Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Koleksi 6 Sedutan Video

Saudara-saudari sidang pembaca dan sekalian pengunjung yang saya hormati.

Anda mungkin tahu tetapi mungkin buat-buat tidak tahu disebabkan "ketaksuban" anda memuja Anwar. Jangan! Jangan begitu! Cukup merbahaya! Yang benar itu adalah tetap benar dan yang pastinya salah itu, tetap salah.

Saya ingin mengajak kalian semua menonton sebahagian sedutan video daripada rakan-rakan kita yang sempat saya hidangkan itu, serta turut mengajak anda supaya benar-benar merenung dan berfikir sedalam-dalamnya.

Jika di kalangan anda telah ramai yang pernah menontonnya tak mengapa, teruskan menonton sekali lagi kerana mungkin aturan dan susunan saya sedikit berbeza. Topik saya kali ini hanya memetik sedutan-sedutan yang berkenaan sahaja.

Inikah bakal "Perdana Menteri Bayangan" Pakatan Rakyat? Inikah makhluk bernama manusia yang mengakui sebagai Melayu dan beragama Islam yang diagong-agongkan oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat? Masya'Allah...! Astaghfirullah...!

Inikah sikap dan tingkahlaku pemimpin yang mahu diangkat menerajui kepimpinan? Sedarlah saudara-saudari semua bahawa Anwar amat berkebolehan memegang watak "APA-APA AJE" dan sanggup bertopengkan apa sahaja.

Beliau sebenarnya sudah tersilap langkah terjun ke arena politik, sepatutnya beliau lebih sesuai memilih bidang lakonan drama atau perfileman kerana kehebatannya membawa pelbagai watak-watak yang cukup hebat.

Mohon pengkarya drama dan filem tempatan agar cepat-cepatlah membuka peluang dan tawaran kepada saudara Anwar Ibrahim untuk melihat beliau beraksi pada tempat atau acuan yang sewajarnya demi tidak merosakkan politik tanahair sebagai "pengkhianat" agama, bangsa dan negara".

Tanya diri, berfikir dan renungkan...

Rasa-rasanya apakah isteri beliau, Wan Azizah Wan Ismail benar-benar merasa selesa dengan perlakuan suaminya itu? Kita kena faham perjuangan isterinya ini sebagai "Ketua Pembangkang" pada hari ini hanyalah semata-mata berjuang untuk membela nasib suaminya (individu) dengan membawa "agenda tersembunyi" untuk membalas dendam semata-mata.

Apakah anak perempuan beliau, Nurul Izzah serta anak-anaknya yang lain tidak ada perasaan malu terhadap tingkahlaku bapanya sebegitu? Malangnya anak ini dan ibunya terpaksa mengambil sikap "alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" (alang-alang malu, biar pun terpaksa bertindak melulu) dan tidak mudah untuk "berpatah arang dan berkerat rotan" tetapi terpaksa ikut dan turut serta berlakon memainkan peranan dan watak yang licik bagi meraih sokongan golongan "si pemikir yang tidak matang" asal saja mampu mencapai matlamat yang diidam-idamkan ketua keluarga mereka.

Anak-anak kecil (masih dibawah usia 10 tahun) pandai berkata, "haiwan pun tahu memilih pasangan". Terkedu saya mendengar kenyataan si kecil itu. Bayangkanlah...

Maka itulah saya hanya melihat kewujudan Parti Keadilan Rakyat (dahulunya Parti Keadilan Nasional) tidak lebih sebagai sebuah "Parti Keluarga Rakus" yang berjuang atas dasar kepentingan peribadi sahaja tetapi dek kerana mahir dengan "lakonan dongeng" keluarga ini telah mampu "mempersonakan" sebahagian rakyat penyokong pembangkang sebab itulah penyokong mereka masih "hanyut dibuai dongengan" Anwar seisi keluarga sebagai "penglipurlara" yang cukup berwibawa.

Oleh itu rakyat Malaysia janganlah menjadi bodoh dan berterusan diperbodoh-bodohkan Anwar Ibrahim. Jika kata Anwar di pihak yang benar, kenapa beliau gagal mengemukakan saman balas terhadap mantan Perdana Menteri ketika perilaku beliau itu dibongkarkan kepada umum? Apakah Tun Dr Mahathir turut sama mengadakan cerita dongeng yang amat mengaibkan itu? Amat mustahil...

Kenapa Anwar harus menjaja keaiban beliau sendiri kepada dunia luar untuk meraih simpati serta sokongan dari luar terhadap diri beliau? Di manakah air muka dan maruah beliau? Ternyata Anwar adalah seorang manusia yang tidak kenal erti malu malahan beliau sanggup melakukan apa jua untuk kepentingan diri beliau.

Ketahuilah apa yang anda tidak tahu... Sedarlah jika anda masih di bawah separuh sedar...

