Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Bantahan rakyat Selangor terhadap kerajaan Selangor yang kini di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat

Makluman pembaca: Topik ini juga saya bahaskan di laman web MyKMU.Net yang telah disiarkan mulai hari ini 14 April 2008 dan menerima berbagai komen daripada pembaca yang menyokong dan membangkang usaha ini. Anda juga boleh membuat komen di ruangan ini secara terbuka. Untuk merujuk terus ke ruangan topik ini di MyKMU.Net, sila klik di sini.

Merujuk kenyataan HarakahDaily.Net semalam yang ditulis pengarangnya berkenaan projek "MEGA" ladang ternakan babi secara moden menunjukkan pendirian yang jelas pucuk pimpinan PAS cuba mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kepimpinan PAS dilihat menyelar dan menuding jari kepada media serta pemimpin-pemimpin BN yang kononnya telah memanipulasikan isu tersebut dengan "menyerang" kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka marah dengan sindiran "sinis" Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang menganggap projek tersebut sebagai "HADIAH BESAR" kepada penyokong Pakatan Rakyat di atas kemenangan PRU12 yang lalu, melalui kenyataan yang dituliskan di laman blog Ketua Menteri Melaka itu.

Sebaliknya PAS menempelak semula Ketua Menteri Melaka itu dengan merujuk keadaan yang pernah berlaku di Melaka pada tahun 2007 yang lepas, yang menyatakan Mohd Ali Rustam gagal menanganinya dengan baik sehingga membawa kepada rusuhan para penternak babi.

Pelbagai alasan digunakan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan itu tanpa rasa "SEGAN SILU" dan tidak malu mengandaikan usaha itu sebagai "Fardhu Kifayah" daripada pucuk kepimpinan Islam kepada rakyat bukan Islam.

Di dalam konteks ini, saya tampil untuk mengulas ringkas bahawa usaha PAS mempertahankan keputusan tersebut sebagai "LIDAH YANG BERCABANG" dan "TIADA BERPENDIRIAN" yang boleh dianggap sebagai "Menjilat Ludah Sendiri".

Juga adalah keterlaluan untuk menganggapkannya sebagai "Fardhu Kifayah" kerana banyak lagi usaha-usaha lain yang boleh ditumpukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat jika sekiranya mahu berbudi kepada golongan bukan Islam untuk memperolehi "Pahala Fardhu Kifayah".

Saya melihat alasan demi alasan yang diberikan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan yang dibuat itu sebagai satu kepentingan politik semata-mata demi meraih sokongan daripada masyarakat bukan Islam atas dasar desakan daripada pihak dalaman (DAP) dan juga gagal berpandangan jauh untuk memikirkan kesan jangka panjang secara menyeluruh.

Sepatutnya kejadian di Melaka tahun lalu harus diambil sebagai iktibar. Walau canggih sekalipun pelaksanaannya tetapi "PENCEMARAN UDARA" tetap akan berlaku. Tidak tahulah pula jika sekiranya mereka menternak secara tertutup di dalam "DEWAN BERHAWA DINGIN" adalah satu kemungkinan untuk mengelakkan pencemaran udara.

Saya juga tidak hairan dengan kepimpinan PAS yang selama ini memang sering memperalatkan agama suci Islam ke arah mencapai matlamat politik mereka. Mereka sanggup memutarbelitkan apa sahaja fakta demi kepentingan peribadi mereka. Secara tidak langsung dengan memperalatkan agama Islam, mereka "TIDAK MENGHORMATI ISLAM" dan mengajar sekutu mereka yang bukan Islam untuk turut tidak menghormati Islam.

Dengan penggunaan nama parti politik sebagai "Parti Islam Se-Malaysia - PAS" itu sebenarnya telah banyak mencemarkan imej "ISLAM" di mata masyarakat bukan Islam di negara ini secara khususnya, kerana perjuangan PAS hari ini sudah jauh menyimpang dan tersasar daripada landasan sebenar perjuangan asal mereka ketika di zaman Dato' Asri suatu masa dahulu.

Ini semua adalah angkara sebahagian besar pemimpin PAS hari ini yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tujukan kepada semua pemimpin mereka tetapi sebahagian besarnya adalah sebagaimana apa yang saya maksudkan itu. Hanya segelintir sahaja pemimpin PAS yang masih boleh dihormati.

Kepada pemimpin PAS yang membaca kenyataan ini, sila berikan jawapan kenapa kerajaan negeri harus memperuntukkan bajet sebegitu besar sehingga mencecah RM100Juta untuk ladang "MEGA" bagi ternakan babi? Apakah keberuntungannya kepada golongan masyarakat Melayu dan semua yang beragama Islam?

Apakah yang "HARAM" itu boleh menjadi "HALAL" demi kepentingan politik? Untuk sekadar memenuhi keperluan golongan "Pemakan babi" yang hanya segelintir tersebut, cukuplah sekadar bantuan "BAKA TERNAKAN" sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Haiwan kepada masyarakat Melayu di kampung, di samping keluasan tanah yang memadai dan mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Sanggupkah mana-mana kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat meluluskan sejumlah yang sama atau lebih besar untuk tujuan penternakan lembu, kambing, biri-biri, ayam, itik dan sebagainya selain daripada babi kepada masyarakat bumiputera?

Inilah kepimpinan "AKHIR ZAMAN" oleh pemimpin Islam yang mengakui diri sebagai "ALIM ULAMAK" yang sanggup "MENGHALALKAN" apa yang "HARAM" sewenang-wenangnya.

