Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam sejahtera dan salam hormat,

Ruangan ini saya sediakan khusus buat saudara dan saudari bloggers semua untuk menyatakan apa sahaja komen, ulasan, cadangan, ucapan dan sebagainya secara am dan terbuka tanpa terhad kepada topik-topik tertentu. Semoga ruangan ini mampu dimanfaatkan dengan baik secara berhemah demi kebaikan semua pihak. Segala buah fikiran dan apa jua idea-idea bernas saudara-saudari dapatlah dikongsikan di ruangan ini secara bebas dan lebih terbuka. Kerjasama serta sokongan sahabat-sahabat bloggers sekalian amatlah dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dimaklumkan, wassalam!

"Memperjuangkan Hak dan Kebenaran"

PEMUDA PELAPIS,
Insan Di Sebalik Tabir.

11 Responses
  1. Harimau nak puji dengan wajah baru blog ini. Bagus dan teruskan penulisan beranimu wahai saudaraku. tunjukkan bahawa Melayu tidak muflis dengan orang yang berani!


  2. Salam!

    Apa kabar? Lama tak menjenguk? Terima kasih atas semangat serta dorongan yang diberikan. Saudara pun boleh tahan jugak bermadah. Sesekali ada jugak saya singgah. Sama-samalah kita seagama dan sebangsa duduk sehaluan berjuang menegakkan hak dan kebenaran.

    Bukan soal berani lagi dah, tapi bulu roma pun dah naik meremang dengan gelagat bengap pemimpin yang makin hari makin menjadi-jadi biolnya.

    Insya'Allah Melayu tidak akan kepupusan masyarakat beraninya. Biar berani kerana benar. Jangan berani buta tak tentu pasal. Padah akibatnya. Apa pun saya telah nekad bersedia sepanjang masa untuk menghadapi apa jua cabaran dengan izin Allah swt.

    Jika baik yang datang maka baiklah dilayan, jika jahat caranya maka ganaslah tentangannya.

    SELAMAT MAJU JAYA HARUNGI SEGALA UJIAN.

    Wassalam!


  3. kalau nak dapatkan maklumat ilmiah dan sainstifik tentang kenapa melayu lintang pukang dan hampir hilang kuasa, sila layari laman blog berikut:

    shamsuddinmoner.blogspot.com


  4. Salam saudara Shamsuddin,

    Terima kasih sudi menjenguk di sini dan meninggalkan info. Saya telah melayari laman blog saudara seimbas lalu cuma sedikit ralat seseorang yang menganggap diri begitu arif tentang tafsir Al-Quran tidak pandai memberi salam masuk ke rumah orang lain. Jika malas menaip panjang "Assalamu'alaikum" pun sekurang-kurangnya taip sahaja "Salam" seringkas yang termudah.

    Seandainya saudara bukan di kalangan cendekiawan ilmu Agama Islam saya mungkin tidak berapa kisah untuk mempertikaikannya tetapi saudara adalah salah seorang daripada karyawan kitab-kitab agama. Masya'Allah!

    Saya bukanlah alim sangat atau lebai mana pun tetapi hal-hal sedemikian itu adalah satu kewajipan antara kita sesama Islam. Ini sajakah ulamak di akhir zaman yang duduk ada bertakhta di muka bumi Allah swt pada hari ini?

    Untuk pengetahuan saudara, bukan niat di hati mahu mengajar saudara tetapi renung-renungkanlah. Terlanjur menegur ini, ingin saya nasihatkan sedikit buat saudara. Sebagai seseorang yang tahu asas Islam dan mendalami ilmu-ilmu agama seharusnya penulisan saudara di blog saudara biarlah berpegang kepada HAK dan KEBENARAN. Janganlah menulis membuta tuli soal-soal politik mengikut citarasa sendiri tanpa mahu usul periksa siapa Abdullah Ahmad Badawi dan kroni-kroninya.

    Kajian saudara ditafsirkan sebagai kurang mendalam jika itulah yang saudara ulaskan berkaitan isu semasa pergolakan politik negara. Jangan berbohong atau menipu diri sendiri untuk mempengaruhi orang lain yang tidak sekali-kali akan menyokong kebangsatan perjuangan Abdullah idola saudara. Cara saudara untuk tidak memisahkan POLITIK dan ISLAM sudah cantik tetapi bukan secara mengelirukan orang atau pembaca lainnya.

