Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Pesanan Istimewa Untuk Rais Yatim dan Semua Pemimpin - Pepatah Anak Muda Kata, Ini Jenis "Mulut Tak Sayang Gigi"

Merujuk kepada kenyataan Rais Yatim, Menteri Luar dan juga Ahli Majlis Tertinggi, sambil beliau mengulas kepada Bernama soal menyarankan agar suruhanjaya untuk "perbetulkan" Umno, beliau tidak harus menyelit kenyataan bahawa,

"rakyat Malaysia memang suka menyalahkan orang lain"

Siapakah rakyat Malaysia yang dimaksudkan beliau? Adakah kesemuanya atau sesetengah kelompok tertentu atau individu tertentu? Jika mahu menuju sebarang kenyataan kepada sesiapa pun, jangan mengaitkan seluruh rakyat Malaysia. Terus tuju kepada individu berkenaan secara lebih berani, lebih tepat dan yakin (gentleman).

Kenapa mesti bercakap secara umum? Kalau dua tiga kerat pemimpin yang buat salah, kenapa rakyat patut dikaitkan? Tidakkah rakyat Malaysia ni termasuk individu bernama Rais Yatim sendiri? Bermakna beliau pun turut tergolonglah dalam kategori manusia yang suka menuding jari pada orang lain.

Melemparkan kenyataan, jangan main ikut sedap mulut dan tolong guna akal sikit. Yang memimpin kerajaan ni siapa? Bukankah anda (Rais Yatim) dan barisan Kabinet yang dibentuk Pak Lah (bos anda)? Nakhoda kapal dan awak-awak kapal mana pergi? Rakyat hanya ibarat sebagai anak-anak kapal sahaja. Hari ini "KAPAL BARISAN NASIONAL" dah hampir nak karam dan mulut pemimpin pada ketika ini kena 10 kali lebih berhati-hati apabila bercakap.

Belajar pelihara sedikit "sensitiviti" rakyat. Dari rakyat anda datang dan sebagai rakyat anda kembali apabila tiba masa anda tidak diperlukan lagi. Buktinya telah nyata, kuasa membentuk kerajaan berada di tangan rakyat. Jangan berterusan mengulangi kesilapan jika tidak mahu situasi yang lebih buruk terjadi kepada Umno dan BN.

Bukan sekadar Rais Yatim kena berhati-hati bercakap tetapi seluruh pemimpin yang ada perlu bertanggungjawab mengeluarkan sebarang kenyataan. Bara yang masih menyala, jangan pula disimbah petrol. Ada lagi pepatah untuk dijadikan peringatan, "kerana mulut, badan binasa".

Kenapa naik angin sampai tuduh rakyat semua sekali?

Beliau ni bercakap ikut akal atau ikut emosi? Alangkah malunya saya jika saya duduk di tempat beliau dan melemparkan kenyataan sebegini. Tambah pula beliau seorang yang veteran dan ahli MT. Umpama pepatah mengatakan, "marahkan seekor nyamuk (Pak Lah), tapi kelambu (Malaysia) hendak dibakarnya".

Kalaulah sudah begitu caranya dan ketrampilannya, lebih baik letak jawatan saja dan duduk diam-diam. Bagi laluan kepada semua generasi muda mentadbir negara, lagi pun veteran yang tinggal sekarang ni pun dah sukar diterima rakyat. Hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang masih relevan termasuk bekas Perdana Menteri.

0 Responses