Jika begitu, semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS tidak perlulah memansuhkan "LESEN PERJUDIAN" yang dikatakan haram. Sekurang-kurangnya perjudian itu tidak perlu "DISAMAK" sebagaimana najis babi.

Tiada apa-apa perbezaan untuk memakan hasil pendapatan daripada "JUDI" jika dibandingkan dengan hasil "PENTERNAKAN BABI". Kedua-duanya datang daripada sumber yang haram. Oleh itu saya mohon pemimpin PAS tidak perlulah mempertahankannya atau memperjuangkan usaha tersebut. Di sebaliknya haruslah menasihati sekutu mereka dan bukan terus bersekongkol.

PAS haruslah bersikap "JUJUR, IKHLAS DAN LEBIH TELUS" di dalam perjuangan Islam mereka.

BERPEGANGLAH PADA HAKIKAT KEBENARAN DAN CONTOHILAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW.

Sila rujuk artikel sebelumnya bertajuk Projek "Mega" Ternakan Babi Sebagai Agenda Utama Ekonomi Kerajaan Barisan Rakyat PKR-PAS-DAP Di Selangor pada ruangan "Arkib" atau KLIK DI SINI.

2 Responses
  1. Pemuda Pelapis im sooo sad tengok orang melayu sekarang... tidak kah dorang nampak kita dikotak katik kan... Lantak lah nak bela babi ke apa ke... but please do at their place... for me orang2 cina sekarang nie dah terlalu kurang ajar... !!!!


  2. Terima kasih Saudari Zarina,

    Saya percaya anda juga telah membaca topik ini di MyKMU.Net dan melihat sendiri pelbagai komen, kritikan serta kecaman daripada penyokong2 PAS-PKR-DAP yang terlalu fanatik.

    Saya keutarakan topik ini untuk direnungi oleh semua generasi Melayu, apatah lagi kita ni beragama Islam. Sepatutnya dibahaskan secara sopan santun malangnya timbul pergaduhan sesama sendiri dengan segala cacian dan hinaan.

    Perkara ini tak seharusnya berlaku di antara kita kerana kaum Cina dan India bertepuk tangan melihat kita sesama kita bertengkar.

    Memang ini pun pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam nanti-nantikan untuk melemahkan bangsa Melayu dan agama Islam kita.

    Generasi muda kita tidak memahami apa itu politik, yang sebenarnya tidak lebih daripada ertikata perbezaan fahaman dan ideologi sahaja.

    Isu babi ini pula telah sengaja dipolitikkan oleh pemimpin Cina yang tak bertanggungjawab, Teresa Kok (DAP) dan dibantu talibarut mereka, Dr Lee Chong Meng (MCA/BN). Provokasi ini sengaja dirancang oleh mereka. Mereka ini ada agenda tersendiri tapi Melayu saja yang tidak faham.

    Pemimpin bukan Melayu menganut fahaman komunisme dan menyusun strategi untuk melumpuhkan Melayu tetapi kita masih leka dan lena.

    Tidak juga dinafikan ada pemimpin Melayu yang sedar tentang ini tetapi memilih jalan mudah untuk tidak mahu ambil kisah demi kepentingan politik mereka. Kemungkinan juga mereka turut bersekongkol.

    Keadaan sekarang seolah-olah berbalik kepada zaman lampau di mana dulu ramai juga bangsa Melayu kita yang menyertai parti komunis.

    Situasi sekarang kita sepatutnya bersatu untuk mengukuhkan lagi perpaduan Melayu dan Islam. Malangnya PAS juga telah lari daripada prinsip perjuangan asal mereka sebab itulah mereka sanggup menyokong dan memperjuangkan isu ini bagi pihak kaum Cina dan India.

    Agama Islam telah diperalatkan PAS sekian lama demi mencapai matlamat politik mereka. Hukum hakam agama Islam seperti terletak di tangan mereka. Tambah pula bila sudah ada sedikit kuasa di tangan maka lagilah lebih taring mereka. Malang lagi apabila para penyokong mereka mengikut secara "membuta-tuli" tanpa mahu bermuhasabah dan tidak mahu saling menasihati di antara satu sama lain.

    Bila dikecam mereka melatah dan melenting. Kalau dah tahu kerajaan BN dahulu buat sesuatu yang tidak betul, kenapa mesti diteruskan jika tiada kepentingan? Bermakna, Pakatan Rakyat juga turut ada kepentingan di dalam projek "Mega" ternakan babi ini. Apa yang dilihat adalah kerana desakan daripada puak DAP maka PKR dan PAS terpaksa akur kerana takut kehilangan sokongan daripada kaum bukan Melayu. Itu saja ceritanya.

    Saya cuma nak berpesan kepada pemimpin bukan Melayu supaya jangan mula bermain api. Agenda tersembunyi anda diperhatikan dan dikesan.

    SENTIMEN PERKAUMAN TERLALU SENSITIF.

    Teresa Kok (DAP) dinasihatkan supaya tidak menjadi "BERUK MENDAPAT BUNGA". Baru memegang jawatan Exco Negeri Selangor tidak sabar-sabar membuat pengumuman.

    Provokasi anda berkaitan isu ini yang menaikkan kemarahan Melayu dan Islam telah mengeruhkan keadaan di dalam suasana sekarang dan jangan cuba menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan bangsa Melayu jika tidak mahu "PERISTIWA 13 MEI" kembali berulang.


    Beringatlah kita wahai Melayu...
    Jangan jadi Melayu mudah lupa...

    Panjang-panjangkanlah peringatan ini buat semua!