    Fakta dalil yang dikemukakan saudara masih ditahap ketergantungan serta boleh dipertikaikan lagi. Jika tulus dan ikhlas mahu berdakwah, ikut sunnah Rasulullah saw dengan sebenar-benarnya lurus. Jauhilah sifat dan sikap memutarbelitkan fakta dan isu yang boleh menjurus kepada maksud yang mungkin menyesatkan pemahaman orang lain. Ternyata saudara masih kurang membuat "homework" di segi politik mahupun agama dan ketuhanan.

    Saya tidak bersetuju dengan penulisan saudara berkaitan "mentaati pemerintah" pada frasa yang berbunyi "...Janganlah kerana harga barang naik, minyak petrol dan diesel naik maka menyebabkan kita menderhaka kepada pemerintah dan ulil amri". Adakah hanya itu sahaja yang saudara faham di sepanjang Abdullah mentadbir negara? Adakah kerana Abdullah didesak supaya berundur dan dinasihati oleh rakyat maka saudara menghukum rakyat sebagai menderhaka?

    Di mana saudara menuntut ilmu agama? Siapakah Tok Guru saudara? Islam mazhab mana pegangan kefahaman saudara? Sudahkah saudara berwudhu' menunaikan seberapa kerap Solat Istikharah memohon petunjuk kebenaran? Jika sudah melakukan semuanya, alhamdulillah tetapi bijak-bijaklah mengimbangkan yang HAK dan yang BATIL.

    Jangan menilai orang lain pada songkok dan serban di kepala atau pada pemakaian pada zahir semata-mata kerana bukan di situ letaknya nilai keislaman sejati seseorang hamba Allah.

    Juga tidak bermakna apabila menyokong usul pemimpin dari kalangan pemimpin bukan Islam maka jatuhnya kita sebagai kafir atau dimurkai Allah swt. Pandai-pandailah adunkan dengan isu semasa, situasinya dan keperluan yang bagaimana.

    Jika begitu maksud yang cuba saudara sampaikan, apakah hukumnya orang-orang Islam yang telah mengundi calon kafir pada setiap kali pilihanraya? Apa pula hukumnya Abdullah melantik pemimpin kafir sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinetnya? Bercakap dan mengulas biarlah guna akal sikit.

    Allah swt mencipta akal manusia semulia-mulia akal dan ditempatkan pula di kalimah, kenapa harus dialihkannya ke bawah telapak kaki? Hentikanlah kita bertopengkan agama untuk mempengaruhi orang lain apatah lagi jika cuba mengelirukan atau menyesatkan orang lain. Faham-faham sendiri hukumnya, sudahlah! Kenalilah diri sendiri dahulu dan kenalilah Allah swt Tuhan semesta alam.

    Wassalam!

    Menuduh itu tidak seharusnya tetapi jika sekiranya saudara dibayar oleh Abdullah Ahmad Badawi atau kroni-kroninya, maka malanglah nasib saudara di sisi Allah swt sebagai golongan yang bersubahat di dalam usaha-usaha pengkhianatan


  5. Salam. seperti kata pepatah melayu :" cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar - dengar ". Apa yang saya maksudkan dalam rencana saya berkenaan dengan kewajipan ta'at kepada pemerintah ialah, janganlah pemimpin-pemimpin melayu dari kalangan UMNO mengikut telunjuk pemimpin kafir seperti Yong Teck Lee dari SAPP. Kalau nak jatuhkan pak lah biarlah ada dari kalangan pemimpin Islam dari UMNO sendiri yang mengetuainya. Pak lah harus dijatuhkan daripada kerusinya sebagai PM sekarang menerusi saluran parti UMNO sendiri. Kita gunakan pemilihan UMNO. Janganlah pula kita serahkan kuasa penentuan Perdana menteri Malaysia kepada pemimpin kafir seperti SAPP. Saya menulis tempohari atas dasar tidak mahu orang UMNO yang marah kepada pak lah, tetapi akhirnya menyerahkan jawatan kuasa PM pada anwar ibrahim. Di mana bijaknya kita. Kalau nak sokong mahathirpun, janganlah sampai menghina orang yang menyokong pak lah. Saudara sebenarnya tidak kenal hati dan prinsip saya. Kalau nak tahu, saya sebenarnya adalah lebih mahathir daripada mahathir sendiri. Tapi, tak lah pula sampai nak menggadaikan negara ini kepada seorang pemimpin cina kafir seperti SAPP yang akhirnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Fikir-fikirkan.
    shamsuddinmoner.blogspot.com


