Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Saya kurang menulis semenjak dua menjak kebelakangan ini kerana kesibukan masa. Mungkin juga saya perlu merehatkan minda daripada penat memikirkan soal krisis politik bodoh yang tidak berkesudahan sejak PRU12 - 2008 lalu hinggalah hari ini.

Kalau rakyat mudah memahami keadaan sebenarnya krisis politik tanahair dicetuskan oleh pakatan haram PR dan bukannya oleh UMNO/BN. Selepas mereka memenangi beberapa buah negeri pada pilihanraya umum 2008, pakatan haram PR kelihatan berperangai seperti "beruk-beruk mendapat bunga".

Apa sahaja akan diselongkarnya untuk membaca kesalahan orang lain sedangkan keburukan sendiri cuba ditutup meskipun tertonggeng nampak salah terang-terangan. Tindak-tanduk rakus kepimpinan pakatan haram PR sudah lama diperhatikan. Pakatan haram PR lebih gila kuasa tetapi tidak bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan oleh pengundi.

Manusia seperti pemimpin dan penyokong pakatan haram PR tidak seharusnya diberi muka untuk menang di lain kali kerana "beruk-beruk" seperti ini hanya menyusahkan rakyat sahaja. Mereka bukannya tahu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, sebaliknya mereka cuma makan gaji buta sebagai wakil rakyat tetapi kerja-kerja tidak dilakukan sebaik-baiknya terhadap rakyat-rakyat bodoh yang telah mengundi mereka. Padanlah muka siapa yang telah mengundi mereka!

Ramai pemimpin pakatan haram PR memegang dua jawatan wakil rakyat Parlimen dan DUN sekaligus. Di sini kita dapat menilai bahawa pakatan haram PR ketandusan pemimpin kerana terpaksa meletakkan orang sama di kerusi Parlimen dan DUN sedangkan BN masih dianggotai oleh ramai pemimpin-pemimpin berkaliber dan tidak berlaku pun seorang pemimpin memegang dua jawatan Parlimen dan DUN bagi tempoh masa yang sama.

Dengan memegang dua jawatan di Parlimen dan DUN sudah tentulah mereka tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna kerana terpaksa terkejar-kejar masa. Lebih-lebih lagi jika DUN dan Parlimen yang dipegangnya berada di kawasan yang berlainan atau jauh. Perkara seperti ini pun tidak mampu untuk difikirkan oleh golongan pengundi-pengundi bangang yang menyokong pakatan haram PR.

Penyokong pakatan haram PR mungkin menganggap politik umpama "bermain pondok" seperti di zaman kanak-kanak agaknya. Memang tak syak penyokong-penyokong pakatan haram PR berfikir menggunakan kepala lutut sehingga hilang pertimbangan untuk mengutamakan kepentingan ramai khususnya generasi akan datang.

Politik pakatan haram PR tak ubah "politik balas dendam" dan bukannya ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Mungkin juga politik pakatan haram PR umpama "politik syok sendiri" yang hanya suka-suka nak pegang jawatan sebagai wakil rakyat tetapi tidak tahu apa nak buat bila dah menang pilihanraya. Ini amat ketara berlaku dalam barisan pakatan haram PR. Contohnya wakil rakyat Kelana Jaya seorang budak "cameraman" Cina yang terlalu mentah dan tidak tahu nak buat apa-apa.

Oleh yang demikian saya bercadang mengambil cuti sebagai penulis sukarela selama 10 hari atau mungkin 14 hari daripada sekarang. Walau apa pun saya akan tetap kemaskini komentar jika ada, cuma bercuti menulis sahaja. Perkembangan berita terkini juga tetap diikuti melalui pembacaan.

Letih memikirkan politik biol cetusan pakatan haram PR yang tidak ada kualiti. Ternyata pakatan haram PR memang mahu membiolkan semua orang agar mereka berjaya menakluki negara dengan memerintah berdasarkan "undang-undang rimba" sepertimana yang terjadi di Perak.

O.K kawan-kawan, saya nak cuti rehat sekejap. Habis tempoh bercuti saya akan segera kembali untuk terus menyerang pakatan haram PR yang tak bertanggungjawab dan bodoh.