Rayuan Dato' Seri Mohd Ali Rustam kepada Lembaga Disiplin UMNO telah ditolak bermakna hancur berkecailah harapan beliau untuk meneruskan pertandingan tiga penjuru di dalam pemilihan parti bagi merebut jawatan nombor dua tertinggi.
Sebagaimana desas-desus hebat tersebar mengatakan kononnya sokongan terhadap Dato' Seri Mohd Ali Rustam menduduki tangga teratas dengan mendahului dua lagi pencabarnya bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO itu pastinya akan beralih arah menyokong Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi mengenepikan kemaraan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apakah dakwaan ini benar atau saja bertiup kencang hanya untuk menyedapkan hati Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang dilihat kurang popular jika dibandingkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Apa pun keputusan yang bakal dibuat oleh para perwakilan akan dapat dilihat pada pemilihan parti yang bermula pada 24 - 28 Mac 2009 ini. Ramai yang menjangkakan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mempunyai kelebihan sekiranya rayuan Dato' Seri Mohd Ali Rustam ditolak.
Kini ternyata rayuannya benar-benar telah ditolak secara rasmi oleh Lembaga Disiplin UMNO dan sama-samalah kita saksikan kebijaksanaan perwakilan untuk memilih siapa sebagai pemimpin nombor dua parti.
Pertarungan dua calon antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib tentulah menjadi lebih sengit lagi dengan adanya sokongan daripada kumpulan penyokong Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang dihebohkan bakal berpihak kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Sungguhpun Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung lagi 3 hari daripada sekarang, saya belum mahu membuat sebarang ramalan siapakah yang bakal memenangi jawatan-jawatan tertentu yang dipertandingkan tetapi insya'Allah dalam sehari dua ini saya berhasrat untuk membuat ramalan berlandaskan info-info terkini yang telah dikutip daripada sumber-sumber yang boleh diterimapakai.
Agak-agak siapakah pemimpin-pemimpin yang bakal menjadi pilihan perwakilan pada kali ini? Keputusannya nanti bukan sekadar menilai kredibiliti pemimpin yang dipilih malahan turut dapat menilai kewibawaan para perwakilan itu sendiri samada mereka memilih pemimpin yang benar-benar mampu memimpin atau pemimpin yang hanya berkepentingan kepada kroni-kroni mereka sahaja.
Titik tolak keutuhan dan kekuatan masa depan UMNO akan berkesinambungan daripada proses pemilihan parti dari 24 - 28 Mac 2009 kali ini. Jika para perwakilan tersilap langkah di dalam membuat percaturan maka harapan untuk mereformasikan UMNO bakal dilihat semakin malap.
Oleh yang demikian semua perwakilan haruslah berhati-hati memilih pemimpin terbaik yang mampu diterima ramai oleh ahli-ahli di akar umbi untuk menerajui parti sekiranya mahu mengembalikan semula kekuatan UMNO dan juga mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.
Janganlah membuat keputusan berdasarkan selera peribadi kerana perwakilan seramai 2,500 orang yang terpilih adalah mewakili amanah ahli-ahli parti di akar umbi. Lakukan amanah dan tanggungjawab secara telus dan jujur. Hanya itu sahaja pesanan akhir daripada saya sebagai salah seorang ahli parti di akar umbi.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.
Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.
Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.
Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.
Harap maklum!