Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Jikalau "khinzir" mampu berkata-kata, beginilah sindirannya

Menurut EXCO Selangor yang menjaga hal-ehwal penternakan babi di Selangor, YB Yaakop Sapari, kerajaan negeri telah meluluskan pelaburan baru ke atas penternakan babi secara moden sebanyak RM485Juta berbanding kos sebelum ini RM100Juta.


Merujuk laporan Malaysiakini, Yaakop berkata,

"Contrary to previous reports, Yaakop said the state government would not be financing the project as it is being handled by a private entity jointly owned by Kuala Langat Pig Farmers Association and a yet-to-be named company"

"Yaakop said the company - which would be investing RM360million into the project - would be named at a later date. Under the project, pig-farmers would be investing RM125million"

Dengan peruntukan yang lebih besar ini menimbulkan tanda tanya dan menjadi lebih kontoversi kepada rakyat, bagaimana kos itu boleh meningkat berlipat kali ganda jika ia hanya dikatakan untuk keperluan domestik sahaja. Apa yang telah diperkatakan sebelum ini membuktikan kebenaran yang lebih nyata bahawa pihak kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terlebih ghairah untuk melaksanakan projek "Mega" ternakan babi ini.


Maka itu janganlah menuding jari kepada kerajaan BN Selangor di bawah pimpinan Dr Mohamad Khir Toyo sebelumnya yang tiada membuat apa-apa keputusan muktamad sehinggalah Pakatan Rakyat yang meluluskannya baru-baru ini.


Juga menimbulkan tanda tanya, jika kerajaan dulu telah meluluskan projek mengapa belum ada syarikat untuk melaksanakannya?


Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sebenarnya dilihat terlalu ghairah mengikut telunjuk puak-puak DAP yang tidak bertanggungjawab yang lebih mementingkan kaum mereka. Nampaknya semakin besar projek ternakan babi di Selangor yang dijadikan sumber ekonomi utama negeri oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Apakah dengan keputusan terbaru ini pemimpin PAS terus mahu memberikan pelbagai alasan lagi? Atau mungkinkah dalam sedikit masa lagi setelah terlaksananya nanti projek besar-besaran ini, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan mengeluarkan fatwa baru yang "MENGHALALKAN" babi kepada umat Islam dengan disembelih secara Islam?


Mohon jawapan ikhlas daripada pihak pemimpin Islam Pakatan Rakyat seluruhnya.

5 Responses
  1. Anonymous Says:

    ada beza antara tulisan dan cacian.

    entri ini lebih hina dari keduanya.

    taubatlah. nak kutukpun biarlah cara berhemah.

    kalau macamni pemuda pelapis, tak perlu tunggu musuh, kamu akan hancurkan bangsa sendiri!


  2. Salam saudara bumilangit,

    Baiklah, saya terbuka dan berlapang dada menerima segala teguran serta pandangan tapi...

    Siapakah agaknya yang lebih perlu berISTIGHFAR dan berTAUBAT dalam soal ini?

    BerSELINDUNG di sebalik tabir AGAMA ISLAM dengan memperJUDIkan ayat-ayat suci AL-QURAN oleh para pemimpin Islam Pakatan Rakyat demi mencapai matlamat politik dan kepentingan peribadi adalah seribu kali lebih HINA daripada kutukan dan cacian sebenarnya.

    Presiden PAS selama ini dikenali sebagai hamba yang bijak mengeluarkan pelbagai FATWA fahaman dan rekaan sendiri dan sanggup mengKAFIRkan sesama Islam sedangkan ianya amat jelas menyimpang daripada ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi.

    Kaji semula sejarah politik... parti manakah yang memecah-belahkan perpaduan bangsa Melayu sendiri kalau bukan PAS dan sekutu-sekutunya?

    KeFANATIKan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bak perumpamaan, "BODOH TAK BOLEH DIAJAR, CERDIK TAK BOLEH DITEGUR"...

    Insaflah wahai saudaraku, seagama dan sebangsa. Bacalah penulisanku keseluruhannya, khususnya bagi topik-topik berkaitan itu dan amatilah sebaik-baiknya sebelum mudah MELATAH.

    Penyokong Umno dan BN terbuka menegur pemimpin sendiri tetapi penyokong FANATIK Pakatan Rakyat belum pernah dilihat atau didengar mahu menegur pemimpin mereka yang telah SONGSANG AKIDAH, selain menyokong MEMBUTA TULI semata-mata.

    Provokasi tidak lebih sekadar untuk memberi peringatan kepada kaum yang mahu berfikir sebagaimana tertulis dan tersirat di dalam Al-Quran.

    Renung-renungkanlah...

    Fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya untuk membezakan antara KUTUKAN dan CACIAN...

    Rezeki yang terhasil dari sumber ekonomi HARAM adalah tetap haram. Samalah dengan JUDI dan BABI.

    Berpeganglah kepada FAKTA dan HAKIKAT KEBENARAN dan nasihatilah pemimpin-pemimpinmu yang cuba MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH untuk tidak didakwa di akhirat kelak sebagai bersubahat.

    Wassalam!


  3. Pakde Noran Says:

    Melayu Islam di Malaysia telah banyak menerina musibah daripada perkaatn babi, gelitin babi terdat banyak dalam makanan dan kosmotik. Selain daripada itu terdapat lagi banyak produk-produk yang banyak menggunakan geletin babi, geletin ini sama ada datang dari luar negara atau dari dalam negara, dengan adanya penternak babi secara mega maka bermaharalela produk yang ada geletin babi. Ini salah siapa dan siapa yang bertanggungjawab hal ini? Kalau geletin babi dari ladang mega pengundi dan pemimpin PR yang yang bertanggung jawab. ahmadckk


  4. tahniah,harap kita dapat berkonsi maklumat dalam perjuangan menerusi blogs ini.

    http://www.idealismalaysia.blogspot.com

    tq


  5. nurilhakim Says:

    Salam ziarah..
    Sedikit kupasan isu babi di nurilhakim.blogspot.com..