  6. Anonymous Says:

    Salam,
    Tahniah! Blog yg mencetuskan inspirasi golongan muda. Blog ini juga dapat membantu memusnahkan UMNO. Kamu berani melawan arus dgn menyokong kepimpinan mahathir & tidak menyokong Pak Lah. Semoga usaha memecah belahkan UMNO ini menguntungkan pakatan rakyat.


  7. Salam kembali saudara TajulMuluk,

    Saya kira persepsi anda masih cetek dan tidak berpandangan jauh sepertimana wawasan Tun Dr Mahathir Mohamad. Melawan arus tidak bermakna memusnahkan Umno tetapi berharapan memulihkan Umno jika Umno mahu terus relevan.

    Tidak bermakna tidak menyokong Pak Lah maka kita harus diistilahkan sebagai melawan arus untuk memusnahkan perjuangan Umno tetapi golongan seperti sayalah yang benar-benar berjuang atas dasar HAK dan KEBENARAN yang hakiki ke arah menegakkan perjuangan tulen dan membanteras segala penyelewengan pucuk pimpinan tertinggi.

    Saudara harus bertafakur dan bermuhasabah di dalam mencari halatuju perjuangan yang diharapkan oleh majoriti rakyat yang masih cintakan perjuangan Umno agar dapat diselamatkan daripada kehancuran oleh semua pengkhianat parti yang kian bermaharajalela.


  8. Anonymous Says:

    Salam Bro,

    Mmg bagus adanya blog seperti ini yg membincangkan mengenai hala tuju Agama, Bangsa dan Negara selepas keputusan PRU-12, Mac 2008.

    Dengan adanya blog ini harap dpt dikumpulkan pejuang-pejuang Bangsa yg bukan sahaja mempertahankan maruah dan kepentingan Bangsa Melayu tetapi juga untuk menyelamatkan aset-aset strategik Negara (Syarikat-syarikat GLC dan yg berkaitan) dr dijual ke pihak asing yg sememangnya memusuhi Bangsa Melayu dan umat Islam di Negara kita.

    Harap pejuang-pejuang Nasionalis Bangsa dpt berkumpul dan memberikan idea-idea atau pendapat-pendapat yg boleh menyelamatkan Negara.

    HORASSSSS!!!


  9. Salam kembali saudara Sisingamangaraja_Gorgor,

    Terima kasih atas komen serta sokongan saudara itu. Harapan saya begitulah semoga lebih ramai akan semakin sedar dari ke hari betapa agama, bangsa dan negara kita amat perlu untuk dipertahankan dan diperkukuhkan dari diperkotak-katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab khususnya bangsa-bangsa menumpang yang tidak tahu berterima kasih kepada anak cucu keturunan peribumi Melayu sejak zaman-berzaman di bumi merdeka yang bertuah ini.

    Sama-samalah kita memartabatkan agama, bangsa dan negara kita di persada antarabangsa sebagai jihad kita untuk yang maha pencipta juga demi anak cucu keturunan kita yang akan datang. Semangat kepahlawanan Melayu wajib ada di dalam tubuh badan kita sebagai mewarisi akar nenek-moyang keturunan kita sejak dari dahulu lagi. Syabas! atas semangat dan keprihatinan saudara.

    Wassalam!


  10. Anonymous Says:

    umno akan hancur!!! barua2 umno akan hapuskan!!!suara rakyat suara keramat!! kaki rasuah tidak boleh pimpin masyarakat. bukak Al-Quran la woi.


  11. Anon bodoh!

    Dalam Al-Quran Tuhan tidak mengajar sebarang sebutan "woi" melainkan Tok Guru PAS seperti Hj Hadi Raja Merapu saja yang ada fatwa mengatakan "Tuhan Samseng". Bergurulah soal-soal kesesatan dengan Hj Hadi. Syabas!