Daulat Tuanku!KLANG 13 Februari: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.
Kepada para pemimpin dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat, tolong belajar menghormati Institusi Raja-Raja Melayu, kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara. Hentikanlah bersikap bagaikan beruk-beruk makyeh jalanan yang gemar merusuh.
Usahlah berterusan memutarbelitkan fakta-fakta mengikut selera sendiri dan kepentingan peribadi disebabkan kedangkalan ilmu pengetahuan. Jangan sesekali mencabar peruntukan undang-undang yang sedia-ada.
Apa yang berlaku di Perak jelas membuktikan kepimpinan Pakatan Rakyat dan para penyokongnya dilihat tidak profesional dan tidak rasional malahan turut mencerminkan sikap gila kuasa secara keterlaluan sehingga melanggar batas-batas susila kemanusiaan. Jadilah golongan manusia yang lebih bertamaddun.
Oleh itu hentikanlah segala perilaku bodoh, biadab dan tidak beradab itu.
“Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta” titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini.
Baca selanjutnya di sini...
Kepada para pemimpin dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat, tolong belajar menghormati Institusi Raja-Raja Melayu, kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara. Hentikanlah bersikap bagaikan beruk-beruk makyeh jalanan yang gemar merusuh.
Usahlah berterusan memutarbelitkan fakta-fakta mengikut selera sendiri dan kepentingan peribadi disebabkan kedangkalan ilmu pengetahuan. Jangan sesekali mencabar peruntukan undang-undang yang sedia-ada.
Apa yang berlaku di Perak jelas membuktikan kepimpinan Pakatan Rakyat dan para penyokongnya dilihat tidak profesional dan tidak rasional malahan turut mencerminkan sikap gila kuasa secara keterlaluan sehingga melanggar batas-batas susila kemanusiaan. Jadilah golongan manusia yang lebih bertamaddun.
Oleh itu hentikanlah segala perilaku bodoh, biadab dan tidak beradab itu.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!