Pesanan Ringkas Buat Dato' Seri Mohd Ali Rustam - Ketua Menteri MelakaSelepas PRU12 kita mula melihat Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo memulakan langkah bijak sebagai pemimpin Umno pertama memasuki arena "BLOGGING" dan diikuti Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan beberapa pemimpin Umno/BN yang lain.
Sehingga hari ini, jam 9:00PM, apa yang dilihat, Dr Mohamad Khir Toyo terus begitu bersedia dikritik dan dikecam di dalam komen blog beliau tetapi malangnya Mohd Ali Rustam yang mengikuti langkah bekas MB Selangor itu akhirnya "SAKIT MATA" atau "PANAS TELINGA" membaca dan mendengar kritikan serta kecaman bloggers.
Apa sudah jadi? Kenapa ruangan komen dibatalkan? Ke mana dicampaknya topik "Isu Babi" sebelum ini? Kenapa mesti "SETENGAH JALAN?"
Saya sarankan supaya Ketua Menteri Melaka itu terus membuka ruangan komen kepada seluruh rakyat untuk melepaskan sebarang kritikan, kecaman, pandangan atau teguran secara bebas sepertimana sebelumnya. Sebagai pemimpin, anda turut dinilai rakyat setelah memilih jalan itu untuk berinteraksi dengan rakyat. Jangan hanya "HANGAT-HANGAT TAHI AYAM" dan tidak memegang pada kata-kata awal sebelum ini.
Jika Mohd Ali Rustam bersikap sedemikian, bukan hanya penyokong pembangkang sahaja yang tidak menghormati beliau bahkan saya sendiri, penyokong umno dan ahli-ahli Umno/BN di akar umbi akan turut memandang "LEKEH" kepada Ketua Menteri Melaka ini.
Orang nak buat blog, dia pun nak buat juga tapi hakikatnya tidak bersedia dikritik dan menerima pandangan rakyat. Oleh itu, janganlah ikut sikap tidak baik Pak Lah yang suka "CAKAP PUSING-PUSING" dan "TIADA BERPENDIRIAN". Sungguhpun saya berdiri di belakang Umno/BN tetapi saya "ANTI PEMIMPIN YANG TIADA PRINSIP DAN PENDIRIAN".
Ubah sikap dan berpeganglah pada kata-kata yang telah diucapkan.
"TIDAK PERLU TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI"

No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!