Ahad, 22 Mac 2009: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan amanat beliau di saat-saat menjelangnya pemilihan pada Persidangan Agung UMNO yang akan berlangsung di PWTC bermula Selasa ini (24 - 28 Mac 2009).
Sama-sama kita ikuti apa yang diamanatkan beliau itu melalui petikan laporan oleh Utusan Online. Setelah itu bersamalah kita fikirkan akan kewajarannya demi mengukuhkan semula UMNO sebagai satu-satunya wadah perjuangan bangsa Melayu yang berpotensi dan perlu kita pertahankan.
Sebelum ini Tun Dr Mahathir telah menggariskan sekurang-kurangnya empat peluang ke arah memulihkan kembali UMNO. Bermakna pemilihan pada persidangan kali ini merupakan peluang yang ketiga yang harus diambil kesempatan oleh para perwakilan.
Seluruh perwakilan seramai 2,500 orang dari seluruh bahagian UMNO Malaysia haruslah berfikiran dengan lebih matang dan bijaksana di dalam membuat pilihan ke atas pemimpin-pemimpin yang bertanding merebut jawatan-jawatan tertinggi parti pada kali ini.
Ketepatan pilihan calon pemimpin terbaik yang dapat diterima oleh majoriti ahli-ahli di akar umbi pasti membantu membawa kemakmuran dan kekuatan semula parti tetapi sekiranya tersilap membuat percaturan maka padahlah akibatnya untuk masa depan UMNO.
Para perwakilan turut akan dikecam oleh kami sebagai ahli-ahli di akar umbi jika memilih pemimpin yang tidak boleh diterima ramai kerana dianggap bersubahat ke arah memusnahkan UMNO sebuah parti perjuangan bangsa Melayu yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat dan negara.
Oleh itu saya menyeru sahabat-sahabat perwakilan seluruhnya agar mengambil-pakai pesanan dan amanat Tun Dr Mahathir sebagai negarawan yang telah banyak berjasa kepada kita. Beliau lebih memahami hal-hal dalaman UMNO kerana beliau pernah memimpin parti selama 22 tahun ketika menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia keempat.
Janganlah sengaja diambil lekeh atau dibuat endah tidak endah dengan apa yang diamanatkan beliau itu jika kita benar-benar sayangkan UMNO untuk terus kekal sebagai sebuah parti Melayu yang dipercayai masih mampu membela nasib bangsa Melayu di tanahair kita ini. Hormatilah nasihat orang tua, tambah pula beliau terlalu banyak pengalaman yang tidak boleh kita sangkal.
"SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"

Serahkan peluang bagi Perwakilan UMNO - Dr. M
22/03/2009 7:27pm
KUALA LUMPUR 22 Mac — Umno perlu menyerahkan kepada perwakilan dalam perhimpunan Agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang. Baca selanjutnya...
Sebelum ini Tun Dr Mahathir telah menggariskan sekurang-kurangnya empat peluang ke arah memulihkan kembali UMNO. Bermakna pemilihan pada persidangan kali ini merupakan peluang yang ketiga yang harus diambil kesempatan oleh para perwakilan.
Seluruh perwakilan seramai 2,500 orang dari seluruh bahagian UMNO Malaysia haruslah berfikiran dengan lebih matang dan bijaksana di dalam membuat pilihan ke atas pemimpin-pemimpin yang bertanding merebut jawatan-jawatan tertinggi parti pada kali ini.
Ketepatan pilihan calon pemimpin terbaik yang dapat diterima oleh majoriti ahli-ahli di akar umbi pasti membantu membawa kemakmuran dan kekuatan semula parti tetapi sekiranya tersilap membuat percaturan maka padahlah akibatnya untuk masa depan UMNO.
Para perwakilan turut akan dikecam oleh kami sebagai ahli-ahli di akar umbi jika memilih pemimpin yang tidak boleh diterima ramai kerana dianggap bersubahat ke arah memusnahkan UMNO sebuah parti perjuangan bangsa Melayu yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat dan negara.
Oleh itu saya menyeru sahabat-sahabat perwakilan seluruhnya agar mengambil-pakai pesanan dan amanat Tun Dr Mahathir sebagai negarawan yang telah banyak berjasa kepada kita. Beliau lebih memahami hal-hal dalaman UMNO kerana beliau pernah memimpin parti selama 22 tahun ketika menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia keempat.
Janganlah sengaja diambil lekeh atau dibuat endah tidak endah dengan apa yang diamanatkan beliau itu jika kita benar-benar sayangkan UMNO untuk terus kekal sebagai sebuah parti Melayu yang dipercayai masih mampu membela nasib bangsa Melayu di tanahair kita ini. Hormatilah nasihat orang tua, tambah pula beliau terlalu banyak pengalaman yang tidak boleh kita sangkal.
"SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"
No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!