Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Click the picture to view larger size to read

Previously I've wrote the mystery of Abdullah's agenda which is related to this topic. It was "Agenda Pak Lah Penuh Misteri" (click to refer) and "Misteri Isu Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Terbaru Menjadikan BPR Sebagai Badan Bebas" (click to refer).


Now, the scanned article above were still the "Question Marks" issues which is not being answered by Abdullah yet. All Malaysians regardless BN or Pakatan Rakyat, are still waiting for him to bravely declared and confessed about it. After sworn-in as the fifth Prime Minister in 2003, he seemed to be a "Super Hero" in fighting of corruption and today will be his second phase where he's trying to restructure Anti-Corruption Agency (ACA) into a full-fledged commission.

Is he trying to emphasize that he's a very truthful "Mr Clean" or bullshiting us by his hiding agenda? As we concerned Abdullah has made the country and the government like his "own family's constitution" and how far he could proof to the citizens that he's really a "Mr Clean" among all the leaders?

As for myself, frankly I'm so doubtful about his integrity in administering the country from the day first until now. Sometimes he's a damn good "pretender" and "actor" to make people labelled him as the "most stupid leader" but honestly he's "the laziest" and "the most selfish" leader who firstly think of himself and fully used of his brain for his family but not thinking or working for the citizens and the country sincerely.

Obviously we have been fooled enough by Abdullah but unlucky to see there are still dumb stupid Umno leaders supporting him. Either this leaders are "totally blind" or try to "play safe". My personal view, it's more likely to "play safe" but please beware, your future won't be that safe.

We simply can predict the reasons why Abdullah still takes time to prolong the "exit plan" or "transition plan". Not to say he's so stubborn but the actual is, he need enough time to assure all his family's project firmly secured before he step down.

So just wait and see, how smart is Abdullah to con all Malaysians.

Pemuda Pelapis
Koleksi 6 Sedutan Video

Saudara-saudari sidang pembaca dan sekalian pengunjung yang saya hormati.

Anda mungkin tahu tetapi mungkin buat-buat tidak tahu disebabkan "ketaksuban" anda memuja Anwar. Jangan! Jangan begitu! Cukup merbahaya! Yang benar itu adalah tetap benar dan yang pastinya salah itu, tetap salah.

Saya ingin mengajak kalian semua menonton sebahagian sedutan video daripada rakan-rakan kita yang sempat saya hidangkan itu, serta turut mengajak anda supaya benar-benar merenung dan berfikir sedalam-dalamnya.

Jika di kalangan anda telah ramai yang pernah menontonnya tak mengapa, teruskan menonton sekali lagi kerana mungkin aturan dan susunan saya sedikit berbeza. Topik saya kali ini hanya memetik sedutan-sedutan yang berkenaan sahaja.

Inikah bakal "Perdana Menteri Bayangan" Pakatan Rakyat? Inikah makhluk bernama manusia yang mengakui sebagai Melayu dan beragama Islam yang diagong-agongkan oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat? Masya'Allah...! Astaghfirullah...!

Inikah sikap dan tingkahlaku pemimpin yang mahu diangkat menerajui kepimpinan? Sedarlah saudara-saudari semua bahawa Anwar amat berkebolehan memegang watak "APA-APA AJE" dan sanggup bertopengkan apa sahaja.

Beliau sebenarnya sudah tersilap langkah terjun ke arena politik, sepatutnya beliau lebih sesuai memilih bidang lakonan drama atau perfileman kerana kehebatannya membawa pelbagai watak-watak yang cukup hebat.

Mohon pengkarya drama dan filem tempatan agar cepat-cepatlah membuka peluang dan tawaran kepada saudara Anwar Ibrahim untuk melihat beliau beraksi pada tempat atau acuan yang sewajarnya demi tidak merosakkan politik tanahair sebagai "pengkhianat" agama, bangsa dan negara".

Tanya diri, berfikir dan renungkan...

Rasa-rasanya apakah isteri beliau, Wan Azizah Wan Ismail benar-benar merasa selesa dengan perlakuan suaminya itu? Kita kena faham perjuangan isterinya ini sebagai "Ketua Pembangkang" pada hari ini hanyalah semata-mata berjuang untuk membela nasib suaminya (individu) dengan membawa "agenda tersembunyi" untuk membalas dendam semata-mata.

Apakah anak perempuan beliau, Nurul Izzah serta anak-anaknya yang lain tidak ada perasaan malu terhadap tingkahlaku bapanya sebegitu? Malangnya anak ini dan ibunya terpaksa mengambil sikap "alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" (alang-alang malu, biar pun terpaksa bertindak melulu) dan tidak mudah untuk "berpatah arang dan berkerat rotan" tetapi terpaksa ikut dan turut serta berlakon memainkan peranan dan watak yang licik bagi meraih sokongan golongan "si pemikir yang tidak matang" asal saja mampu mencapai matlamat yang diidam-idamkan ketua keluarga mereka.

Anak-anak kecil (masih dibawah usia 10 tahun) pandai berkata, "haiwan pun tahu memilih pasangan". Terkedu saya mendengar kenyataan si kecil itu. Bayangkanlah...

Maka itulah saya hanya melihat kewujudan Parti Keadilan Rakyat (dahulunya Parti Keadilan Nasional) tidak lebih sebagai sebuah "Parti Keluarga Rakus" yang berjuang atas dasar kepentingan peribadi sahaja tetapi dek kerana mahir dengan "lakonan dongeng" keluarga ini telah mampu "mempersonakan" sebahagian rakyat penyokong pembangkang sebab itulah penyokong mereka masih "hanyut dibuai dongengan" Anwar seisi keluarga sebagai "penglipurlara" yang cukup berwibawa.

Oleh itu rakyat Malaysia janganlah menjadi bodoh dan berterusan diperbodoh-bodohkan Anwar Ibrahim. Jika kata Anwar di pihak yang benar, kenapa beliau gagal mengemukakan saman balas terhadap mantan Perdana Menteri ketika perilaku beliau itu dibongkarkan kepada umum? Apakah Tun Dr Mahathir turut sama mengadakan cerita dongeng yang amat mengaibkan itu? Amat mustahil...

Kenapa Anwar harus menjaja keaiban beliau sendiri kepada dunia luar untuk meraih simpati serta sokongan dari luar terhadap diri beliau? Di manakah air muka dan maruah beliau? Ternyata Anwar adalah seorang manusia yang tidak kenal erti malu malahan beliau sanggup melakukan apa jua untuk kepentingan diri beliau.

Ketahuilah apa yang anda tidak tahu... Sedarlah jika anda masih di bawah separuh sedar...

Insaflah wahai semua saudara-saudariku, juga kepada Anwar sekeluarga. Bertaubatlah! Marilah sama-sama kembali ke pangkal jalan dan berjuanglah sebenar-benarnya di landasan agama, memperkukuhkan bangsa dan memajukan negara.

Pesanan untuk Parti Keluarga Rakus (PKR) dan Parti Asuhan Syaitan (PAS)

Hentikanlah "kesebatian sikap" yang suka menghasut, memfitnah, mengadu-domba dan membatu-api terhadap rakyat yang tidak berdosa dan tidak bersalah. Jika anda berkawan dengan Yahudi, tidak semestinya anda perlu meng"Yahudi"kan agama, bangsa dan negara sendiri demi mencapai kepentingan peribadi anda.

Yang baik kita pelajari dan yang buruk kita hindari.

Lebih dikesali apabila merujuk paparan video ke-3 di atas di mana seorang mangsa homoseksual Anwar membuat pengakuan di hadapan Ustaz Taib Azamuddin yang pada ketika itu seorang Imam Masjid Negara dan kini menjadi Ahli MT PAS yang telah begitu bersedia untuk turut bersekongkol di dalam Pakatan Rakyat.

Inikah "Ulamak" PAS dan perjuangan sebenar parti PAS yang kononnya "gah" memperjuangkan Islam? Apakah hari ini PAS cuba memesongkan akidah Islam dengan memperjuangkan segala apa yang bertentangan dengan tuntutan sebenar Al-Quran dan Hadis? Bertaubatlah wahai Ustaz Azamuddin dan semua pemimpin PAS. Bawalah saudara Anwar kembali ke pangkal jalan daripada terus menerus bersekongkol bersubahat dan mendokong perjuangan Anwar Ibrahim, "si durjana " perosak agama, bangsa dan negara.

