Tuesday, February 24, 2009

Lepas Dua Tiga Bukit Kini Timbul Pula Satu Batang


Selepas dua tiga bukit bakal diadakan pilihanraya kecil, kini timbul pula satu batang menyusuli kesemua bukit-bukit berkenaan. Sahut-menyahut nampaknya.

Batang yang muncul ini ialah Batang Ai dan bukannya Batang You. He...he...he...!

DUN N.25 - Bukit Selambau di Kedah dan Parlimen P.59 - Bukit Gantang di Perak telah disahkan pilihanraya kecilnya pada 7 April 2009, manakala DUN N.37 - Bukit Lanjan di Selangor masih belum diputuskan secara muktamad lagi kerana PKR masih teragak-agak dan masih dalam dilema.

Terbaru hari ini, DUN N.29 - Batang Ai, di bawah Parlimen P.203 - Lubok Antu di Sarawak juga bakal menyaksikan pilihanraya kecil yang bakal diumumkan SPR nanti apabila ADUN-nya, YB Datuk Dublin Unting A/K Ingkot (PRS), meninggal dunia awal pagi tadi pada jam 1:25 AM, akibat diserang angin ahmar.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga mendiang serta penyokong-penyokong mendiang.

Pada era kali ini menyaksikan kekalutan dunia politik tanahair begitu ketara sekali. Apakah semua ini dilihat sebagai satu rahmat atau malapetaka daripada Allah SWT? Nilai-nilailah sendiri dan carilah jawapannya.

1 comment:

  1. Bila BUKIT teLANJANg nampak BUKIT besar GANTANG diuli-uli BUKIT SELAMBAU aje (selamba loghat Melaka) sampai terjulur BATANG AI tak tertahan dan tak sabar2 nak ikut dua bukit 7 April ni. Untung2 semua BUKIT SELAMBAK depan mata. Jangan pulak BATANG BERJUNTAI ikut sekali nanti rosak program. Huhuhu!!!

    ReplyDelete

Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.

Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.

Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.

Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.

Harap maklum!