Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Mohon Tindakan Segera Kerajaan Selangor (Pakatan Rakyat)

Untuk Perhatian:


MB Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
Ahli Parlimen Ampang, YB Puan Zuraida Kamaruddin (PKR)


Sebagai mewakili masyarakat Melayu beragama Islam di P99 - Ampang yang membabitkan kawasan perumahan:

Tmn Kosas, Tmn Ampang Indah, Tmn Bukit Indah, Tmn Rasmi Jaya, Tmn Ampang Jaya, Kg Melayu Ampang, Kg Tengah Ampang.

Kami memohon sebidang "Tanah Perkuburan Islam" yang baru bagi seluruh penduduk Islam sekitar untuk memenuhi keperluan semasa jika sekiranya berlaku kematian dan memudahkan penduduk di kawasan ini mengebumikan jenazah ahli keluarga mereka, memandangkan tanah perkuburan sedia-ada di Kampung Tengah telah penuh digunakan.

Ini berikutan kejadian penduduk bulan lalu (Mac 2008) di mana jenazah terpaksa dihantar jauh ke Tanah Perkuburan Islam di Gombak untuk dikebumikan dan amat menyulitkan serta tidak praktikal.

Keprihatinan dan kerjasama di pihak kerajaan baru negeri Selangor untuk menyegerakan "fardhu kifayah" ini, didahului ucapan ribuan terima kasih. Wassalam!

Sebarang respon atau maklumbalas berkaitan usul ini, sila emelkan kepada PEMUDA PELAPIS: pejuang.umno@gmail.com

Status Terkini: Saya difahamkan lokasi Kg Bukit Sg Putih, Lembah Jaya Utara diwartakan sebagai kawasan ini tetapi jika tidak silap saya itu adalah usaha lama BN sebelumnya dan bukan usaha PKR. Lokasi itu masih tidak relevan kepada penduduk 7 kawasan yang saya telah senaraikan. Mohon satu lokasi khas yang lain yang berdekatan.