Secara peribadi saya menasihati agar Khairy Jamaluddin melupakan hasrat beliau untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang tidak dipertahankan oleh Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pemilihan parti Disember 2008 akan datang, demi kebaikan parti dan juga agar tidak mengeruhkan lagi keadaan yang telah sedia berkelodak.
Rakyat dan ahli-ahli bawahan di akar umbi sebenarnya menolak cara Khairy dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda dengan menang mudah tanpa bertanding dahulu. Perkara ini masih menjadi tanda tanya sebenarnya. Kehebatan seseorang yang mahu bergelar pemimpin haruslah diuji melalui proses pertandingan. Bilamana berjaya memenangi jawatan melalui pertandingan maka barulah ianya dinamakan adil dan telus. Juga barulah seseorang itu boleh dianggap hebat kerana ada penyokongnya sendiri.
Sokongan awal yang membawa Khairy ke jawatan itu pun adalah kerana kesilapan ahli-ahli sendiri yang mengikut "tiupan angin semasa" dari mana arahnya. Ertikata lain adalah "sokongan lalang" kerana kita tahu lalang akan senget ke kiri atau ke kanan bergantung kepada tiupan angin. Sudah tiba masanya "reformasi" perlu dibuat dalam pentadbiran Umno secara keseluruhan bermula di akar umbi iaitu rombakan besar-besaran dari cawangan, bahagian, negeri dan sehinggalah ke peringkat tertinggi parti jika mahukan Umno masih relevan dan diterima rakyat.
Cukuplah sekadar jika Khairy hanya mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Pertandingan pada kali ini haruslah dijalankan secara adil dan bukan untuk memberi laluan mudah kepada sesiapa, wa'imah Dato' Mukhriz mahupun Dato' Seri Dr Khir Toyo sekalipun di dalam merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan juga jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Seluruh rakyat menantikan hari pemilihan parti dan mahu melihat sekali lagi samada ianya dijalankan secara telus dan adil.
Andaikata kenyataan saya di blog ini dibaca sendiri oleh saudara Khairy atau sesiapa sahaja yang mengenali saudara Khairy, saya mohon pesanan ini dapat disampaikan sebagai satu nasihat dan pandangan yang ikhlas daripada "insan di sebalik tabir" atas nama pena "Pemuda Pelapis" yang sayangkan perjuangan Umno sejak dari dulu, kini dan selamanya... Insyallah!
Tidak timbul soal tidak menyokong atau tidak suka. Apa yang penting semua orang tahu dan Khairy sedia maklum dengan keadaan semasa yang telah berlaku dan melanda parti. Jika mahu menerima nasihat ini dengan keikhlasan, hati penuh terbuka dan berlapang dada maka saya amatlah bersyukur dan berterima kasih.

http://mohfirkilaruna.blogspot.com
Jangan bagi khairy... perosak bangsa tue!!