Pemuda Pelapis
Yesterday (April 28, 2008) news on Buletin Utama TV3 and Utusan newspaper (click to read), Abdullah said, all Umno divisions shouldn't proceed to carry on their EGM meeting to discuss about transition plan of the top party leadership or party election in December but to focus their effort in resolving the nations' current issues on how to bring back their trust to Umno and BN.

Abdullah's statement seemed to be outrageous as he himself understood what's the actual main problem was. I'm so shameful to hear that and it's really made me lough out loud. All Umno divisions have their own rights to handle EGM meeting. As an Umno President and Prime Minister of Malaysia, he has no right to stop all divisions from having their EGM as we lived in democracy country and as a current leader, he should proof it that everybody have their own right to discuss about it.

Why this issue (EGM) is such a big deal to him?

On my point of view, Abdullah knows that people are talking and discussing all bad things about him but by stopping divisions not to proceed the EGM is just a stupid moron idea came-out from his mouth.

In other words might be he feels he's still being a respectful leader and wish his words to be listened by all Umno divisions and roots but in fact most of them disagreed with it. Indirectly he put himself very low... lower... and lowest...

Truthfully, if he still continue to overrule the party, it makes people to hate him more.

Here is a story by another blogger (click to read) that I'd like to share with you.

GOOD LUCK TO ABDULLAH! YOU'VE DONE A GOOD JOB!

Pemuda Pelapis
A veteran Gua Musang Umno Division Head, Tengku Razaleigh Hamzah, who is still an "underdog" leader has confessed publicly to contest for Umno Presidency in this coming party election which will be held in December 2008 despite the transition plan of the top party leadership.

He said nothing to do with it as long as he had enough nominations by divisions and has the right to contest.


It is due to some reasons that made up his mind to go for it as reported by "The Star" last few days. Some of the main reasons were, many Umno divisions want changes, Umno weak because it is lacking in democracy and to seeks policy changes, he said.

He also added and urged that democratic and fair election is the only way to end internal strife.

Pemuda Pelapis
Keghairahan pemimpin PAS dan penyokongnya amat ketara setelah baru-baru ini "Anwar Mat Jenin" melemparkan kenyataan tidak berasas soal pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Boleh dikatakan berhari-hari HarakahDaily.Net menyiarkan berita "ANGAN-ANGAN" tersebut yang mampu diibaratkan "LEBIH SUDU DARI KUAH"nya.

PAS tahu tiada daripada golongan pemimpin mereka yang berkelayakan untuk menjadi "PERDANA MENTERI BAYANGAN" maka itulah isu kenyataan "Anwar Mat Jenin" yang dimainkan saban hari.

Mereka sangat berharap impian Anwar itu bakal menjadi realiti secepat mungkin untuk menumpang "BUAT DUIT" dengan adanya kuasa nanti setelah bosan agaknya sekian lama menjadi "PARTI PENGEMIS" yang setiap kali berceramah menghulurkan "TEMPURUNG atau KANTONG DUIT" memohon derma sumbangan pengunjung ceramah.


Terbaru, mereka mengaitkan pula Datuk Ahmad Said, MB Terengganu yang baru di dalam perkara ini dan pada hemat saya, orang-orang PAS ternyata sudah ketandusan idea politik sendiri selain hanya mampu menumpang idea sekutu mereka yang "TERAWANG-AWANG" tanpa kesahihan.

Pendirian PAS sejak dari dulu lagi amat gemar "MENJAGA TEPI KAIN ORANG LAIN" daripada mengemukakan "PELAN PEMBANGUNAN dan IDEA" sendiri di dalam memajukan masyarakat penyokong mereka.

Sebab itulah semasa diberi kemenangan oleh rakyat Terengganu pada tahun 1999 dulu mereka gagal membuktikan "KEJANTANAN" mereka mentadbir negeri Terengganu dan kerana itulah pada tahun 2004 hingga kini kerajaan Terengganu kembali diambil-alih oleh Barisan Nasional atas masalah kehilangan kepercayaan rakyat Terengganu kepada perjuangan PAS.


Hasil pendapatan mereka hanyalah daripada sumber "MEMUNGUT dan MENGUTIP" duit rakyat setiap kali menganjurkan "CERAMAH-CERAMAH HARAM" tanpa lesen dan permit pihak Polis.

Itu sajalah kelebihan PAS yang mereka tahu dan pandai meminta simpati rakyat di sepanjang pembabitan parti itu di arena politik tanahair, yang tidak ubah seperti "PEMINTA SEDEKAH". Pernahkah penyokong mereka terfikir ke manakah "DUIT KUTIPAN" itu dibelanjakan?


Penyokong-penyokong PAS semua diseru supaya carilah jawapannya dan fikir-fikirkanlah!

Jangan hanya asyik mencari salah di pihak Umno dan BN sahaja. Hentikanlah sikap suka menjaga tepi kain orang lain, sebaliknya, buktikanlah kepada penyokong-penyokong sendiri bahawa pemimpin-pemimpin PAS gigih bekerja kuat untuk kemajuan masyarakat penyokong PAS dan bukannya hanya bijak membuat propaganda serta hasutan dan fitnah semata-mata. Islam tidak pernah mengajar ilmu ini kepada umatnya.

Maka sebab itu jugalah saya sesuai melabelkan parti PAS sebagai Parti Anak Setan atau Parti Asuhan Setan kerana ciri-ciri kepimpinan PAS pada hakikat dan realiti hari ini, sementelah lagi kedua-dua pemimpin utama yang saya hormati suatu masa dulu telah turut menyokong usaha "fardhu kifayah" menternak babi.

Mohon berbanyak maaf wahai Dato' Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Itulah sesungguhnya sebaik-baik pujian dan semulia-mulia sanjungan yang amat sesuai dan termampu daripada saya buat tuan hamba berdua hari ini.

Pemuda Pelapis
"Keris Panca Warisan" adalah lambang "Senjata Warisan Melayu" yang tidak perlu dipoltikkan dan juga tidak sepatutnya diperbesar-besarkan oleh barisan pembangkang yang berminda kolot dan sempit serta jauh ketinggalan di belakang.

Pembangkang adalah golongan yang tidak mengenali asal-usul diri khususnya kaum Melayu mereka yang cuba melupakan sejarah perjuangan Melayu sejak dari zaman Hang Tuah dan Hang Jebat lagi, malahan sebenarnya lebih lama daripada itu telah menggunapakai keris sebagai senjata pertahanan Melayu yang ulung.


Tiada apa yang salah yang diperlakukan oleh Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein tetapi disebabkan pembangkang ketandusan modal politik maka segala isu remeh-temeh pasti ditimbulkan untuk dipolitikkan. Kita tidak hairan jika kaum Cina dan India atau bangsa-bangsa lain tidak memahaminya tetapi amat menyedihkan apabila kaum Melayu daripada gagasan pembangkang sendiri yang membangkitkan isu ini.

Dengan menghunus keris bukanlah bermakna Ketua Pemuda Umno mahu mengisytiharkan "perang" tetapi sebagai melambangkan "semangat Melayu" yang masih tetap kental di jiwa bangsa Melayu sejak turun-temurun. Perlakuan itu hanyalah sebagai satu "simbolik" sahaja. Kita tidak harus melupai sejarah asal-usul keturunan nenek-moyang kita.

Jika kaum lain di Malaysia ini begitu berbangga dengan keturunan bangsa mereka, kenapa kita sebagai bangsa yang majoriti di tanahiar kita ini tidak mahu berbangga dengan warisan keturunan kita? Kenapa kaum Cina, India dan juga segelintir kaum lain harus memperbesar-besarkan isu ini? Apakah agenda sebenarnya di sebalik tabir mereka?

Pemimpin pembangkang baik Cina, India, Melayu dan lain-lain bangsa begitu hipokrit dan hari ini "amat gah" memperjuangkan "projek babi secara mega" maka julanglah binatang berkaki pendek itu di kepala mereka. Yang nyata sesuatu yang sahih haram itu sudah boleh dihalalkan, maka apa masalahnya soal isu menjulang "Keris Panca Warisan" oleh Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein?

