Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam kepada semua pelayar blog Pemuda Pelapis,

Saya memohon maaf kerana sekian lama tidak mengemaskini blog Pemuda Pelapis disebabkan tidak berkesempatan oleh kerana terlalu banyak urusan-urusan rutin harian lain yang lebih penting untuk diutamakan berbanding kerja-kerja mengemaskini blog dengan berita-berita dan perkembangan politik yang sentiasa pasang dan surut mengikut arus serta tiupan angin semasa.

Walau bagaimanapun saya tidak pernah abai mengikuti perkembangan semasa berita-berita politik tanahair dengan melayari tulisan teman-teman penulis blog politik. Insya'Allah jika berkesempatan, mulai sekarang saya akan meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini semula blog Pemuda Pelapis sekurang-kurangnya satu atau dua berita dalam seminggu.

Terlalu banyak komentar-komentar memaki hamun (mengikut emosi) yang saya terima daripada "Anonymous" yang takut mendedahkan identiti walaupun hanya dengan "nickname" pun mereka tidak berani tetapi masuk melepaskan geram secara membabi buta tanpa akal. Apa pun saya akan semak terlebih dahulu dan akan siarkan nanti sekiranya bersesuaian untuk rujukan semua penyokong-penyokong di kedua-dua pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Akhirkata, setakat ini dahulu pengumuman semasa yang mampu saya coretkan untuk semua rakan-rakan blog yang sudah lama saya tinggalkan. Semoga dengan izin Allah SWT, mulai sekarang kita akan kembali bersua seperti dahulu. Insya'Allah!

Pemuda Pelapis

Pemuda Pelapis
Salam sahabat blogger semua!

Lama saya bertapa, bersambung pulak dengan raya. Ramai juga yang email tanya ke mana? Tak apalah dah semakin ramai penulis-penulis blog generasi baru, cukuplah saya tumpang tengok dan tumpang baca sementara waktu tengah sibuk ni.

Banyak juga komen-komen yang saya terima tapi semuanya macam hamPAS sebab pengulas-pengulasnya daripada pengaji-pengaji pondok yang tak ambil berkat apa yang mereka mengaji selama di pondok. Penuh dengan cacian dan maki-hamun serta mencarut. Yang disiarkan hanya beberapa sahaja.

Mengambil kesempatan Aidilfitri yang ada lagi ni, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung dan pembaca. Maaf, saya lama tak kemaskini blog Pemuda Pelapis. Insya'allah kalau diizinkan nanti saya akan kembali mengemaskini dengan perkembangan semasa politik tanahair.

Pemuda Pelapis
Salam buat semua rakan-rakan blogger,

Maaf, saya agak lama bertapa nak buat satu gerakan bawah tanah untuk tawan semula negeri-negeri yang berada di bawah jajahan Pakatan Haram PR. Daripada duduk melalak dalam blog saja pun tak ada kesudahannya kalau kerja-kerja realiti tak berjalan lancar.

Nampaknya kalau semakin dibiarkan lagi lama maka tocang Pakatan Haram PR akan lagi lebih naik toncitnya macam benggali singh. Oleh itu kepada semua pejuang-pejuang UMNO/BN yang merasa bertanggungjawab membela nasib agama, bangsa dan negara, ayuhlah kita bersegera bertindak secara realistik daripada melayan kerenah budak-budak dungu blogger Pakatan Haram PR yang tak bertamaddun.

Jangan marah! Lama tak provok, sesekali seronok jugak tengok kau orang semua melenting macam sakai hilang sumpit...

Pemuda Pelapis
Maaf saya lama tak kemaskini blog Pemuda Pelapis. Insya'Allah mulai hari ini saya akan pantau semula berita-berita terkini dan perkembangan semasa untuk dibuat ulasan serta diberikan sedikit sentuhan pandangan peribadi sebagai perkongsian.

Lama saya berehat sebab pening kepala dengan bermacam-macam gelagat yang ditimbulkan pembangkang sejak akhir-akhir ini. Paling memeningkan kepala bila memikirkan kerenah Tuan Guru N.Ajis yang dah bercampur nyanyuk tu.

Nasihatlah pada dia suruh berundur. Suruh dia tumpukan saja pada ibadah dan ingat akhirat daripada duduk menambahkan dosa mencela orang sana sini. Rumah dah kata pergi, kubur pun dah panggil mari! Insaf-insaflah wahai Tuan Guru N.Ajis.

Insya'Allah posting akan datang nanti saya muatkan hal-ehwal perkembangan semasa yang mana termampu. Wassalam!

