
Kenyataan Ahmad Shabery Cheek pada 12 April 2008 yang mengatakan tidak mahu tunduk kepada desakan MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim (PKR) tentang isu Radio Selangor FM tetapi akhirnya membuat keputusan mengarahkan stesen radio berkenaan supaya berpindah. Apakah beliau merasakan keputusannya itu cekap dan bertepatan?
Dengan keputusan itu, tidak kurang RM3Juta akan dibazirkan untuk tujuan perpindahan dan pengubahsuaian premis di lokasi baru.
Desakan MB Selangor itu atas kata dua, samada memberikan ruang 1 jam seminggu kepada Pakatan Rakyat untuk ke udara dengan aktiviti-aktiviti semasa kerajaan baru Selangor atau diarahkan keluar dari bangunan SSAAS ke tempat lain jika tidak patuh dengan permintaan tersebut.
Sedarkah Ahmad Shabery bahawa beliau sudah "TERJERAT" dengan permainan politik Pakatan Rakyat? Keputusan beliau memberi arahan supaya berpindah juga adalah "TUNDUK" kepada Khalid Ibrahim selain menuruti kehendak MB Selangor itu.
Sebagai orang yang baru belajar menyarung "bush jacket" (bak kata Sanusi Junid ketika Ahmad Shabery cuba mengkritik Dr Mahathir tempohari), bukan itu keputusan yang sepatut diambil beliau. Keputusan itu membuktikan "PENAFIAN" yang selama ini membuakkan rasa meluat rakyat terhadap media elektronik yang tidak adil.
Beliau seharusnya mengambil jalan tengah untuk berbincang dengan Khalid Ibrahim secara lebih berhemah dan meletakkan syarat tertentu kepada kerajaan Selangor sekarang jika mahu ke udara. Dengan menafikan penyertaan Pakatan Rakyat untuk memasukkan slot dan aktiviti kerajaan negeri dan sanggup mengarahkan supaya berpindah itu hanya "MENGESAHKAN" atau "MENGIYAKAN" apa yang rakyat kata selama ini tentang "TIDAK ADIL".
Selain daripada itu juga, ianya jelas sebagai satu pembaziran akibat daripada ketidakcekapan pemimpin di dalam membuat sesuatu keputusan sedangkan sejumlah yang besar itu mampu digunakan untuk tujuan-tujuan lain.
Ini semua saya anggap sebagai satu keputusan "EMOSI" tanpa berfikir panjang walhal masih boleh mencari kata sepakat. Baru "DIUJI" sedikit oleh pembangkang sudah "MELATAH". Risiko "PEMBAZIRAN" tidak mahu diambilkira.
Oleh itu saya menyarankan semua Menteri dan Timbalan Menteri agar lebih bijak dan cekap di dalam membuat apa-apa keputusan. Memegang jawatan tersebut tidak bermakna “SATU LESEN BESAR” untuk membuat apa jua keputusan mengikut “SELERA SENDIRI”.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!