Insaflah wahai semua saudara-saudariku, juga kepada Anwar sekeluarga. Bertaubatlah! Marilah sama-sama kembali ke pangkal jalan dan berjuanglah sebenar-benarnya di landasan agama, memperkukuhkan bangsa dan memajukan negara.

Pesanan untuk Parti Keluarga Rakus (PKR) dan Parti Asuhan Syaitan (PAS)

Hentikanlah "kesebatian sikap" yang suka menghasut, memfitnah, mengadu-domba dan membatu-api terhadap rakyat yang tidak berdosa dan tidak bersalah. Jika anda berkawan dengan Yahudi, tidak semestinya anda perlu meng"Yahudi"kan agama, bangsa dan negara sendiri demi mencapai kepentingan peribadi anda.

Yang baik kita pelajari dan yang buruk kita hindari.

Lebih dikesali apabila merujuk paparan video ke-3 di atas di mana seorang mangsa homoseksual Anwar membuat pengakuan di hadapan Ustaz Taib Azamuddin yang pada ketika itu seorang Imam Masjid Negara dan kini menjadi Ahli MT PAS yang telah begitu bersedia untuk turut bersekongkol di dalam Pakatan Rakyat.

Inikah "Ulamak" PAS dan perjuangan sebenar parti PAS yang kononnya "gah" memperjuangkan Islam? Apakah hari ini PAS cuba memesongkan akidah Islam dengan memperjuangkan segala apa yang bertentangan dengan tuntutan sebenar Al-Quran dan Hadis? Bertaubatlah wahai Ustaz Azamuddin dan semua pemimpin PAS. Bawalah saudara Anwar kembali ke pangkal jalan daripada terus menerus bersekongkol bersubahat dan mendokong perjuangan Anwar Ibrahim, "si durjana " perosak agama, bangsa dan negara.

6 Responses
  1. fitri Says:

    Salam Saudara,

    Pernahkah kita bertanya pada diri kita adakah kita pernah menyampaikan seruan dalam Al-Quran dan Hadith Nabi walau sepotong ayat kepada manusia lain?
    Adakah kita menjaga amalan ibadah kita terutama sembahyang lima waktu berjamaah?Adakah kita pernah mengajak jiran2 atau rakan2 turut sama berjamaah?Adakah hati kita senantiasa berzikir mangingati Allah?Adakah hati kita keras atau lembut dalam menerima ajaran agama? Dan banyak lagi yang perlu kita tanya dalam diri kita....Kalau semua jawapan ada pada diri kita,Alhamdulillah itulah nikmat iman yang Allah kurniakan pada kita...tapi kalau takde jawapan pada diri kita,maka berusahalah untuk mendapatkannya dan jangan menambahkan lagi dosa2 kita pada sesama makhluk dan yang utama pada Allah yang Esa.


  2. Salam kembali saudara fitri,

    Insyallah di kelapangan masa dan kesempatan yang ada, saya sedia menjawab apa sahaja jika sesuai untuk dijawab demi kebaikan dan ke arah hakikat kebenaran.

    Memetik jawapan balas saudara ke atas maklumbalas saya di ruangan komen blog ini di bawah topik "Cuit-Cuit Pembangkang", saya quote-kan semula untuk dijawab di ruangan ini sahaja...


    Kata saudara...

    "Salam Pemuda pelapis,

    Terima kasih kerana sudi menjawap nasihat dari saya. Macam yang saya katakan kalau saudara rasa pendirian dan pendapat saudara berada dilandasan yang betul...maka teruskanlah.

    Perselisihan pendapat tidak salah dalam agama tetapi itulah punca atau bibit-bibit perpecahan ummah hari ini. Itulah yang terjadi di Palestin,Afghanistan,Iraq dan berkemungkinan tidak mustahil akan berlaku di negara kita.

    Kan bagus kalau kita Ummat Islam hari ini melupakan idealogi masing2 dan duduk dibawah satu panji Islam yang berlandaskan Quran dan Hadith. Mana yang baik dituruti dan yang tak baik kita tinggalkan.

    Senantiasa bermesyuarah atau muzakarah untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Inilah Sunnah Rasulullah yang kita alpa dan sering menggunakan model atau cara barat. Yakinlah setiap sunnah Rasulullah itu membawa kejayaan.

    Saya ini hanya hamba dan makhluk ciptaan Allah tiada kekuatan dan sentiasa lemah. Namun tak sanggup melihat Ummat Nabi bersengketa sesama kita bila mengenangkan waktu akhir hayat baginda sentiasa risau tentang ummat yang ditinggalkan.

    Kalau saudara sudi marilah kita bertemu dan berbincang dalam kontek muzakarah. InsyaAllah kita cuba selesaikan apa yang tersirat dan terbuku dihati dalam suasana siratulrahim ummat Muhammad s.a.w.

