Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam sahabat blogger semua!

Lama saya bertapa, bersambung pulak dengan raya. Ramai juga yang email tanya ke mana? Tak apalah dah semakin ramai penulis-penulis blog generasi baru, cukuplah saya tumpang tengok dan tumpang baca sementara waktu tengah sibuk ni.

Banyak juga komen-komen yang saya terima tapi semuanya macam hamPAS sebab pengulas-pengulasnya daripada pengaji-pengaji pondok yang tak ambil berkat apa yang mereka mengaji selama di pondok. Penuh dengan cacian dan maki-hamun serta mencarut. Yang disiarkan hanya beberapa sahaja.

Mengambil kesempatan Aidilfitri yang ada lagi ni, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung dan pembaca. Maaf, saya lama tak kemaskini blog Pemuda Pelapis. Insya'allah kalau diizinkan nanti saya akan kembali mengemaskini dengan perkembangan semasa politik tanahair.