Monday, April 14, 2008

Mengulas Persoalan Terkini Yang Diutarakan Di Blog A.Kadir Jasin (The Scribe) Berkenaan Topik "APAKAH HARAPAN PR MENUMBANGKAN BN DI PARLIMEN?"

Merujuk Kepada Topik Asal Di Blog Tersebut Yang Juga Disiarkan Dalam HarakahDaily.Net

BERIKUT ADALAH ULASAN ASAL SAYA TANPA SEBARANG SUNTINGAN DIBUAT.

Salam!

Pelbagai persepsi telah dibahaskan rakyat dan pemimpin di mana-mana sahaja. Dalam konteks ini, segala kemungkinan boleh berlaku.

Situasi semasa ini memperlihatkan seolah-olah satu pertandingan bolasepak yang berada pada kedudukan "seri 0-0" dan sedang menghadapi "masa kecemasan" atau kemungkinan juga "masa tambahan - sudden death".

Pakatan Rakyat amat tinggi berharapan untuk memenanginya manakala BN sebagai "juara bertahan" perlu lebih gigih berjuang dengan penyusunan semula strategi untuk menyerang lawan bagi menghasilkan "jaringan gol".

Apa yang saya lihat sekarang, kekalutan "barisan pertahanan BN" agak kucar kacir setelah diasak teruk oleh lawan dengan strategi "provokasi secara psikologi" bagi tujuan melemahkan BN di dalam keadaan bercakaran sesama sendiri yang masih tidak reda.

Dari satu sudut, memanglah kita boleh katakan kelebihan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat namun kepastiannya belum ada.

Tun Dr Mahathir pula bolehlah dianggap sebagai "jurulatih pasukan BN" yang sedang mengaturkan kekuatan kubu pertahanan sebelum menyerang berhabis-habisan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Malangnya "kapten pasukan BN - Abdullah" yang cedera parah, yang dilantik jurulatih telah ingkar dan tidak mahu memahami strategi jurulatih dan gagal mengikuti arahan supaya keluar padang untuk digantikan dengan pemain simpanan baru (penolong kapten - Najib) menyebabkan keadaan sedikit goyah kerana kubu semakin diasak.

Kesimpulannya, "pasukan BN" perlu lebih berhati-hati di bahagian pertahanan kerana jika terus "terleka dan cuai" maka sekali sahaja menerima asakan kuat pihak lawan, pastinya akan "dibolosi" dengan jaringan yang boleh membawa padah dengan keputusan "sudden death" yang tidak mustahil bakal memberi kemenangan mudah kepada lawan.

Apa pun jika "kapten pasukan BN" mahu menuruti arahan "jurulatih", insyallah kekuatan kubu masih boleh dipertahankan kerana semua mengetahui kehebatan "jurulatih BN" yang kaya dengan idea dan strategi tersendiri, yang disegani kawan dan lawan.

Sementara "jurulatih Pakatan Rakyat - Anwar" pula adalah "bekas anak didik" kepada "jurulatih BN" dan sudah tentu satu bonus kepada "jurulatih BN" yang lebih memahami bagaimana mahu menangkis asakan "bekas anak didiknya" yang dianggap sebagai "tidak khatam" atau "setengah jalan" akibat pernah "digantung" dan tidak boleh beraksi pada suatu ketika.

Itulah kiasan ringkas yang mampu saya kongsikan di sini.

Jika pemimpin mahu berfikir, maka renung-renungkanlah!

Wassalam.

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

PEMUDA PELAPIS.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.

Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.

Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.

Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.

Harap maklum!