    Sekian, wassalam

    Thursday, May 01, 2008 7:04:00 PM"


    Terima kasih sekali lagi atas saling ingat-mengingati antara kita sesama Islam.

    Beginilah saudara...

    Tiada guna kalau kita nak bercerita panjang bab-bab agama Islam sedangkan seseorang yang BERGELAR Islam apatah lagi apabila MENGAKUI DENGAN SEBENAR-BENARNYA diri sebagai Islam sejati (roh dan jasad), maka kita wajib mengetahui apa yang sebenarnya tanggungjawab FARDHU AIN kita dan FARDHU KIFAYAH kita TANPA PERLU menyuruh sesiapa MENGETUK PINTU HATI kita supaya sedar dan cepat-cepat beringat kerana itu adalah KEWAJIPAN kita seorang Islam.

    Dan... lebih-lebih lagi apabila seseorang itu telah menganggap dirinya sebagai ULAMAK maka sewajibnya dia LEBIH ARIF apa yang saya maksudkan ini.

    Petanda AKHIR ZAMAN telah lama diisyaratkan Allah swt kepada hamba-hambaNya namun manusia masih LALAI dan terus ALPA. Inilah hasilnya ULAMAK AKHIR ZAMAN yang mengHALALkan apa yang HARAM dan mengHARAMkan apa yang HALAL.

    Andaikata saudara benar-benar memahami APA ITU ISLAM?... maka apa yang ULAMAK PAS langgar itu adalah AMANAT YANG PERTAMA Allah swt kepada hambaNya.

    Jadi... kalau yang pertama telah dilanggar, macam mana yang lain-lain?

    AMANAT ALLAH PADA KITA yang utamanya ada 3 perkara sahaja... yang kemudiannya dipecahkan kepada banyak bahagian untuk dihalusi.

    Saudara carilah JAWAPANNYA...

    Wassalam!


  3. fitri Says:

    Salam Pemuda Pelapis,

    Dari apa yang saudara coretkan,nampaknya gayanya luas pengetahuan dan tinggi ilmu agama yang saudara miliki berbanding dengan saya yang daif ini.Namun dari pengetahuan saya yang sedikit ini,setahu saya Rasulullah menyampaikan dakwah dalam dua kontek penyampaian iaitu :
    1. Mudah dan tidak menyusahkan
    2. Gembira dan tidak menakutkan

    Dan orang yang berilmu sejati tidak akan menyembunyikan walau sebaris ayat kerana ilmu yang baik bila diterima dan diamalkan oleh orang yang mendengar akan pahalanya tak putus2 mengalir hingga hari kiamat kepada si penyampai.Dan begitu jugalah sebaliknya jika ilmu yang tak baik dan menyesatkan si pendengar maka hingga kiamat juga lah si penyampai mendapat murka dan laknat dari Allah yang Esa.
    Minta saudara Pemuda Pelapis dapat sampaikan apa dia 3 amanat Allah pada kita boleh kita berkongsi pengetahuan atau boleh saya tolong huraikan dengan pengetahuan saya yang cetek ini.Kalau nak dibandingkan ilmu manusia dengan ilmu Allah umpama setitis air di lautan luas itu pun atas Rahmat dan Kasih sayang Allah mengurniakannya pada kita.Ya Allah ampunilah dosa ku ini dan selamatkanlah daku dari sifat2 riak,ujub dan bangga diri.Amin...


    wassalam,


  4. Salam saudara fitri,

    Jika saudara memahami hakikat bagaimana Rasulullah saw berjuang baguslah. Jadikanlah sebagai panduan dan kenapa harus menyusahkan benak fikiran sendiri?

    Saudara sebagai pemula soal-soal agama untuk berbicara dengan saya, maka sebab itu saya kemukakan "3 amanat asas Allah swt itu kepada hamba-hambaNya" untuk saudara rungkaikan bagi mencari jawapan.

    Nak makan nasi pun kita kena basuh tangan dan suap ke mulut kita atau mungkin menggunakan sudu. Tidak mungkin nasi melompat sendiri masuk ke mulut kita atau adakah kita menyudu semacam itik atau terus menerkamnya menggunakan mulut seperti kucing atau kebanyakan haiwan ciptaan Tuhan?

    Kita ini kan manusia yang semulia-mulia ciptaanNya. Tentunya tidak... bukan?

    Jadi, apa yang saudara aju kepada saya maka telah saya sorongkan jawapan dengan kiasan bermakna berlandaskan amanat Allah swt.

    Hanya saudara perlu gerakkan sedikit kebijaksanaan akal dan fikiran untuk mengungkai makna sebenarnya sahaja. Takkan segala-galanya hendak disuapkan?

