Jumaat, 19 Februari 2009: Barisan Pemuda Barisan Nasional telah mengadakan satu perhimpunan yang diberi nama "Himpunan Menjunjung Setia Daulat Tuanku" di Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra.
Majlis yang bermula lebih kurang jam 9:30 malam itu telah dihadiri seramai lebih 2,000 orang terdiri daripada wakil pemuda-pemudi UMNO, MIC, MCA dan lain-lain parti komponen dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak. Turut menyertainya ialah ahli-ahli dari badan-badan NGO.
Calon Ketua Pemuda UMNO yang turut hadir ialah Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin manakala Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak kelihatan.
Majlis perhimpunan tersebut berakhir lewat malam, lebih kurang hampir jam 12:00 tengah malam setelah wakil-wakil pemuda BN turut melayani sidang media oleh para wartawan yang hadir di akhir majlis berkenaan.
Berikut saya siarkan sebahagian daripada gambar-gambar terpilih yang sempat dirakamkan.










Kata Dato' Seri Hishammuddin, para pemuda BN mengadakan perhimpunan secara lebih berhemah dan tidak seperti golongan pembangkang yang gemar berarak dan merusuh di tepi-tepi jalan.
Pemuda Pelapis: Benar Dato' Seri, saya amat bersetuju kerana semua orang tahu kita lebih berakhlak mulia daripada pemuda pembangkang yang sanggup menderhaka serta berakhlak buruk lagi menghinakan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!