
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila beliau dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir di hari akhir Perhimpunan Agung UMNO ke-59 pada 28 Mac 2009 lalu.
Tun Dr Mahathir yang keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 lalu hadir di hari penutup persidangan bagi membuktikan kenyataannya bahawa beliau akan pasti kembali menyertai UMNO jika proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan.
Setelah Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sah menjawat jawatan Presiden UMNO dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden baru (Mohd Najib) maka perkara ini telah melegakan Tun Dr Mahathir yang berhasrat mahu melihat UMNO kembali stabil di bawah barisan kepimpinan baru.
Kehadiran Tun Dr Mahathir bersama isterinya di akhir persidangan itu dilihat mampu menyuntik semangat baru kepada seluruh ahli-ahli UMNO dan barisan kepimpinan baru UMNO.
Kita berharap dengan bersatunya kembali tokoh negarawan ini ke dalam UMNO akan dapat memulihkan semula perpaduan di dalam UMNO di samping mampu memperkukuhkan kembali kekuatan UMNO sepertimana asalnya.
Semoga Tun Dr Mahathir dan seluruh barisan kepimpinan UMNO sudah bersedia membuang segala yang keruh dan mengambil segala yang jernih demi semangat memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Besar harapan kami di akar umbi untuk melihat tokoh-tokoh negarawan seperti Tun dan Pak Lah kembali bersatu dan bergabung bersama kepimpinan tertinggi parti ke arah memupuk semangat perjuangan baru yang lebih kukuh di dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanahair.
Pepatah lama sering mengatakan, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" adalah tunggak perjuangan yang tidak harus kita pandang sepi. Kekuatan bangsa Melayu amat perlu kepada perpaduan. Tanpa penyatuan maka tidak wujudlah perpaduan yang diharapkan.
Oleh itu dengan kembalinya semula Tun Dr Mahathir kepangkuan UMNO, kita patut bersyukur kehadhrat Allah SWT dan berterima kasih kepada tokoh negarawan itu yang telah membuktikan kenyataannya sebelum ini.
Semoga selepas ini tiada lagi persengketaan yang berlaku di kalangan tokoh-tokoh negarawan dengan barisan kepimpinan tertinggi UMNO di masa-masa akan datang. Jadikanlah yang buruk sebagai sempadan dan yang baik itu sebagai teladan.
Tiada apa yang tidak boleh dibincangkan. Seandainya berlaku lagi kekusutan maka bawalah ianya ke meja perundingan bagi mengurai segala yang kusut. Begitulah harapan kami di peringkat akar umbi yang mahu melihat UMNO kembali bersatu dan teguh di dalam perjuangan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!