Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Di kalangan masyarakat Melayu, kita biasa mendengar peribahasa "Angan-angan Mat Jenin" di mana pada zaman dahulukala, ada seorang jejaka yang suka berangan-angan bernama Mat Jenin dan maka itulah wujudnya peribahasa tersebut sehingga kini masih digunapakai.

Parti Keluarga Rakus - keluarga ini memang cukup "rakus"

Hari ini salasilah Mat Jenin, baru mula diketahui umum apabila kembalinya generasi baru keturunan Mat Jenin di negara kita, bernama Anwar Mat Jenin yang bergelaran Dato' Seri. Walau bagaimana pun, masyarakat Malaysia tidaklah terperanjat atau "terkejut beruk" dengan kemunculan makhluk ini kerana beliau bukanlah makhluk asing di persada politik tanahair, yang suatu ketika dulu dikenali sebagai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tarikh 14 April 2008 baru-baru ini telah melakarkan sejarah baru kepada beliau yang bebas daripada halangan berpolitik setelah "digantung tak bertali" akibat terlalu banyak skandal-skandal lampau beliau yang amat mengaibkan. Kemunculan beliau kali ini adalah untuk dikenali sebagai Dato' Seri Anwar Mat Jenin yang menaruh harapan begitu tinggi untuk menjadi Perdana Menteri baru Malaysia melalui pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh Pakatan Rakyat.

Agenda yang dibawa beliau "amatlah kotor sekali" untuk membawa Ahli-ahli Parlimen BN "melompat masuk" ke dalam gagasan Pakatan Rakyat bagi membolehkan beliau menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang baru untuk mengambil-alih pentadbiran daripada kerajaan yang sedia ada sekarang. Usaha gagasan beliau memujuk atau mungkin membeli Ahli-ahli Parlimen BN kini lebih tertumpu di Sabah dan mungkin juga Sarawak.

Menurut kata beliau,

"Beberapa Ahli Parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September"

"Kita sudah kira jumlah itu (Ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada"

"Apabila Ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang"

Memetik kata-kata Dato' Seri Anwar Mat Jenin lagi,

"Tidak perlu tergesa-gesa untuk memikirkan perkara itu kerana keutamaan kini ialah terhadap program penjelasan agenda dan halatuju Pakatan Rakyat"

"Sekarang kita biarkan Parlimen bersidang seperti biasa, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana tidak ada sebab untuk kita tergesa-gesa kerana saya yakin dengan izin Allah, kita akan berada di sana sebagai kerajaan"

"Kalau tidak bulan depan, mungkin bulan seterusnya, mungkin Mei, Jun, Julai, sambutan Merdeka atau sambutan Hari Malaysia (16 September). Saya jangka kita tidak akan melepasi tarikh itu"

Bunyinya sebegitu gigih beliau berusaha ke arah mencapai matlamat beliau itu namun Umno dan BN tidak sedikit pun merasa khuatir atau tergugat dengan "agenda jijik" tersebut. Apa yang diucapkan Anwar Mat Jenin itu hanyalah tidak lebih sebagai satu "provokasi politik" yang bertujuan melemahkan jentera BN daripada memberi tumpuan kepada usaha-usaha mentadbir kerajaan.

Sehingga ke hari ini, Anwar Mat Jenin dilihat sudah beberapa kali membuat pelbagai ramalan yang serupa tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan. Secara tidak disedari, Anwar Mat Jenin hanya akan menjejaskan kredibiliti beliau sendiri sebagai orang harapan gagasan Pakatan Rakyat.

Di sebalik itu pula, laporan HarakahDaily.Net yang mewakili PAS begitu yakin dan amat percaya dengan segala kenyataan Anwar Mat Jenin itu dan berbunyi seolah-olah begitu mengharapkan ianya bakal menjadi kenyataan.

Lain pula tajuk baru berita berkaitan oleh HarakahDaily.Net pagi ini (Jumaat, 25 April 2008), mengaitkan pula isteri Anwar Mat Jenin, Datin Seri Wan Azizah Jenin yang menyatakan kesediaan beliau menjadi Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan wakil-wakil BN di Sabah dan Sarawak yang "melompat parti" kepada gagasan Pakatan Rakyat dan beliau sendiri tidak pasti bila wakil rakyat BN ini akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kita nampak semakin banyak mereka bercakap, semakin banyak percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka.

Itulah "kebahlulan" PAS yang begitu mudah diperdaya atau diperbodoh-bodohkan oleh sekutunya sendiri tanpa mempunyai kematangan akal dan fikiran sendiri untuk menilai kenyataan Anwar Mat Jenin "Si Putar Alam" itu.

PAS lupa asal usul kewujudan PKR - Parti Keadilan Rakyat (sebelumnya Parti Keadilan Nasional) setelah pemecatan Anwar Mat Jenin pada September 1998 itu adalah lebih bermatlamat utama memperjuangkan individu bernama Anwar Mat Jenin. Sebab itulah Presiden PKR disandang isteri beliau sendiri, Wan Azizah Jenin dan kini pula menobatkan anak perempuan beliau, Nurul Izzah Jenin pada PRU12 yang lalu.

Kita juga tidak nampak PKR komited memperjuangkan soal keadilan yang sebenarnya selain hanya bertujuan membalas dendam semata-mata. PKR juga diibaratkan sebuah parti keluarga Anwar Mat Jenin dan untuk kepentingan keluarga beliau sahaja. Tidak ada bezanya dengan kerajaan keluarga Abdullah Badawi. Jika penyokong-penyokong mereka kononnya berharap "mahu keluar daripada mulut Harimau, janganlah pula termasuk ke mulut Naga".

Tambah pula Anwar Mat Jenin bukanlah lagi manusia yang layak diangkat sebagai pemimpin setelah kita semua tahu siapa diri Anwar Mat Jenin yang sebenarnya sebelum ini. Adakah layak untuk beliau menjadi PM dan memimpin negara? Kita khuatir akan lebih berleluasa "kelab-kelab aktiviti songsang" yang sewaktu dengannya dan tentulah semakin hancur Malaysia. Tidak juga mustahil negara akan terus tergadai dan kita sebagai rakyat bakal menjadi pelarian.

Oleh itu apa kata, jika sekiranya kita cintakan tanahair kita, sama-samalah kita bersatu di dalam Barisan Nasional untuk mencorak satu perubahan besar kepada pucuk kepimpinan yang ada kepada barisan baru yang mampu memenuhi aspirasi generasi kini.

1 Response
  1. fitri Says:

    Salam Saudara,

    Kita sebagai seorang yang mengaku Islam dan punya Kalimah Syahadah semestinya menyokong atau membantu pada perkara2 amal dan mencegah mungkar.Kalau ada mana2 golongan yang hendak memperjuangkan agama wajib kita bantu bukannya menjatuhkan mereka...dahlah kita sendiri tak mampu melakukannya.Bertaubat sebelum terlambat....