Thursday, April 23, 2009

GMP Buat Laporan Polis Malaysiakini Hina Raja


Portal berita maya Malaysiakini yang menyiarkan tajuk berbahasa Inggeris "Raja Nazrin Defends Monarchy Against Ridicule" pada Selasa lalu (21 April) yang dianggap menghina kenyataan Raja Muda Perak telah diambil tindakan oleh Gagasan Melayu Perak (GMP).

Laporan polis dibuat oleh Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, jam 5 petang semalam (22 April) di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh. Kata beliau memberitahu pemberita, laporan polis dibuat kerana GMP beranggapan berita yang disiarkan oleh laman web itu bersifat kurang ajar dan biadab terhadap institusi beraja di negeri ini.

Setelah membaca laporan berita yang disiarkan Berita Harian Online itu saya cuba membuat carian tajuk berkenaan di laman web Malaysiakini tetapi sudah dipadamkan dan tiada dalam senarai. Apakah disebabkan gelabah atau kerana menerima arahan agar ianya dipadamkan? Rujuk Berita Harian...

Lain kali siarkanlah berita dengan lebih bertanggungjawab dan jangan suka ikut selera penulis saja.

Jadilah wartawan yang profesional sekalipun menyokong pakatan haram PR. Kita tahu ia bukan lagi satu rahsia kerana Malaysiakini lebih pro kepada pakatan pembangkang walaupun sekali pandang kononnya ia cuba berlaku adil. Di sebalik tabir media tersebut terdiri daripada pemimpin pembangkang. Semua orang tahu.

Lebih baik isytihar saja secara terbuka menjadi seperti Suara Keadilan dan Harakah Daily. Janganlah bersikap licik mengelirukan rakyat yang beranggapan media itu boleh dijadikan rujukan tapi dalam masa yang sama mencucuk jarum membawa agenda hasutan. Malaysiakini boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

1 comment:

  1. GMP MOHON MAAF PADA MALAYSIAKINI - mkini

    Kira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungi Malaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut.

    Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepada Malaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam.

    Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke balai polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam.

    Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan.

    Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut.

    Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya.

    Bernama dan Utusan Malaysia (atas), adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Malaysiakini itu.
    azhar..

    ReplyDelete

Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.

Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.

Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.

Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.

Harap maklum!