Hari ini sudah nyata Ketua Pemuda Umno itu memohon maaf secara terbuka dengan rendah diri maka isu ini jangan ada sesiapa yang akan menimbulkannya lagi jika mahu meredakan keadaan demi menjaga kemakmuran negara. Sebaliknya Hishammuddin tidak perlu memohon maaf tetapi sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar maka beliau lakukan untuk kebaikan sejagat.

Kaum Cina khususnya, dinasihatkan jangan cuba menyemarakkan api kemarahan kaum Melayu jika tidak mahu "Peristiwa 13 Mei 1969" kembali berulang. Saya tegaskan di sini bahawa kaum Melayu amat bertoleransi selama ini dan jangan bersikap keterlaluan tetapi jika berterusan mencari punca kemarahan kaum Melayu, tidak mustahil seluruh Melayu akan kembali bangkit demi maruah bangsa Melayu. Ini bukan soal cabar-mencabar tetapi sebagai satu peringatan penting.

Rujuk rencana komen ini yang membayangkan "agenda muslihat kaum Cina Malaysia" yang tidak hanya akan dipandang ringan oleh barisan pelapis Umno dan Dato' Seri Hishammuddin yang masih memegang jawatan Ketua Pemuda Umno, disarankan agar menyiasat perkara sebenar sebagai usaha berjaga-jaga.

Pemuda Pelapis
Sungguh pun saya anggap isu kenyataan Anwar sebagai satu "Lagenda ANWAR MAT JENIN" tapi Umno/BN harus berhati-hati kerana jika kata...

...dapat kat "Kumpulan brader (simbolik untuk babi - bak kata saudara Husin Lempoyang)" lagi naya punya kes... apa ada harta qarun semua disondolnya. Itu yang kita tak mahu tengok.

Walaupun Umno/BN ada jugak menyondol tapi kata orang, masih jugak lagi ada "reserve" dan "border" untuk mengutamakan orang Melayu.

Ini dapat saja pada PR, kepentingan Cina dan kafir lain diutamakan dulu. Entah apa nama "halatuju" depa punya perjuangan pun tak faham.

Pasai-nye...

PAS... Parti Anak Setan
PKR... Parti Keluarga Reformer
DAP... Dunia Ana Punya

Sekarang gagasan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat - PR

Dulu-dulu dinamakan gagasan mereka sebagai BARISAN ALTERNATIF - BA (kalau dalam sebutan bunyinya apa?)

Bila kita gabungkan kesemua maknanya, jadilah...

P... Padang
R... Ragut

BA... Barisan Anwar...
BI
... Bin Ibrahim


Bukankah ianya PADANG RAGUT BABI?

Cuma kita saja yang tak berapa nak faham matlamat depa dah lama pun depa aturkan. Sekarang baru mampu jadi kenyataan. Bayangkanlah kalau depa dapat tubuh Kerajaan Persekutuan, habis lembu, kambing digantinya dengan "brader" malahan unta Brader Husin pun tak mungkin dibenarkan bela.

Pemuda Pelapis
Di kalangan masyarakat Melayu, kita biasa mendengar peribahasa "Angan-angan Mat Jenin" di mana pada zaman dahulukala, ada seorang jejaka yang suka berangan-angan bernama Mat Jenin dan maka itulah wujudnya peribahasa tersebut sehingga kini masih digunapakai.

Parti Keluarga Rakus - keluarga ini memang cukup "rakus"

Hari ini salasilah Mat Jenin, baru mula diketahui umum apabila kembalinya generasi baru keturunan Mat Jenin di negara kita, bernama Anwar Mat Jenin yang bergelaran Dato' Seri. Walau bagaimana pun, masyarakat Malaysia tidaklah terperanjat atau "terkejut beruk" dengan kemunculan makhluk ini kerana beliau bukanlah makhluk asing di persada politik tanahair, yang suatu ketika dulu dikenali sebagai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tarikh 14 April 2008 baru-baru ini telah melakarkan sejarah baru kepada beliau yang bebas daripada halangan berpolitik setelah "digantung tak bertali" akibat terlalu banyak skandal-skandal lampau beliau yang amat mengaibkan. Kemunculan beliau kali ini adalah untuk dikenali sebagai Dato' Seri Anwar Mat Jenin yang menaruh harapan begitu tinggi untuk menjadi Perdana Menteri baru Malaysia melalui pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh Pakatan Rakyat.

Agenda yang dibawa beliau "amatlah kotor sekali" untuk membawa Ahli-ahli Parlimen BN "melompat masuk" ke dalam gagasan Pakatan Rakyat bagi membolehkan beliau menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang baru untuk mengambil-alih pentadbiran daripada kerajaan yang sedia ada sekarang. Usaha gagasan beliau memujuk atau mungkin membeli Ahli-ahli Parlimen BN kini lebih tertumpu di Sabah dan mungkin juga Sarawak.

Menurut kata beliau,

"Beberapa Ahli Parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September"

"Kita sudah kira jumlah itu (Ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada"

"Apabila Ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang"

Memetik kata-kata Dato' Seri Anwar Mat Jenin lagi,

"Tidak perlu tergesa-gesa untuk memikirkan perkara itu kerana keutamaan kini ialah terhadap program penjelasan agenda dan halatuju Pakatan Rakyat"

"Sekarang kita biarkan Parlimen bersidang seperti biasa, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana tidak ada sebab untuk kita tergesa-gesa kerana saya yakin dengan izin Allah, kita akan berada di sana sebagai kerajaan"

"Kalau tidak bulan depan, mungkin bulan seterusnya, mungkin Mei, Jun, Julai, sambutan Merdeka atau sambutan Hari Malaysia (16 September). Saya jangka kita tidak akan melepasi tarikh itu"

Bunyinya sebegitu gigih beliau berusaha ke arah mencapai matlamat beliau itu namun Umno dan BN tidak sedikit pun merasa khuatir atau tergugat dengan "agenda jijik" tersebut. Apa yang diucapkan Anwar Mat Jenin itu hanyalah tidak lebih sebagai satu "provokasi politik" yang bertujuan melemahkan jentera BN daripada memberi tumpuan kepada usaha-usaha mentadbir kerajaan.

Sehingga ke hari ini, Anwar Mat Jenin dilihat sudah beberapa kali membuat pelbagai ramalan yang serupa tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan. Secara tidak disedari, Anwar Mat Jenin hanya akan menjejaskan kredibiliti beliau sendiri sebagai orang harapan gagasan Pakatan Rakyat.

Di sebalik itu pula, laporan HarakahDaily.Net yang mewakili PAS begitu yakin dan amat percaya dengan segala kenyataan Anwar Mat Jenin itu dan berbunyi seolah-olah begitu mengharapkan ianya bakal menjadi kenyataan.

Lain pula tajuk baru berita berkaitan oleh HarakahDaily.Net pagi ini (Jumaat, 25 April 2008), mengaitkan pula isteri Anwar Mat Jenin, Datin Seri Wan Azizah Jenin yang menyatakan kesediaan beliau menjadi Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan wakil-wakil BN di Sabah dan Sarawak yang "melompat parti" kepada gagasan Pakatan Rakyat dan beliau sendiri tidak pasti bila wakil rakyat BN ini akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kita nampak semakin banyak mereka bercakap, semakin banyak percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka.

Itulah "kebahlulan" PAS yang begitu mudah diperdaya atau diperbodoh-bodohkan oleh sekutunya sendiri tanpa mempunyai kematangan akal dan fikiran sendiri untuk menilai kenyataan Anwar Mat Jenin "Si Putar Alam" itu.

PAS lupa asal usul kewujudan PKR - Parti Keadilan Rakyat (sebelumnya Parti Keadilan Nasional) setelah pemecatan Anwar Mat Jenin pada September 1998 itu adalah lebih bermatlamat utama memperjuangkan individu bernama Anwar Mat Jenin. Sebab itulah Presiden PKR disandang isteri beliau sendiri, Wan Azizah Jenin dan kini pula menobatkan anak perempuan beliau, Nurul Izzah Jenin pada PRU12 yang lalu.

