Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Patik pacar yang serba kekurangan tampil untuk membicarakan isu-isu semasa dan bukan mempersoalkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Apa yang dibincangkan di sini hanyalah mahu menyedarkan kepimpinan yang ada supaya "mencermin diri sendiri" agar lebih bijaksana di dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan campurtangan Raja-raja Melayu atau Majlis Penasihat Raja-raja Melayu di dalam pentadbiran kerajaan. Ampun Tuanku!
Isu-isu yang dibangkitkan ini berkait pelantikan Menteri Besar dan membicarakan prinsip kepimpinan.
Tidak dinafikan rakyat bahawa hak melantik MB adalah hak Raja-raja Melayu tetapi ia masih terikat kepada perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri masing-masing.
Apa yang telah berlaku amatlah mengecewakan dan juga memalukan jika kita amati betul-betul pentadbiran Pak Lah setelah PRU12 baru-baru ini. Ibarat "sudahlah jatuh, ditimpa tangga" pula. Semua ahli-ahli Kabinet Pak Lah semacam "pesakit kronik yang nazak, yang hanya menunggu hari sahaja" kerana sekadar tahu membidas kritikan untuk "menegakkan benang yang basah" serta tidak mampu tampil ke hadapan untuk berunding secara baik dengan Raja atau Majlis Penasihat Raja bagi mempertahankan hak dan kebenaran jika kata telah mengeluarkan surat watikah pelantikan MB.
Inilah salah satu istilah "lembik" yang dimaksudkan rakyat seluruhnya. Terang-terang Pak Lah dan Najib gagal mempertahankan keputusan yang sudah dibuat dan gagal mencapai kata sepakat, apakah yang patut dicampuri oleh Institusi Raja-raja Melayu dan apa pula yang tidak boleh dicampuri di dalam menentukan keputusan yang telah diambil berlandaskan Perlembagaan yang sedia-ada.
Secara logiknya di sini, apabila DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan menerima pelantikan semula Pak Lah sebagai Perdana Menteri bermakna apa jua keputusan yang bakal dibuat Pak Lah untuk melantik MB Negeri adalah di bidang kuasa Pak Lah tetapi kenapa terjadi di sebaliknya? Pak Lah perlu fikir dan kaji semasak-masaknya. Najib dan barisan Kabinet yang ada turut kena fikir dan renungkan perkara ini, kenapa?
Inilah apa yang dimaksudkan "Prinsip dan Pendirian Pemimpin Yang Tidak Teguh" di sini.
Selama lebih 4 tahun menerajui Kerajaan Persekutuan, Pak Lah telah mempamerkan banyak kelemahan dan ia lebih terserlah lagi dengan prestasi buruk pada PRU12 yang lalu. Lebih buruk lagi apabila isu-isu pelantikan MB Perlis dan MB Terengganu yang tidak mampu ditangani Pak Lah, Najib dan barisan Kabinet baru Pak Lah secara bijaksana.
Pak Lah Sedar Dirinya Tidak Lagi Dihormati
Bermula isu perlantikan MB Perlis di mana keputusan telah dibuat Pak Lah dengan mengeluarkan surat watikah pelantikan ke atas Shahidan Kassim tetapi dicanggah oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kerana Tuanku Raja Perlis lebih memperkenankan Datuk Dr Md Isa Sabu untuk menerajui kerajaan Perlis menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim. Sekurang-kurangnya apa yang berlaku di Perlis masih boleh diterimapakai rakyat kerana majoriti exco-exco kerajaan negeri memberi sokongan yang lebih berpihak kepada Datuk Dr Md Isa Sabu.
Berlanjutan daripada isu tersebut, sekali lagi ianya berlaku di Terengganu. Datuk Seri Idris Jusoh telah diberitakan menerima surat watikah pelantikan sebagai MB Terengganu untuk musim baru daripada Pak Lah tetapi dicanggah oleh Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu, yang telah mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said.
Di sini isunya sedikit berbeza jika dibandingkan dengan isu MB Perlis kerana menurut Perkara 14 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu, ianya termaktub seperti berikut menurut kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail:
"Calon yang layak dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan peruntukan itu hendaklah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja mestilah mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut."
"Oleh itu mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seseorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu itu."
Jika menurut daripada kenyataan tersebut bermakna rakyat faham bahawa pelantikan MB Terengganu itu pada awalnya tidak mendapat sokongan majoriti ADUN Terengganu yang telah memenangi PRU12 yang lalu tetapi Pak Lah gagal mempertahankannya dengan penuh bijaksana.
Dengan maksud lain, keputusan Pak Lah untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB Terengganu begitu mudah disangkal Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu dan sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Pak Lah juga gagal mempertahankan keputusannya berlandaskan fakta yang telah dikemukakan oleh Peguam Negara kerana kita tahu bahawa Ahmad Said tidak menepati fakta tersebut disebabkan majoriti ADUN tidak menyokong.
Akhirnya semua ADUN Terengganu menyatakan sokongan atas dasar keterpaksaan untuk tidak dilabelkan sebagai "menderhaka" kepada Raja. Di sini kita dapat menilai di sudut "tiada prinsip dan pendirian" kerana jika merasakan keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu itu salah, maka berundinglah secara baik dan sopan bagi memperjelaskan perkara sebenarnya.
"Berani kerana benar, takut biarlah bertempat" itulah yang sepatutnya prinsip yang perlu ada kepada semua pemimpin. Raja atau Sultan pun manusia macam kita juga yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Kita sepatutnya berpegang teguh kepada apa yang "betul dan benar" tidak bermakna kita menderhaka kepada Raja atau Sultan.
Kata sepakat perlu dicapai secara baik kerana hidup kita ada Undang-undang dan mengikut Perlembagaan yang telah diputuskan. Tanpa peraturan hidup maka rakyat akan huru-hara dan negara akan hancur musnah.
Dari kemelut ini rakyat melihat secara langsung Pak Lah tahu dirinya tidak lagi dihormati dan masih lagi buat-buat tidak tahu.