Pemuda Pelapis
Saya kurang menulis semenjak dua menjak kebelakangan ini kerana kesibukan masa. Mungkin juga saya perlu merehatkan minda daripada penat memikirkan soal krisis politik bodoh yang tidak berkesudahan sejak PRU12 - 2008 lalu hinggalah hari ini.

Kalau rakyat mudah memahami keadaan sebenarnya krisis politik tanahair dicetuskan oleh pakatan haram PR dan bukannya oleh UMNO/BN. Selepas mereka memenangi beberapa buah negeri pada pilihanraya umum 2008, pakatan haram PR kelihatan berperangai seperti "beruk-beruk mendapat bunga".

Apa sahaja akan diselongkarnya untuk membaca kesalahan orang lain sedangkan keburukan sendiri cuba ditutup meskipun tertonggeng nampak salah terang-terangan. Tindak-tanduk rakus kepimpinan pakatan haram PR sudah lama diperhatikan. Pakatan haram PR lebih gila kuasa tetapi tidak bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan oleh pengundi.

Manusia seperti pemimpin dan penyokong pakatan haram PR tidak seharusnya diberi muka untuk menang di lain kali kerana "beruk-beruk" seperti ini hanya menyusahkan rakyat sahaja. Mereka bukannya tahu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, sebaliknya mereka cuma makan gaji buta sebagai wakil rakyat tetapi kerja-kerja tidak dilakukan sebaik-baiknya terhadap rakyat-rakyat bodoh yang telah mengundi mereka. Padanlah muka siapa yang telah mengundi mereka!

Ramai pemimpin pakatan haram PR memegang dua jawatan wakil rakyat Parlimen dan DUN sekaligus. Di sini kita dapat menilai bahawa pakatan haram PR ketandusan pemimpin kerana terpaksa meletakkan orang sama di kerusi Parlimen dan DUN sedangkan BN masih dianggotai oleh ramai pemimpin-pemimpin berkaliber dan tidak berlaku pun seorang pemimpin memegang dua jawatan Parlimen dan DUN bagi tempoh masa yang sama.

Dengan memegang dua jawatan di Parlimen dan DUN sudah tentulah mereka tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna kerana terpaksa terkejar-kejar masa. Lebih-lebih lagi jika DUN dan Parlimen yang dipegangnya berada di kawasan yang berlainan atau jauh. Perkara seperti ini pun tidak mampu untuk difikirkan oleh golongan pengundi-pengundi bangang yang menyokong pakatan haram PR.

Penyokong pakatan haram PR mungkin menganggap politik umpama "bermain pondok" seperti di zaman kanak-kanak agaknya. Memang tak syak penyokong-penyokong pakatan haram PR berfikir menggunakan kepala lutut sehingga hilang pertimbangan untuk mengutamakan kepentingan ramai khususnya generasi akan datang.

Politik pakatan haram PR tak ubah "politik balas dendam" dan bukannya ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Mungkin juga politik pakatan haram PR umpama "politik syok sendiri" yang hanya suka-suka nak pegang jawatan sebagai wakil rakyat tetapi tidak tahu apa nak buat bila dah menang pilihanraya. Ini amat ketara berlaku dalam barisan pakatan haram PR. Contohnya wakil rakyat Kelana Jaya seorang budak "cameraman" Cina yang terlalu mentah dan tidak tahu nak buat apa-apa.

Oleh yang demikian saya bercadang mengambil cuti sebagai penulis sukarela selama 10 hari atau mungkin 14 hari daripada sekarang. Walau apa pun saya akan tetap kemaskini komentar jika ada, cuma bercuti menulis sahaja. Perkembangan berita terkini juga tetap diikuti melalui pembacaan.

Letih memikirkan politik biol cetusan pakatan haram PR yang tidak ada kualiti. Ternyata pakatan haram PR memang mahu membiolkan semua orang agar mereka berjaya menakluki negara dengan memerintah berdasarkan "undang-undang rimba" sepertimana yang terjadi di Perak.

O.K kawan-kawan, saya nak cuti rehat sekejap. Habis tempoh bercuti saya akan segera kembali untuk terus menyerang pakatan haram PR yang tak bertanggungjawab dan bodoh.

Pemuda Pelapis
Sikap gila kuasa pakatan haram PR amatlah ketara sekali apabila kumpulan pemimpin dan penyokong dari pakatannya secara terang-terangan mengagung-agungkan kumpulan pengganas yang semakin berleluasa di negara ini.