Kita juga tidak nampak PKR komited memperjuangkan soal keadilan yang sebenarnya selain hanya bertujuan membalas dendam semata-mata. PKR juga diibaratkan sebuah parti keluarga Anwar Mat Jenin dan untuk kepentingan keluarga beliau sahaja. Tidak ada bezanya dengan kerajaan keluarga Abdullah Badawi. Jika penyokong-penyokong mereka kononnya berharap "mahu keluar daripada mulut Harimau, janganlah pula termasuk ke mulut Naga".

Tambah pula Anwar Mat Jenin bukanlah lagi manusia yang layak diangkat sebagai pemimpin setelah kita semua tahu siapa diri Anwar Mat Jenin yang sebenarnya sebelum ini. Adakah layak untuk beliau menjadi PM dan memimpin negara? Kita khuatir akan lebih berleluasa "kelab-kelab aktiviti songsang" yang sewaktu dengannya dan tentulah semakin hancur Malaysia. Tidak juga mustahil negara akan terus tergadai dan kita sebagai rakyat bakal menjadi pelarian.

Oleh itu apa kata, jika sekiranya kita cintakan tanahair kita, sama-samalah kita bersatu di dalam Barisan Nasional untuk mencorak satu perubahan besar kepada pucuk kepimpinan yang ada kepada barisan baru yang mampu memenuhi aspirasi generasi kini.

Pemuda Pelapis
Pesanan Istimewa Untuk Rais Yatim dan Semua Pemimpin - Pepatah Anak Muda Kata, Ini Jenis "Mulut Tak Sayang Gigi"

Merujuk kepada kenyataan Rais Yatim, Menteri Luar dan juga Ahli Majlis Tertinggi, sambil beliau mengulas kepada Bernama soal menyarankan agar suruhanjaya untuk "perbetulkan" Umno, beliau tidak harus menyelit kenyataan bahawa,

"rakyat Malaysia memang suka menyalahkan orang lain"

Siapakah rakyat Malaysia yang dimaksudkan beliau? Adakah kesemuanya atau sesetengah kelompok tertentu atau individu tertentu? Jika mahu menuju sebarang kenyataan kepada sesiapa pun, jangan mengaitkan seluruh rakyat Malaysia. Terus tuju kepada individu berkenaan secara lebih berani, lebih tepat dan yakin (gentleman).

Kenapa mesti bercakap secara umum? Kalau dua tiga kerat pemimpin yang buat salah, kenapa rakyat patut dikaitkan? Tidakkah rakyat Malaysia ni termasuk individu bernama Rais Yatim sendiri? Bermakna beliau pun turut tergolonglah dalam kategori manusia yang suka menuding jari pada orang lain.

Melemparkan kenyataan, jangan main ikut sedap mulut dan tolong guna akal sikit. Yang memimpin kerajaan ni siapa? Bukankah anda (Rais Yatim) dan barisan Kabinet yang dibentuk Pak Lah (bos anda)? Nakhoda kapal dan awak-awak kapal mana pergi? Rakyat hanya ibarat sebagai anak-anak kapal sahaja. Hari ini "KAPAL BARISAN NASIONAL" dah hampir nak karam dan mulut pemimpin pada ketika ini kena 10 kali lebih berhati-hati apabila bercakap.

Belajar pelihara sedikit "sensitiviti" rakyat. Dari rakyat anda datang dan sebagai rakyat anda kembali apabila tiba masa anda tidak diperlukan lagi. Buktinya telah nyata, kuasa membentuk kerajaan berada di tangan rakyat. Jangan berterusan mengulangi kesilapan jika tidak mahu situasi yang lebih buruk terjadi kepada Umno dan BN.

Bukan sekadar Rais Yatim kena berhati-hati bercakap tetapi seluruh pemimpin yang ada perlu bertanggungjawab mengeluarkan sebarang kenyataan. Bara yang masih menyala, jangan pula disimbah petrol. Ada lagi pepatah untuk dijadikan peringatan, "kerana mulut, badan binasa".

Kenapa naik angin sampai tuduh rakyat semua sekali?

Beliau ni bercakap ikut akal atau ikut emosi? Alangkah malunya saya jika saya duduk di tempat beliau dan melemparkan kenyataan sebegini. Tambah pula beliau seorang yang veteran dan ahli MT. Umpama pepatah mengatakan, "marahkan seekor nyamuk (Pak Lah), tapi kelambu (Malaysia) hendak dibakarnya".

Kalaulah sudah begitu caranya dan ketrampilannya, lebih baik letak jawatan saja dan duduk diam-diam. Bagi laluan kepada semua generasi muda mentadbir negara, lagi pun veteran yang tinggal sekarang ni pun dah sukar diterima rakyat. Hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang masih relevan termasuk bekas Perdana Menteri.

Pemuda Pelapis
Topik berkaitan di blog ini sebelumnya yang bertajuk Agenda Pak Lah Penuh MISTERI mengajak anda semua berfikir apakah rasionalnya agenda yang dibangkitkan ini. Adakah ianya satu persediaan diri Pak Lah sebelum beliau berundur dan melakukan proses "Peralihan Kuasa Kepimpinan?"

Kedua-dua agenda ini berturutan dilakukan dalam masa yang terdekat dan amat singkat serta menjadi tanda tanya kepada sebilangan besar rakyat Malaysia, baik penyokong-penyokong Umno/BN apatah lagi kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Kita tahu sebelumnya Pak Lah membalas dendam segala kritikan "Che Det" dengan mengarahkan BPR mencungkil semula fail-fail siasatan ke atas mantan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan akhirnya BPR mengumumkan "Che Det" bebas daripada segala dakwaan yang mengaitkannya dengan kes-kes rasuah.

Adakah dua agenda terbaru ini, baru kini dirasakan penting oleh Pak Lah untuk dilaksanakan? Mengapa tidak sebelumnya? Meskipun ianya untuk kebaikan tetapi apakah rasionalnya tindakan itu pada masa sekarang ini? Mungkinkah ada sesuatu di sebaliknya?

Hanya Pak Lah sahaja yang ada jawapannya.

Pemuda Pelapis

Soal ketuanan Melayu yang dicadangkan Umno agar bersepakat untuk dibincangkan bersama pemimpin Melayu dari parti PAS dan PKR tidak perlu diperbesarkan jika sekiranya enggan bekerjasama.

Saya menyelar keras kenyataan Naib Presiden PAS Pusat, Husam Musa dan juga AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS.

Pemimpin PAS ini lupa bahawa suatu ketika dahulu saranan ini juga datang daripada pihak mereka, malahan merekalah yang "TERHEGEH-HEGEH" pada suatu ketika. Apabila Umno mengusulkannya semula supaya diadakan perbincangan, mereka pula yang dilihat sebagai "KERAS KEPALA" dan begitu "ANGKUH" setelah merasakan mempunyai "SEDIKIT KUASA DI TANGAN". Usaha ini dianggap mereka sebagai "GIMIK LAMA" permainan politik Umno sedangkan hakikat hari ini ianya amat berbeza daripada sebelumnya.

Oleh itu pemimpin Melayu PAS dan PKR janganlah menjadi umpama "BERUK MENDAPAT BUNGA" untuk mengenepikan segala apa yang baik kepada bangsa sendiri tetapi sebaliknya sanggup memperjuangkan "ISU BABI" untuk kepentingan kaum lain. Jangan bertindak sesuka hati tanpa berfikir panjang. Pepatah ada mengatakan, "IKUT HATI, KITA MATI" dan "IKUT RASA, KITA BINASA". Bijak-bijaklah berfikir secara lebih matang dan jangan terlalu mementingkan diri sendiri.

Jika ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Melayu PAS dan PKR, nescaya Melayu akan hancur apabila mereka mampu mentadbir negara kerana sikap "PENYAYANG TERHADAP BANGSA MELAYU" tiada dalam diri dan jiwa pemimpin mereka. Pemimpin Melayu PAS dan PKR juga turut mementingkan soal "materialistik" dan "duniawi". Hak bangsa sendiri sanggup diketepikan demi mencapai impian politik mereka.

Soal membincangkan isu ketuanan Melayu tidak harus dikaitkan dengan pergolakan di dalam Umno. Isu "rumahtangga Umno" biar Umno yang selesaikan dan Pakatan Rakyat tidak perlu masuk campur. Kita perlu berusaha memperkukuhkan bangsa Melayu yang majoriti setelah situasi hari ini memberi petunjuk bahawa kaum minoriti Cina dan India di bumi asal Melayu ini semakin besar kepala dan telah mula berani memperbodohkan Melayu.

