Topik berkaitan di blog ini sebelumnya yang bertajuk Agenda Pak Lah Penuh MISTERI mengajak anda semua berfikir apakah rasionalnya agenda yang dibangkitkan ini. Adakah ianya satu persediaan diri Pak Lah sebelum beliau berundur dan melakukan proses "Peralihan Kuasa Kepimpinan?"Kedua-dua agenda ini berturutan dilakukan dalam masa yang terdekat dan amat singkat serta menjadi tanda tanya kepada sebilangan besar rakyat Malaysia, baik penyokong-penyokong Umno/BN apatah lagi kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Kita tahu sebelumnya Pak Lah membalas dendam segala kritikan "Che Det" dengan mengarahkan BPR mencungkil semula fail-fail siasatan ke atas mantan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan akhirnya BPR mengumumkan "Che Det" bebas daripada segala dakwaan yang mengaitkannya dengan kes-kes rasuah.
Adakah dua agenda terbaru ini, baru kini dirasakan penting oleh Pak Lah untuk dilaksanakan? Mengapa tidak sebelumnya? Meskipun ianya untuk kebaikan tetapi apakah rasionalnya tindakan itu pada masa sekarang ini? Mungkinkah ada sesuatu di sebaliknya?
Hanya Pak Lah sahaja yang ada jawapannya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!