Bagi mengaburi mata rakyat kumpulan Hindraf yang merupakan pengganas era baru ini telah membentuk sebuah pertubuhan yang didaftarkan dan menganjurkan perhimpunan yang dinamakan "Bersih" (kononnya la) tapi hakikatnya hati masing-masing keruh hitam berkelodak dengan niat yang teramatlah busuk.

Apa pun kerajaan tidaklah buta mata sepertimana yang mungkin dianggap kumpulan tersebut sebab itulah beberapa pemimpinnya pernah ditahan di bawah akta ISA dan kemudiannya dibebaskan baru-baru ini. Kalau diamati cara dan strateginya mirip kepada kumpulan pengganas komunis.

Pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan itu menjadi idola perjuangan pakatan haram PR kononnya pemimpin-pemimpin Hindraf itulah "Hero Tamil" kumpulan mereka. Bila kumpulan itu mengganas dan ditahan pihak berkuasa mereka menganggap polis dan kerajaan bertindak zalim walhal provokasi itu bermula di pihak mereka.

Setelah dibebaskan mereka angkuh berkata tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah membebaskan mereka malahan begitu celupar mulut-mulut mereka mengutuk dan mengecam kerajaan. Tocang kumpulan keling paria itu semakin kembang dengan adanya sokongan daripada kepimpinan pakatan haram PR.

Saya tidak hairan dengan sikap dan tingkahlaku kumpulan paria itu berserta kepimpinan pakatan haram PR kerana kalau mereka manusia yang berakal waras tentulah awal-awal lagi mereka akan tahu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

Kebelakangan ini timbul pula idea kumpulan tertentu, Citizens International (CI) yang dipengerusikan S.M. Mohamed Idris menyarankan kerajaan agar membenarkan ketua pengganas komunis, Chin Peng (PKM) dibawa balik ke tanahair daripada Thailand.

Alasannya supaya ketua komunis itu dapat menghabiskan sisa-sisa akhir riwayatnya di Tanah Melayu tempat beliau pernah mengganas membunuh ribuan pejuang tanahair dan rakyat yang tidak berdosa dengan kekejaman. Apakah ini wajar dan logik?

Sejak beberapa hari kebelakangan ini kita muak dan getik mendengar kedunguan serta kebahlolan warganegara kita yang cetek ilmu sejarah telah diperbodoh-bodohkan oleh puak-puak tertentu dalam pakatan haram PR yang berideologi komunisme.

Idealogi komunisme didokongi oleh parti DAP yang juga saudara rapat sepusat sepusing dengan PAP di Singapura yang terus berusaha memecahbelahkan bangsa Melayu agar senang mereka menakluki negara ini.

Lebih mengecewakan kita kerana idea membawa Chin Peng pulang juga diluahkan oleh pemimpin parti komponen BN iaitu Pengerusi parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.

Kenyataannya bukan sahaja telah mengguris kepimpinan UMNO Pulau Pinang tetapi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran, khususnya keluarga dan waris-waris pejuang negara yang menentang kezaliman komunis di Tanah Melayu sejak 1948 hingga 1960.

Hanya sekadar beralasankan perikemanusiaan tidak cukup kuat untuk Hock Nan membuat kenyataan tersebut. Secara langsung kita faham Hock Nan sendiri tidak adil dengan sifat perikemanusiaannya tanpa mengambilkira penderitaan keluarga dan waris mangsa kekejaman komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang itu wajar merujuk semula sejarah Tanah Melayu dan wajib mempelajarinya sehingga benar-benar faham maka barulah akan lahir sifat kemanusiaan yang sebenarnya.

Beliau tidak seharusnya bersikap menjaga hati seorang individu seperti Chin Peng (pengganas pulak tu) tetapi mengenepikan perasaan kumpulan majoriti lain. Hock Nan juga perlu belajar menghormati orang-orang Melayu dengan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris perasaan orang Melayu terutamanya waris-waris mangsa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng dahulu.

Pakatan haram PR akan terseNGEH dan ternga-NGA apabila ada di kalangan pemimpin dalam BN saling bertentangan pendapat kerana itulah yang sangat-sangat dinantikan oleh kepimpinan pakatan haram PR bagi lebih memudahkan mereka main cucuk jarum untuk memecahbelahkan barisan kepimpinan BN.

Kita khuatir kepada ketua pembangkang yang sering menggunapakai sejenis "jarum luarbiasa" untuk mencucuk-cucuk belakang generasi muda yang asyik dan leka dengan segala mimpi yang enak-enak yang dijanjikan saudara DS Anwar. Tak perlulah cerita lebih lanjut mengenai Anwar, rasanya semua orang dah tahu (dah masak sangat).