Sepatutnya di dalam membincangkan isu ketuanan Melayu ini kita bermuafakat dan mengenepikan soal parti buat seketika dan tidak perlulah dipolitikkan. PAS sebenarnya terkenal sebagai parti yang gemar mempolitikkan segala isu sejak dari dahulu lagi. Jika "AL-QURAN dan HADIS" mereka mampu "MEMPOLITIKKAN" apalah sangat soal "KETUANAN MELAYU" kepada mereka.

Di sebaliknya, PAS dilihat sengaja mahu menutup kelemahan sendiri setelah "DIPERKUDAKAN" dan "DIPERBODOHKAN" oleh DAP berkenaan "ISU BABI" untuk dijadikan projek Mega sebagai sumber ekonomi utama Pakatan Rakyat di Selangor sehinggalah terbitnya pula berita terkini di mana negara China membuat lamaran untuk menjadi pengimpot utama "HAIWAN HARAM" tersebut daripada Malaysia sebagai sebuah negara Islam dunia.

Pemimpin Melayu PAS dan PKR takut isu ini akan ditimbulkan di dalam perbincangan nanti. Secara langsungnya mereka tahu dan "TAKUT KEPADA BAYANG-BAYANG SENDIRI" maka pelbagai dolak-dalih dan alasan dikemukakan untuk menempelak semula kepada Umno.

Pemuda Pelapis
SIARAN LANGSUNG Rancangan BLOG ini telah pun disiarkan 15 minit sahaja.

AHAD, 20 APRIL 2008, JAM 8:40 MALAM DI RTM 1

Telah dihoskan oleh Hashim Abu Hanifah (orang yang tidak layak mengendalikannya) dan kupasan ringkas telah dibuat oleh Datuk A Kadir Jasin (The Scribe)

Apakah itu BLOG dan BLOGGERS? Apakah peranan media alternatif ini pada masa kini?

Rumusannya:
Masa 15 minit terlalu singkat untuk diberi kupasan secara lebih terbuka oleh Datuk A Kadir Jasin. Hanya 2 pemanggil berkesempatan untuk mengambil bahagian. Email daripada pengirim tidak dibacakan dan hos rancangan "BIADAB" mengendalikannya secara tidak profesional dan suka memotong penjelasan Datuk A Kadir Jasin di samping menamatkan perbualan telefon dengan tidak bersopan. Sepatutnya rancangan ini dibiarkan untuk Hashim Abu Hanifah membebel bersendirian. RTM tolong kaji jika mahu mengadakan siaran langsung seperti ini.

Pemuda Pelapis
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my

Memetik kenyataan asal pengarang akhbar

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.


Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.


Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.


Blog media baru berpengaruh
...

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Pemuda Pelapis
Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad.

Setelah Pak Lah menerima desakan demi desakan agar segera berundur dan melaksanakan "PERALIHAN KUASA SEGERA" yang tidak diendahkan beliau yang seolah-olah telah "BUTA HATI" dan amat "GILA KUASA", beliau tetap meneruskan pelbagai agenda dengan gelojoh untuk menunjukkan dirinya kembali bertugas sebagai Perdana Menteri seperti biasa.

Namun sebagaimana saya perkatakan sebelumnya bahawa Pak Lah adalah ahli pemain "WAYANG KULIT" yang cukup hebat yang masih cuba mendendangkan persembahan terbaik kepada rakyat supaya "ISU DESAKAN BERUNDUR" mampu ditenggelamkan.

Namun beliau "ALPA" situasi sekarang "AMAT BERLAINAN" daripada sebelumnya ketika beliau mengambil-alih kepimpinan daripada TUN DR MAHATHIR MOHAMAD dahulu. Apa yang telah berlaku kini bukan mudah untuk dilupakan seluruh rakyat, khususnya penyokong dan ahli Umno/BN seluruhnya. Apakah "TIKET WAYANG KULIT" Pak Lah akan terus "LARIS DAN LAKU" untuk dijual kepada rakyat?

Terkini adalah usaha beliau menubuhkan "SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN" bagi tujuan mengenalpasti dan mencadangkan calon-calon kepada Perdana Menteri. Katanya, badan tersebut bertindak sebagai badan penapis calon-calon secara sistematik dan menilai kewibawaan calon-calon berpandukan kriteria yang ditakrifkan dengan jelas tetapi di dalam masa yang sama masih mengekalkan hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama calon kepada Yang DiPertuan Agong.

Dengan agenda gelojoh beliau itu sebenarnya satu "MISTERI" yang membuatkan masyarakat kian terfikir dengan pelbagai andaian yang munasabah dan boleh diterimapakai. Di sinilah "KEDUNGUAN" beliau yang dirasakan dirinya konon "AMAT BIJAK" sebagai "KAKI TEMBERANG BESAR".

Beliau tidak akan lagi "TERLEPAS PANDANG" oleh "MATA dan MINDA" rakyat. Setiap gerak-geri dan langkah beliau akan diekori dan dinilai rakyat. Agenda ini sekadar mahu meraih sokongan sahaja.

Kalau difikirkan dan diamati, kenapa agenda ini baru sekarang mahu diambil berat dan diberikan perhatian? Kenapa tidak dari dulu setelah menaiki takhta kerajaan? Apa lagi "MUSLIHAT" Pak Lah?

Apakah akibat "PUKULAN SETENGAH MAUT" kepada Umno/BN dan di dalam keadaan "GENTING" ini baru Pak Lah pandai membuat kerja? Maka ini mengesahkan selama ini Pak Lah "KAKI TIDUR" dan menjadikan jawatan Perdana Menteri sebagai platform beliau "LENA DALAM KEKAYAAN".

Semoga penyemakan semula terma perkhidmatan dan gaji hakim-hakim serta membayar ex-gratia sebagai penghargaan kepada 6 hakim yang terbabit dalam krisis badan kehakiman pada 1988 itu tidak mudah mempengaruhi minda-minda cendekiawan yang terpelajar ini.

Akhir kata, jangan mudah "KELABU MATA". Kenalilah Pak Lah yang penuh "MISTERI".

Pemuda Pelapis
Pesanan Ringkas Buat Dato' Seri Mohd Ali Rustam - Ketua Menteri Melaka
Selepas PRU12 kita mula melihat Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo memulakan langkah bijak sebagai pemimpin Umno pertama memasuki arena "BLOGGING" dan diikuti Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan beberapa pemimpin Umno/BN yang lain.

Sehingga hari ini, jam 9:00PM, apa yang dilihat, Dr Mohamad Khir Toyo terus begitu bersedia dikritik dan dikecam di dalam komen blog beliau tetapi malangnya Mohd Ali Rustam yang mengikuti langkah bekas MB Selangor itu akhirnya "SAKIT MATA" atau "PANAS TELINGA" membaca dan mendengar kritikan serta kecaman bloggers.


Apa sudah jadi? Kenapa ruangan komen dibatalkan? Ke mana dicampaknya topik "Isu Babi" sebelum ini? Kenapa mesti "SETENGAH JALAN?"

Saya sarankan supaya Ketua Menteri Melaka itu terus membuka ruangan komen kepada seluruh rakyat untuk melepaskan sebarang kritikan, kecaman, pandangan atau teguran secara bebas sepertimana sebelumnya. Sebagai pemimpin, anda turut dinilai rakyat setelah memilih jalan itu untuk berinteraksi dengan rakyat. Jangan hanya "HANGAT-HANGAT TAHI AYAM" dan tidak memegang pada kata-kata awal sebelum ini.


Jika Mohd Ali Rustam bersikap sedemikian, bukan hanya penyokong pembangkang sahaja yang tidak menghormati beliau bahkan saya sendiri, penyokong umno dan ahli-ahli Umno/BN di akar umbi akan turut memandang "LEKEH" kepada Ketua Menteri Melaka ini.


Orang nak buat blog, dia pun nak buat juga tapi hakikatnya tidak bersedia dikritik dan menerima pandangan rakyat. Oleh itu, janganlah ikut sikap tidak baik Pak Lah yang suka "CAKAP PUSING-PUSING" dan "TIADA BERPENDIRIAN".
Sungguhpun saya berdiri di belakang Umno/BN tetapi saya "ANTI PEMIMPIN YANG TIADA PRINSIP DAN PENDIRIAN".

