Dalam suasana yang masih lagi tidak menentu ketika ini, di kala rakyat masih sedang membahaskan isu-isu semasa tentang prestasi yang amat buruk BN di sepanjang sejarah perjuangan Umno, PM haruslah bijak mengatasi permasalahan demi permasalahan yang timbul dan yang telah sedia-ada dengan penuh hemah, tertib dan lebih berhati-hati agar tidak lagi mengundang ketidakpuasan di hati sebilangan besar rakyat di seluruh negara.
Saya merujuk kepada siaran berita TV3 Buletin 1:30PM (Ahad, 6 April 2008), di mana YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada berlakunya sabotaj pada PRU12 baru-baru ini yang membabitkan 14 kawasan Parlimen dan 22 DUN di seluruh negara sedangkan ini adalah kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sebagai "KAWASAN PUTIH BN" katanya. Apa pun sebagai penyokong dari kalangan Pemuda Umno, saya amat berharap semoga kemelut yang melanda parti dapat diselesaikan secara baik dan bijaksana, dan tidak secara terburu-buru.
Sekali pun analisa, kajian atau bedah siasat telah dilakukan secara menyeluruh, pastikan segala kenyataan yang hendak diumumkan melalui media mestilah telah bersedia dengan bukti-bukti yang kukuh dan boleh diterima rakyat serta meyakinkan. Kita tidak mahu kenyataan demi kenyataan yang dimaklumkan kepada umum sebagai satu propaganda yang tidak berkesudahan. Sensitiviti rakyat dan ahli-ahli Umno/BN di akar umbi haruslah dijaga dan apa yang telah menimpa parti dapat diambil sebagai iktibar dan dijadikan sempadan. Itulah harapan kami di peringkat bawahan.