Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

PKR-PAS-DAP Sudah Mula Tunjuk Taring dan Belang


Isu ladang babi bernilai RM100Juta di Sepang hangat diperkatakan setelah Exco Selangor, Teresa Kok (DAP) mengesahkan kelulusan projek tersebut oleh kerajaan negeri.


MB Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim begitu bangga membuat kenyataan untuk meneruskan projek tersebut untuk dijadikan agenda utama ekonomi negeri Selangor. Beliau menyatakan ternakan babi besar-besaran itu menggunakan sistem bio-teknologi yang kononnya memberi banyak manfaat.


Habuan Rakyat Selangor Yang Menyokong Barisan Rakyat


Katanya, "keputusan yang dibuat adalah munasabah kerana rakyat Selangor sendiri yang inginkan pembaharuan dan ini adalah salah satu usaha menjana perubahan tersebut".


Sambung Khalid lagi, "Projek ini perlu diteruskan kerana secara prinsipnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini melalui pengambilan tanah seluas kira-kira 136 hektar di Mukim Batu, Kuala Langat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960".


"Mereka yang membuat protes itu pun dah pergi tengok sendiri ladang babi moden di luar Negara".


Apa pun kenyataan Khalid Ibrahim itu telah dinafikan secara terbuka oleh Dr Khir Toyo dengan alasan-alasan bahawa kerajaan negeri dahulu hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata muktamad dan beliau setuju projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100Juta. Kata Dr Khir, "Selangor tidak perlu projek penternakan babi bernilai sebanyak itu".


Sejauh mana kebenaran penafian daripada bekas MB Selangor itu akan dinilai rakyat apabila siasatan dibuat kelak.


Khalid Ibrahim Sebagai Tauke Babi Moden


Saya mengajak seluruh rakyat Selangor untuk melabelkan Khalid Ibrahim sebagai "TAUKE BABI MODEN" jika sekiranya beliau enggan menarik balik keputusan tersebut dan berkeras untuk meneruskan projek berkenaan yang secara terang tidak mendatangkan apa-apa manfaat untuk kaum Melayu dan rakyat beragama Islam.


Kenapa perlu kerajaan negeri meluluskan dana sehingga RM100Juta untuk tujuan tersebut? Jika penternak berkenaan mahu meneruskan, teruskanlah atas usaha dan modal sendiri hanya sekadar untuk menampung keperluan golongan mereka. Kenapa harus menyusahkan kerajaan negeri untuk memperuntukkan modal sebegitu besar?


Rakyat kaum Melayu hendak menternak lembu, kambing dan biri-biri pun tidak pernah diluluskan dana sebegitu besar jumlahnya sedangkan ternakan ini mampu memberi manfaat kepada semua kaum secara samarata.


Istana Selangor Diminta Campurtangan Segera


Demi kebaikan seluruh rakyat Selangor tanpa perlu memberi apa-apa keistimewaan kepada kaum segelintir yang "memakan babi" saya turut menyeru Tuanku Sultan Selangor agar masuk campur di dalam perkara ini bagi menghalang usaha tersebut.


Kerajaan Selangor yang baru (Barisan Rakyat PKR-PAS-DAP) tidak harus diberi muka untuk menyalahgunakan dana yang amat besar di dalam usaha-usaha yang tiada manfaat kepada orang-orang Melayu dan seluruh masyarakat Islam.


Daripada membiarkan perompak-perompak ini menghabiskan wang rakyat yang terkumpul itu kepada usaha ternakan babi besar-besaran, lebih baik ianya diagihkan kepada seluruh golongan miskin di Selangor yang masih memerlukan bantuan dan ehsan kerajaan negeri.


Semoga Tuanku Sultan Selangor sedia bertindak untuk membantu menghalang usaha-usaha "Penyamun Tarbus Moden" ini.


PAS Turut Menyokong Usaha Ternakan Babi


Amat kecewa apabila tindakan Exco-Exco Pas turut menyokong projek itu sedangkan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, parti itu mengedarkan risalah membantah cadangan pembinaan pusat ternakan babi di situ. PAS sanggup "menghalalkan" apa yang "haram" demi kepentingan politik.


Pendapat saya, inilah manusia yang layak digelar, "Ular Berkepala Dua" yang sanggup memutarbelit fakta kenyataan apabila kuasa sudah ada di dalam tangan.


Kepada penyokong-penyokong PKR-PAS-DAP, barulah padan muka kerana memberi sokongan dan terlalu percaya kepada "Si Putar Alam".


Itu belum lagi Anwar Ibrahim. Jika nak tahu kehebatan Anwar "memutarbelit fakta-fakta" sokonglah beliau pada Pilihanraya Kecil jika diadakan nanti.


Majulah Barisan Rakyat bersama babi-babi mereka jika terus berdegil.


Pembangkang tak serik-serik isu babi sebelumnya di Melaka dan tak mahu ambil iktibar langsung (rujuk video di kanan blog ini)


No matter how good is your bio-tech but air pollution is still there!

0 Responses