Ubah sikap dan berpeganglah pada kata-kata yang telah diucapkan.


"TIDAK PERLU TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI"

Pemuda Pelapis
Segeralah Bertindak, Fikirkan Kemakmuran dan Fahamilah Kehendak Semua! Jangan Jadi Pengkhianat!

Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon maaf pada semua kerana apa yang bakal dibicarakan ini mungkin agak terlepas cakap dan lebih berterus-terang daripada biasa. Kepada mana-mana pemimpin atau pihak yang terasa sedikit pedas, harap maaf! Apa pun nawaitu saya adalah demi untuk kebaikan semua.

Sebelum ini saya telah menulis artikel "Politik Dolak-Dalih" dan "Politik Test Market" yang mengaitkan Pak Lah dan Dato’ Seri Najib secara terbuka sebagai luahan hati rakyat yang nampak apa sebenarnya pergolakan yang berlaku sehingga BN nyaris "TERKUBUR".


Hari ini sekali lagi saya mahu memperingatkan keter"BUKU"an hati rakyat terhadap sikap keterlaluan Pak Lah yang masih suka "BERDOLAK-DALIH" dan terlalu "BIDA'AH". Semoga artikel ini dibaca dan ditatap sendiri oleh Pak Lah serta kuncu-kuncu Pak Lah termasuklah semua "Kaki Ampu" Pak Lah dan berfikirlah secara lebih dewasa dan lebih matang.


Suka atau tidak suka, hakikat dan kenyataannya, Pak Lah, anak, menantu serta kuncu-kuncu harus menerima dengan hati penuh terbuka dan berlapang dada. Hendak membodek atau mengampu, bukan sikap saya… mohon berbanyak maaf sekali lagi!


Politik tanahair pada hari ini secara "TERANG LAGI BERSULUH" mahukan perubahan besar kepada pucuk pimpinan negara. "REFORMASI" di dalam Umno dan BN harus dilakukan "SEGERA" dan bukan lagi mengikut "CITARASA" dan "SELERA" Pak Lah untuk mengambil masa terlalu panjang sehingga ke Disember 2008. Tak perlulah mengambil waktu yang terlalu lama untuk melakukan "PERALIHAN KUASA".

Bukan rakyat bencikan Pak Lah tapi rakyat benci kepada sikap Pak Lah yang "TIDAK ADIL" yang lebih mengutamakan diri sendiri dan kepentingan keluarga sendiri. Berundur secara terhormat, kan lebih bagus daripada digulingkan dalam pertandingan? Takkan perkara ini pun rakyat nak tolong fikirkan bagi pihak Pak Lah? Faham-faham sendiri sudahlah…


Jika Pak Lah masih mahu bersikap "ACUH TAK ACUH" dengan desakan majoriti rakyat atau mahu ambil "OWN SWEET TIME" kita khuatir makna "SWEET" itu tidak akan ada apa-apa erti lagi sebagai satu "KEMANISAN" di dalam perjuangan. Kita takut di sebaliknya ia mungkin bertukar menjadi "BITTER" yang bakal meninggalkan kesan yang "AMAT PAHIT" kepada sejarah Umno dan BN. Mohon Pak Lah faham-fahamkanlah erti kiasan saya ini dan tolong jangan mementingkan diri sendiri, juga keluarga sendiri. Rasa-rasanya saya sudah cukup berterus-terang kepada Pak Lah.


Sedarlah... Insaflah... juga banyak-banyaklah bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan kerana perjuangan Pak Lah sudah jauh "TERSASAR" daripada landasan sebenar. Majoriti rakyat, juga ahli-ahli Umno dan parti-parti komponen BN di peringkat akar umbi telah menolak kepimpinan Pak Lah. Apa lagi yang Pak Lah mahu "BERDOLAK-DALIH?"


Perlukah lagi untuk Pak Lah main "SORONG PAPAN, TARIK PAPAN?" Nak ajak main-main "TARIK TALI" pun rasanya rakyat dah tak sangup dah… Dah cukup bosan…


Kebelakangan ini bila ada beberapa kerat pemimpin dah mula berani "MENDESAK" Pak Lah, lain pulak ceritanya… Puak-puak "PENGAMPU" Pak Lah dah mula "TARIK MUKA MASAM" sesama pemimpin… Politik apa namanya ni? IKHLAS, JUJUR DAN TELUS dah pergi ke mana?



Terlalu banyak dah masa rakyat "TERBAZIR" duduk di bawah kepimpinan Pak Lah. Lagi lama makin "HARU BIRU" dan "TERBANTUT EKONOMI RAKYAT". Rakyat dah tak boleh nak bertoleransi lagi dah… Rakyat perlukan kehidupan yang lebih sempurna… Pak Lah dan seluruh keluarga dah cukup banyak dah "BUAT DUIT"… Dah kaya-raya pun rasanya sampai tak habis makan sampai bila-bila pun… Bagilah peluang kepada rakyat pula untuk "MENCARI MAKAN" di tanahair sendiri… Tolonglah ada belas kasihan sikit pada rakyat. Janganlah "ZALIM" sangat…


Apabila baru-baru ini Pak Lah masih juga lagi "BERBOHONG" mengatakan di peringkat akar umbi masih menyokong Pak Lah, pada saya itu sudah boleh dianggap sebagai satu "BIDA'AH".


BN dah tinggal "SEPARUH NYAWA" pun masih nak mengatakan begitu. Sebelumnya Pak Lah dah "MENGAKU" puncanya adalah kerana diri Pak Lah sendiri, saya dah cukup lega dengan pengakuan tersebut tapi bila berlanjutan lagi sampai macam ni, mula datang balik rasa meluat dan hilang langsung rasa hormat pada pemimpin yang bersikap macam ni.


Bukankah kekalahan banyak kerusi sehingga 5 negeri baru tergadai ke tangan pembangkang disebabkan akar umbi yang tidak menyokong BN? Lupakah Pak Lah? Pak Lah dah "MELEKAT" dengan "TABIAT" suka cakap "PUSING-PUSING" kenapa ni?


Oleh itu, kenyataan Pak Lah yang kononnya hanya segelintir pemimpin sahaja yang mendesak supaya berundur segera baru-baru ini sedangkan akar umbi tidak mendesak adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan. Jangan berterusan "BERBOHONG" dan mengelirukan rakyat.


Cukup-cukuplah Pak Lah… Sudah-sudahlah tu…


Berilah peluang pada Najib pula merasa kerusi empuk "PERDANA MENTERI" sekejap dalam situasi "PERALIHAN KUASA" ini. Saya faham, Najib pun mungkin tak lama nak duduk sebagai "ORANG NOMBOR SATU NEGARA" sebab beliau pun kena "AKUR" juga bahawa rakyat mahukan "ORANG BARU" yang lebih "BERWAWASAN" untuk menerajui kepimpinan negara.


Rata-rata banyak ramalan meletakkan Najib Tun Razak dan Muhyidin Yassin tapi setakat ini saya lebih cenderung meramalkan Hishammuddin dan Mukhriz sebagai "ORANG PALING LAYAK" sebagai "PENGGANTI NOMBOR SATU DAN NOMBOR DUA" jika mengikut kehendak barisan pelapis muda hari ini. Sejauh mana kebenaran ramalan saya, sama-samalah kita tunggu supaya masa sahaja yang menentukannya.


Apa pun Najib hanya dilihat sebagai pengganti sementara sahaja. Mungkin juga ada perubahan di dalam ramalan terkini yang akan saya rumuskan sedikit masa lagi menurut pandangan saya dan juga daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.


Sepertimana laporan media yang mengatakan Pak Lah mungkin melanjutkan tempoh untuk beberapa tahun lagi, sebenarnya bakal mengundang huru-hara yang lebih besar, di samping kemakmuran negara yang tidak akan mampu dicapai dalam masa yang terdekat.

Desas-desus di belakang tabir yang mengaitkan Khairy (menantu Pak Lah) sedang berusaha keras cuba mempertahankan maruah Pak Lah dan dirinya sendiri hanyalah membuang masa sahaja kerana perkara ini dipandang tidak lebih sekadar kepentingan peribadi mereka tanpa memikirkan kepentingan parti untuk meneruskan perjuangan membela hak agama, bangsa dan negara. Menyokong Khairy juga bermakna mahu melihat kehancuran parti.


