Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Kenali saya sebagai seorang yang berpegang teguh pada hakikat kebenaran dan anti unsur-unsur yang tidak sihat seperti perlakuan membodek, mengipas atau mengampu para pemimpin demi kerjaya, pangkat atau apa sahaja yang menjurus kepada kepentingan peribadi. Pada hemat saya, golongan yang bersikap sedemikian merupakan orang-orang yang tidak mempunyai prinsip hidup, tiada berpendirian malahan turut tidak berwawasan sama sekali. Dengan ertikata lain yang lebih mudah difahami, mereka ini "tiada berkeperibadian yang tinggi" atau mempunyai "moral yang rendah".

Kenyataan ini tidak hanya mesti merujuk kepada politik sahaja tetapi juga secara menyeluruh dan amnya di dalam mana-mana pun organisasi samada kerajaan mahupun swasta. Pengalaman lampau ketika pernah berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta telah banyak mematangkan saya di dalam menilai perlakuan dan peradaban manusia sejagat.

Majoriti manusia pada dunia hari ini amat cenderung ke arah sikap yang suka mengampu pemimpin atau sesiapa sahaja yang berjawatan tinggi di atas mereka, dengan harapan kononnya suatu hari nanti akan dikenang jasa atas sikap pandai mengampu itu untuk didarjatkan kedudukan dan pangkat yang lebih baik atau lebih tinggi. Ini satu kelaziman dan telah menjadi lumrah kepada sebilangan besar masyarakat bernama manusia.

Begitu juga di dalam kehidupan seharian masyarakat hari ini. Hanya orang-orang berada akan bergaul sesama orang-orang berada dan jiran-jiran yang kurang berada ini selalunya dipinggirkan.


Sikap Ampu, Bodek atau Kipas Dalam Dunia Politik

Tanpa mengira mana-mana parti politik sekalipun tetapi inilah realiti dunia politik tanahair pada hari ini yang telah berjaya melahirkan ramai pemimpin-pemimpin yang bersikap sedemikian samada secara langsung atau tidak langsung, samada disedari atau tidak disedari bahkan inilah realiti keperibadian kebanyakan pemimpin kita hari ini. Ini sebenarnya satu akhlak yang amat tidak baik dan tidak mencerminkan keikhlasan di dalam sesebuah perjuangan. Golongan pemimpin sedemikian adalah orang-orang yang mementingkan periuk nasi sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Lebih buruk lagi sikap mereka apabila berada di atas, menjawat jawatan yang tinggi dan mempunyai kuasa. Keangkuhan dan keegoan mereka ini terserlah di mata rakyat sedangkan di sebaliknya pula mereka sendiri tidak nampak keburukan diri dan jauh sekali untuk mengakui kelemahan tersebut. Lebih malang lagi apabila langsung tidak mahu memuhasabah diri sendiri meskipun setelah ditegur.

Pendekata, golongan pemimpin sedemikian akan gagal menjadi peneraju kepimpinan yang baik.

SILA NYATAKAN LUAHAN DAN PANDANGAN ANDA SECARA JUJUR DAN IKHLAS.

0 Responses