Monday, March 23, 2009

AKIM Berhasrat Letakkan Calonnya di Dua Pilihanraya Kecil - Hentikanlah!

Parti picisan AKIM yang seakan perjuangan PAS diberitakan akan turut meletakkan calonnya di DUN - Bukit Selambau dan di Parlimen - Bukit Gantang. Di manakah kredibiliti mereka untuk bertanding atau sengaja bertindak menjadi pengacau undi sahaja?

Di Permatang Pauh calonnya tewas teruk sehingga kehilangan wang pertaruhan dan di Kuala Terengganu pula calonnya bermain "sorong papan, tarik papan" apabila menarik diri pada saat-saat akhir di hari penamaan calon. Apakah kali ini mereka yakin mempunyai kekuatan untuk turut bertanding? Hentikanlah menjadi penyibuk atau sekali lagi cuba mencari publisiti murahan?

Ibaratnya terjadi hanya dua calon yang bertanding antara AKIM dengan Bebas, maka jauh lebih baik mengundi calon Bebas daripada calon AKIM. Memberi undi kepada AKIM samalah istilahnya merosakkan undi yang berharga.

AKIM sebuah parti baru daripada pecahan PAS tidak mempunyai halatuju perjuangan. Malahan saya menilai AKIM sebagai sebuah parti pengacau jika turut meletakkan calonnya dalam mana-mana pilihanraya. Sebelumnya parti ini keliru dengan adanya dua presiden parti.

Parti yang mempunyai bilangan keahlian yang tidak seberapa pun sukar hendak diuruskan apatah lagi berhajat besar mahu mentadbir sesebuah kawasan DUN atau Parlimen bagi menangani masalah rakyat.

Selesaikan dahulu kemelut dalaman parti dan binalah dahulu kekuatan pengaruh sebelum menyahut cabaran di mana-mana pilihanraya. Jika merasa khuatir dan sukar membina kekuatan, bubarkan saja parti AKIM dan kembalilah duduk sebumbung dengan PAS daripada menjadi parti penyibuk.

Nasihat saya kepada AKIM, usahlah membuang duit serta membuang masa. Kalah teruk (hilang wang pertaruhan) sudah pasti dalam genggaman. Kumpulkan ahli-ahli pergilah bertabligh di mana-mana madrasah adalah lebih afdhal daripada membabitkan diri dalam politik.

Kepada ahli-ahli AKIM, jangan marah! Ini hakikat yang nyata dan perlu diterima dengan hati yang terbuka. Bak kata pepatah, "kalau kail panjang sejengkal, jangan nak menduga lautan yang dalam". Senang cerita, hentikanlah!

1 comment:

  1. yes bro you're right. ckp kat dia org tu takyah membazir wang dan masa. buat semak je.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.

Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.

Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.

Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.

Harap maklum!