Bukan kerana Khairy tu tak bagus tapi "CARA DIANGKAT NAIK" tak masuk dek akal. Kalau "BETUL CARANYA" daripada awal dulu, rasanya tak ada sebab kenapa majoriti rakyat menolak Khairy. Kesian jugak budak muda ni jadi mangsa kebencian orang sedangkan setelah digilap, nampak jugak “BERKILAT” dahi budak ni.


Tinggalkanlah "NAMA BAIK" sebagai pemimpin dan jangan sampai Umno/BN tumbang, kerana jika sekiranya ia terjadi maka rakyat yang selama ini mendokong perjuangan Umno/BN tidak akan MEMAAFKAN Pak Lah selama-lamanya. Sebaliknya Pak Lah akan dikenang sebagai "PENGKHIANAT" kepada parti dan negara. Mahukah Pak Lah dilabelkan sedemikian? Terimalah teguran ikhlas ini sebagai peringatan dan pesanan daripada saya, orang yang tiada apa-apa kepentingan pun.

Wassalam!


Pemuda Pelapis
Jikalau "khinzir" mampu berkata-kata, beginilah sindirannya

Menurut EXCO Selangor yang menjaga hal-ehwal penternakan babi di Selangor, YB Yaakop Sapari, kerajaan negeri telah meluluskan pelaburan baru ke atas penternakan babi secara moden sebanyak RM485Juta berbanding kos sebelum ini RM100Juta.


Merujuk laporan Malaysiakini, Yaakop berkata,

"Contrary to previous reports, Yaakop said the state government would not be financing the project as it is being handled by a private entity jointly owned by Kuala Langat Pig Farmers Association and a yet-to-be named company"

"Yaakop said the company - which would be investing RM360million into the project - would be named at a later date. Under the project, pig-farmers would be investing RM125million"

Dengan peruntukan yang lebih besar ini menimbulkan tanda tanya dan menjadi lebih kontoversi kepada rakyat, bagaimana kos itu boleh meningkat berlipat kali ganda jika ia hanya dikatakan untuk keperluan domestik sahaja. Apa yang telah diperkatakan sebelum ini membuktikan kebenaran yang lebih nyata bahawa pihak kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terlebih ghairah untuk melaksanakan projek "Mega" ternakan babi ini.


Maka itu janganlah menuding jari kepada kerajaan BN Selangor di bawah pimpinan Dr Mohamad Khir Toyo sebelumnya yang tiada membuat apa-apa keputusan muktamad sehinggalah Pakatan Rakyat yang meluluskannya baru-baru ini.


Juga menimbulkan tanda tanya, jika kerajaan dulu telah meluluskan projek mengapa belum ada syarikat untuk melaksanakannya?


Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sebenarnya dilihat terlalu ghairah mengikut telunjuk puak-puak DAP yang tidak bertanggungjawab yang lebih mementingkan kaum mereka. Nampaknya semakin besar projek ternakan babi di Selangor yang dijadikan sumber ekonomi utama negeri oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Apakah dengan keputusan terbaru ini pemimpin PAS terus mahu memberikan pelbagai alasan lagi? Atau mungkinkah dalam sedikit masa lagi setelah terlaksananya nanti projek besar-besaran ini, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan mengeluarkan fatwa baru yang "MENGHALALKAN" babi kepada umat Islam dengan disembelih secara Islam?


Mohon jawapan ikhlas daripada pihak pemimpin Islam Pakatan Rakyat seluruhnya.

Pemuda Pelapis

Menteri Penerangan yang baru, Ahmad Shabery Cheek dilihat gagal bertindak dengan lebih waras di dalam membuat keputusan pertama beliau sejak mula memegang jawatan tersebut.

Kenyataan Ahmad Shabery Cheek pada 12 April 2008 yang mengatakan tidak mahu tunduk kepada desakan MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim (PKR) tentang isu Radio Selangor FM tetapi akhirnya membuat keputusan mengarahkan stesen radio berkenaan supaya berpindah. Apakah beliau merasakan keputusannya itu cekap dan bertepatan?


Dengan keputusan itu, tidak kurang RM3Juta akan dibazirkan untuk tujuan perpindahan dan pengubahsuaian premis di lokasi baru.


Desakan MB Selangor itu atas kata dua, samada memberikan ruang 1 jam seminggu kepada Pakatan Rakyat untuk ke udara dengan aktiviti-aktiviti semasa kerajaan baru Selangor atau diarahkan keluar dari bangunan SSAAS ke tempat lain jika tidak patuh dengan permintaan tersebut.


Sedarkah Ahmad Shabery bahawa beliau sudah "TERJERAT" dengan permainan politik Pakatan Rakyat? Keputusan beliau memberi arahan supaya berpindah juga adalah "TUNDUK" kepada Khalid Ibrahim selain menuruti kehendak MB Selangor itu.


Sebagai orang yang baru belajar menyarung "bush jacket" (bak kata Sanusi Junid ketika Ahmad Shabery cuba mengkritik Dr Mahathir tempohari), bukan itu keputusan yang sepatut diambil beliau. Keputusan itu membuktikan "PENAFIAN" yang selama ini membuakkan rasa meluat rakyat terhadap media elektronik yang tidak adil.


Beliau seharusnya mengambil jalan tengah untuk berbincang dengan Khalid Ibrahim secara lebih berhemah dan meletakkan syarat tertentu kepada kerajaan Selangor sekarang jika mahu ke udara. Dengan menafikan penyertaan Pakatan Rakyat untuk memasukkan slot dan aktiviti kerajaan negeri dan sanggup mengarahkan supaya berpindah itu hanya "MENGESAHKAN" atau "MENGIYAKAN" apa yang rakyat kata selama ini tentang "TIDAK ADIL".


Selain daripada itu juga, ianya jelas sebagai satu pembaziran akibat daripada ketidakcekapan pemimpin di dalam membuat sesuatu keputusan sedangkan sejumlah yang besar itu mampu digunakan untuk tujuan-tujuan lain.


Ini semua saya anggap sebagai satu keputusan "EMOSI" tanpa berfikir panjang walhal masih boleh mencari kata sepakat. Baru "DIUJI" sedikit oleh pembangkang sudah "MELATAH". Risiko "PEMBAZIRAN" tidak mahu diambilkira.


Oleh itu saya menyarankan semua Menteri dan Timbalan Menteri agar lebih bijak dan cekap di dalam membuat apa-apa keputusan. Memegang jawatan tersebut tidak bermakna “SATU LESEN BESAR” untuk membuat apa jua keputusan mengikut “SELERA SENDIRI”.


Pemuda Pelapis
Merujuk Kepada Topik Asal Di Blog Tersebut Yang Juga Disiarkan Dalam HarakahDaily.Net

BERIKUT ADALAH ULASAN ASAL SAYA TANPA SEBARANG SUNTINGAN DIBUAT.

Salam!

Pelbagai persepsi telah dibahaskan rakyat dan pemimpin di mana-mana sahaja. Dalam konteks ini, segala kemungkinan boleh berlaku.

Situasi semasa ini memperlihatkan seolah-olah satu pertandingan bolasepak yang berada pada kedudukan "seri 0-0" dan sedang menghadapi "masa kecemasan" atau kemungkinan juga "masa tambahan - sudden death".

Pakatan Rakyat amat tinggi berharapan untuk memenanginya manakala BN sebagai "juara bertahan" perlu lebih gigih berjuang dengan penyusunan semula strategi untuk menyerang lawan bagi menghasilkan "jaringan gol".

Apa yang saya lihat sekarang, kekalutan "barisan pertahanan BN" agak kucar kacir setelah diasak teruk oleh lawan dengan strategi "provokasi secara psikologi" bagi tujuan melemahkan BN di dalam keadaan bercakaran sesama sendiri yang masih tidak reda.

Dari satu sudut, memanglah kita boleh katakan kelebihan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat namun kepastiannya belum ada.

