Pakatan Rakyat PKR-PAS-DAP menganggap Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai "LEADER IN WAITING" untuk menduduki jawatan Perdana Menteri, bagaimana pula dengan nasib Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang diura-urakan Pak Lah sebagai bakal penggantinya jika sampai masanya beliau berundur nanti?
Desas-desus kedengaran di
Kenapa agaknya mereka kata begitu? Semua orang tahu hakikatnya sekarang ini BN yang memerintah kerajaan persekutuan walaupun menang tipis. Adakah kemungkinan berlakunya penghijrahan pemimpin-pemimpin BN kepada Pakatan Rakyat untuk melayakkan pembentukan kerajaan persekutuan yang baru bagi merealisasikan impian Anwar yang bercita-cita tinggi mahu menjadi PM?
Apakah sudah sampai masanya untuk Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai PM dan membiarkan Najib melopong menanti hari dan saat?
Secara dasarnya ia tidak semudah itu kerana pilihanraya kecil perlu diadakan jika ini benar-benar berlaku dan Anwar sendiri haruslah terlebih dahulu bergelar Ahli Parlimen di mana-mana kawasan yang bakal diberi laluan samada oleh isteri beliau ataupun anak perempuan beliau.
Pendekata, rakyat seolah-olah amat menantikan satu revolusi besar untuk berlaku di dalam pentadbiran kerajaan persekutuan. Mereka tidak kisah parti mana pun yang memimpin kerajaan persekutuan asalkan perubahan perlu dibuat segera. Rata-rata rakyat teramat bosan dengan kepimpinan yang ada sekarang.
Oleh itu, jikakalau BN masih mahu berwaspada dan mengambilkira semua ini, maka kepimpinan yang ada perlulah akur dengan kehendak majoriti rakyat yang menuntut agar Pak Lah segera berundur supaya keadaan tidak menjadi lebih parah untuk melihat BN terus kecundang dan terjunam.
Bukan hanya setakat itu sahaja, rakyat juga belum tentu merestui Najib untuk menerajui Negara bagi menggantikan Pak Lah jika berlandaskan rekod serta kredibiliti beliau yang sudah tercemar di bawah kepimpinan Pak Lah selama ini.
Individu yang dilihat lebih layak adalah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Apakah dengan kenyataan awal Hishammuddin sebelum ini yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno
Jika benar bagai yang dikatakan itu, siapakah pula bakal Timbalan Perdana Menteri? Adakah Najib tetap berada di situ atau dilenyapkan terus? Apa yang rakyat nampak dari riak wajah Najib, beliau kian resah dan tidak keruan bak cacing kepanasan dalam situasi semasa sementara menunggu nasibnya ditentukan Disember nanti.
Atau juga kemungkinan di dalam kekalutan kononnya Mukhriz diheboh-hebohkan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno itu hanya sebagai "gimik" sedangkan di saat-saat akhir nanti ke jawatan Timbalan Presiden pula beliau bertanding? Apakah ini sebagai satu teka-teki?
Apa yang pasti masing-masing telah ada ramalan tersendiri dan semua orang tidak sabar menunggu harinya.