    Ibaratnya jika ada seketul emas di depan mata pun, belum tentu menjadi rezeki kita jika kita tak bergerak melangkah dan menggunakan tangan untuk mencapainya bagi memiliki emas tersebut. Oleh itu, samalah maksud saya kepada pertanyaan saudara.

    Nasihat saya kepada saudara, lain kali jangan memandang "lekeh" kepada orang lain khususnya penyokong atau pemimpin Umno/BN soal-soal agama Islam.

    Jangan hanya menganggap PAS sahaja yang lebih arif dalam bab Islam ini. Sebab itulah agaknya PAS tergamak memurtadkan Islam lain seolah-olah hukum-hakam mereka yang pegang.

    Saudara perlu faham apa matlamat asas kita di dalam perjuangan politik. Jangan terikut-ikut apa sahaja pemimpin PAS buat dengan memperalatkan Islam dan hukum-hakam untuk mengelirukan rakyat. Akhirnya hukum-hakam pun mereka sanggup canggahi sendiri.

    Saudara sebagai golongan muda yang mahu memperjuangkan dasar PAS, perlu berubah sikap dan mencari kaedah perjuangan baru yang lebih telus tanpa menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai senjata untuk berpolitik.

    Saya telah katakan awal-awal sebelum ini bahawa Al-Quran dan Hadis hanya perlu dijadikan panduan supaya kita tidak tersasar daripada landasan sebenar... itu sahaja.

    Saya juga tidak menganggap diri saya begitu berilmu tinggi atau sebagai Ulamak untuk menyentuh topik-topik agama Islam tetapi sekadar mengingatkan kaum-kaum Islam sejati yang masih mahu berfikir.

    Andaikata saya telah bersedia menjadi seorang pendakwah, tidak perlulah saya menunggu sehingga saudara yang menyuruh. Dah tentu saya laksanakan sendiri daripada awal-awal lagi.

    Berdakwahlah kita kepada diri sendiri dan keluarga sendiri terlebih dahulu sebelum kita berdakwah kepada orang lain tetapi tidak salah untuk kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain jika dilihat nyata Islam dan hukum-hakamnya telah dipolitikkan sehingga menyongsang.

    Saya menggeletek sedikit soal "3 amanat Allah" itu agar saudara mahu berfikir sedalam-dalamnya setelah menilai saudara seolah-olah mahu mempamerkan kehebatan di dalam ilmu agama Islam.

    Sama-samalah bermuhasabah diri.

    Blog politik adalah untuk berpolitik dan hanya menjadikan Islam sebagai landasan serta panduan tetapi bukan dakwah Islamiah sepenuhnya.

    Maaf atas ulasan saya ini, saudara kata saudara memohon ampun daripada Allah swt untuk tidak bersifat riak, ujub atau bangga diri tetapi pengamatan saya atas semua komen saudara sebelum ini sehinggalah kepada yang ini, saudara cuba mahu menonjolkan diri sebagai orang yang kononnya memiliki ilmu agama Islam yang begitu tinggi.

    Ubahlah sikap... kita sentuh bab pakaian sudahlah...

    Saya hanya akan bercakap apa yang saya tahu dan saya tidak akan bercakap apa yang saya tidak tahu. Semoga lain kali, saudara mudah memahami dengan sebenar-benarnya.

    Wassalam!


  5. fitri Says:
    This comment has been removed by a blog administrator.

  6. Salam kembali fitri,

    Harap maaf! Komen anda yang terbaru itu harus saya padamkan kerana tidak menepati sasaran perbincangan dan tidak relevan.

    Saya telah cuba memperjelaskan sebaik mungkin dan agak panjang lebar tetapi nampaknya saudara fitri masih tidak faham dengan berterusan berprasangka dan menganggap prasangka saudara itu benar.

    Islam dalam politik adalah landasan kita sebagai sebuah negara Islam tetapi bukan dijadikan senjata politik untuk menyalahgunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga Hadis. Jika itu pun tidak mahu difahami maka tidak perlulah kita berdebat dan jangan mudah melatah mengatakan orang melenting apabila ditegurbalas secara baik.

    Saya fikir, sebaik-baik ruangan buat saudara adalah di laman web BicaraMuslim.com atau mungkin di BicaraSufi.com untuk memfokuskan dakwah islamiah secara khususnya.

    Saya dah terangkan dengan baik, cukuplah di dalam politik kita jadikan ianya sebagai pakaian asas dahulu dan tidak pernah menyarankan supaya agama dan politik mesti dipisahkan. Kenyataan saudara boleh membuat manusia lain menyalahtafsir dan seolah-olah mempengaruhi kefahaman yang tidak baik.

    3 amanat Allah swt yang saya keutarakan pun saudara tak mampu nak menjawab, inikan pula nak mengajak soal-soal lebih dalam.

    Minta maaf sekali lagi.

    Sekian, wassalam!