan tugasan mereka dengan baik , secara jujur, telus dan ikhlas serta memenuhi aspirasi rakyat berbilang kaum sebagaimana yang dihasratkan oleh Dato' Seri Najib yang bersungguh-sungguh mahukan perubahan dan transformasi menjadi kenyataan.

1 comment:

  1. Salam Perjuangan Saudara,

    Kami baru menubuhkan sebuah blog untuk ahli-ahli UMNO yang mempunyai blog.

    Jika saudara berminat, silalah ziarah blog kami.

    www.umnoblogger.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.

Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.

Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.

Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.

Harap maklum!