Tun Dr Mahathir pula bolehlah dianggap sebagai "jurulatih pasukan BN" yang sedang mengaturkan kekuatan kubu pertahanan sebelum menyerang berhabis-habisan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Malangnya "kapten pasukan BN - Abdullah" yang cedera parah, yang dilantik jurulatih telah ingkar dan tidak mahu memahami strategi jurulatih dan gagal mengikuti arahan supaya keluar padang untuk digantikan dengan pemain simpanan baru (penolong kapten - Najib) menyebabkan keadaan sedikit goyah kerana kubu semakin diasak.

Kesimpulannya, "pasukan BN" perlu lebih berhati-hati di bahagian pertahanan kerana jika terus "terleka dan cuai" maka sekali sahaja menerima asakan kuat pihak lawan, pastinya akan "dibolosi" dengan jaringan yang boleh membawa padah dengan keputusan "sudden death" yang tidak mustahil bakal memberi kemenangan mudah kepada lawan.

Apa pun jika "kapten pasukan BN" mahu menuruti arahan "jurulatih", insyallah kekuatan kubu masih boleh dipertahankan kerana semua mengetahui kehebatan "jurulatih BN" yang kaya dengan idea dan strategi tersendiri, yang disegani kawan dan lawan.

Sementara "jurulatih Pakatan Rakyat - Anwar" pula adalah "bekas anak didik" kepada "jurulatih BN" dan sudah tentu satu bonus kepada "jurulatih BN" yang lebih memahami bagaimana mahu menangkis asakan "bekas anak didiknya" yang dianggap sebagai "tidak khatam" atau "setengah jalan" akibat pernah "digantung" dan tidak boleh beraksi pada suatu ketika.

Itulah kiasan ringkas yang mampu saya kongsikan di sini.

Jika pemimpin mahu berfikir, maka renung-renungkanlah!

Wassalam.

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

PEMUDA PELAPIS.

Pemuda Pelapis
Bantahan rakyat Selangor terhadap kerajaan Selangor yang kini di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat

Makluman pembaca: Topik ini juga saya bahaskan di laman web MyKMU.Net yang telah disiarkan mulai hari ini 14 April 2008 dan menerima berbagai komen daripada pembaca yang menyokong dan membangkang usaha ini. Anda juga boleh membuat komen di ruangan ini secara terbuka. Untuk merujuk terus ke ruangan topik ini di MyKMU.Net, sila klik di sini.

Merujuk kenyataan HarakahDaily.Net semalam yang ditulis pengarangnya berkenaan projek "MEGA" ladang ternakan babi secara moden menunjukkan pendirian yang jelas pucuk pimpinan PAS cuba mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kepimpinan PAS dilihat menyelar dan menuding jari kepada media serta pemimpin-pemimpin BN yang kononnya telah memanipulasikan isu tersebut dengan "menyerang" kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka marah dengan sindiran "sinis" Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang menganggap projek tersebut sebagai "HADIAH BESAR" kepada penyokong Pakatan Rakyat di atas kemenangan PRU12 yang lalu, melalui kenyataan yang dituliskan di laman blog Ketua Menteri Melaka itu.

Sebaliknya PAS menempelak semula Ketua Menteri Melaka itu dengan merujuk keadaan yang pernah berlaku di Melaka pada tahun 2007 yang lepas, yang menyatakan Mohd Ali Rustam gagal menanganinya dengan baik sehingga membawa kepada rusuhan para penternak babi.

Pelbagai alasan digunakan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan itu tanpa rasa "SEGAN SILU" dan tidak malu mengandaikan usaha itu sebagai "Fardhu Kifayah" daripada pucuk kepimpinan Islam kepada rakyat bukan Islam.

Di dalam konteks ini, saya tampil untuk mengulas ringkas bahawa usaha PAS mempertahankan keputusan tersebut sebagai "LIDAH YANG BERCABANG" dan "TIADA BERPENDIRIAN" yang boleh dianggap sebagai "Menjilat Ludah Sendiri".

Juga adalah keterlaluan untuk menganggapkannya sebagai "Fardhu Kifayah" kerana banyak lagi usaha-usaha lain yang boleh ditumpukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat jika sekiranya mahu berbudi kepada golongan bukan Islam untuk memperolehi "Pahala Fardhu Kifayah".

Saya melihat alasan demi alasan yang diberikan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan yang dibuat itu sebagai satu kepentingan politik semata-mata demi meraih sokongan daripada masyarakat bukan Islam atas dasar desakan daripada pihak dalaman (DAP) dan juga gagal berpandangan jauh untuk memikirkan kesan jangka panjang secara menyeluruh.

Sepatutnya kejadian di Melaka tahun lalu harus diambil sebagai iktibar. Walau canggih sekalipun pelaksanaannya tetapi "PENCEMARAN UDARA" tetap akan berlaku. Tidak tahulah pula jika sekiranya mereka menternak secara tertutup di dalam "DEWAN BERHAWA DINGIN" adalah satu kemungkinan untuk mengelakkan pencemaran udara.

Saya juga tidak hairan dengan kepimpinan PAS yang selama ini memang sering memperalatkan agama suci Islam ke arah mencapai matlamat politik mereka. Mereka sanggup memutarbelitkan apa sahaja fakta demi kepentingan peribadi mereka. Secara tidak langsung dengan memperalatkan agama Islam, mereka "TIDAK MENGHORMATI ISLAM" dan mengajar sekutu mereka yang bukan Islam untuk turut tidak menghormati Islam.

Dengan penggunaan nama parti politik sebagai "Parti Islam Se-Malaysia - PAS" itu sebenarnya telah banyak mencemarkan imej "ISLAM" di mata masyarakat bukan Islam di negara ini secara khususnya, kerana perjuangan PAS hari ini sudah jauh menyimpang dan tersasar daripada landasan sebenar perjuangan asal mereka ketika di zaman Dato' Asri suatu masa dahulu.

Ini semua adalah angkara sebahagian besar pemimpin PAS hari ini yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tujukan kepada semua pemimpin mereka tetapi sebahagian besarnya adalah sebagaimana apa yang saya maksudkan itu. Hanya segelintir sahaja pemimpin PAS yang masih boleh dihormati.

Kepada pemimpin PAS yang membaca kenyataan ini, sila berikan jawapan kenapa kerajaan negeri harus memperuntukkan bajet sebegitu besar sehingga mencecah RM100Juta untuk ladang "MEGA" bagi ternakan babi? Apakah keberuntungannya kepada golongan masyarakat Melayu dan semua yang beragama Islam?

Apakah yang "HARAM" itu boleh menjadi "HALAL" demi kepentingan politik? Untuk sekadar memenuhi keperluan golongan "Pemakan babi" yang hanya segelintir tersebut, cukuplah sekadar bantuan "BAKA TERNAKAN" sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Haiwan kepada masyarakat Melayu di kampung, di samping keluasan tanah yang memadai dan mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Sanggupkah mana-mana kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat meluluskan sejumlah yang sama atau lebih besar untuk tujuan penternakan lembu, kambing, biri-biri, ayam, itik dan sebagainya selain daripada babi kepada masyarakat bumiputera?

Inilah kepimpinan "AKHIR ZAMAN" oleh pemimpin Islam yang mengakui diri sebagai "ALIM ULAMAK" yang sanggup "MENGHALALKAN" apa yang "HARAM" sewenang-wenangnya.

Jika begitu, semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS tidak perlulah memansuhkan "LESEN PERJUDIAN" yang dikatakan haram. Sekurang-kurangnya perjudian itu tidak perlu "DISAMAK" sebagaimana najis babi.

Tiada apa-apa perbezaan untuk memakan hasil pendapatan daripada "JUDI" jika dibandingkan dengan hasil "PENTERNAKAN BABI". Kedua-duanya datang daripada sumber yang haram. Oleh itu saya mohon pemimpin PAS tidak perlulah mempertahankannya atau memperjuangkan usaha tersebut. Di sebaliknya haruslah menasihati sekutu mereka dan bukan terus bersekongkol.

PAS haruslah bersikap "JUJUR, IKHLAS DAN LEBIH TELUS" di dalam perjuangan Islam mereka.

BERPEGANGLAH PADA HAKIKAT KEBENARAN DAN CONTOHILAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW.

Sila rujuk artikel sebelumnya bertajuk Projek "Mega" Ternakan Babi Sebagai Agenda Utama Ekonomi Kerajaan Barisan Rakyat PKR-PAS-DAP Di Selangor pada ruangan "Arkib" atau KLIK DI SINI.