Sebelum ini saya telah menulis artikel "Politik Dolak-Dalih" dan "Politik Test Market" yang mengaitkan Pak Lah dan Dato’ Seri Najib secara terbuka sebagai luahan hati rakyat yang nampak apa sebenarnya pergolakan yang berlaku sehingga BN nyaris "TERKUBUR".
Hari ini sekali lagi saya mahu memperingatkan keter"BUKU"an hati rakyat terhadap sikap keterlaluan Pak Lah yang masih suka "BERDOLAK-DALIH" dan terlalu "BIDA'AH". Semoga artikel ini dibaca dan ditatap sendiri oleh Pak Lah serta kuncu-kuncu Pak Lah termasuklah semua "Kaki Ampu" Pak Lah dan berfikirlah secara lebih dewasa dan lebih matang.
Suka atau tidak suka, hakikat dan kenyataannya, Pak Lah, anak, menantu serta kuncu-kuncu harus menerima dengan hati penuh terbuka dan berlapang dada. Hendak membodek atau mengampu, bukan sikap saya… mohon berbanyak maaf sekali lagi!
Bukan rakyat bencikan Pak Lah tapi rakyat benci kepada sikap Pak Lah yang "TIDAK ADIL" yang lebih mengutamakan diri sendiri dan kepentingan keluarga sendiri. Berundur secara terhormat,
Jika Pak Lah masih mahu bersikap "ACUH TAK ACUH" dengan desakan majoriti rakyat atau mahu ambil "OWN SWEET TIME" kita khuatir makna "SWEET" itu tidak akan ada apa-apa erti lagi sebagai satu "KEMANISAN" di dalam perjuangan. Kita takut di sebaliknya ia mungkin bertukar menjadi "BITTER" yang bakal meninggalkan kesan yang "AMAT PAHIT" kepada sejarah Umno dan BN. Mohon Pak Lah faham-fahamkanlah erti kiasan saya ini dan tolong jangan mementingkan diri sendiri, juga keluarga sendiri. Rasa-rasanya saya sudah cukup berterus-terang kepada Pak Lah.
Sedarlah... Insaflah... juga banyak-banyaklah bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan kerana perjuangan Pak Lah sudah jauh "TERSASAR" daripada landasan sebenar. Majoriti rakyat, juga ahli-ahli Umno dan parti-parti komponen BN di peringkat akar umbi telah menolak kepimpinan Pak Lah. Apa lagi yang Pak Lah mahu "BERDOLAK-DALIH?"
Perlukah lagi untuk Pak Lah main "SORONG PAPAN, TARIK PAPAN?" Nak ajak main-main "TARIK TALI" pun rasanya rakyat dah tak sangup dah… Dah cukup bosan…
Kebelakangan ini bila ada beberapa kerat pemimpin dah mula berani "MENDESAK" Pak Lah, lain pulak ceritanya… Puak-puak "PENGAMPU" Pak Lah dah mula "TARIK MUKA MASAM" sesama pemimpin… Politik apa namanya ni? IKHLAS, JUJUR DAN TELUS dah pergi ke mana?
Terlalu banyak dah masa rakyat "TERBAZIR" duduk di bawah kepimpinan Pak Lah. Lagi lama makin "HARU BIRU" dan "TERBANTUT EKONOMI RAKYAT". Rakyat dah tak boleh nak bertoleransi lagi dah… Rakyat perlukan kehidupan yang lebih sempurna… Pak Lah dan seluruh keluarga dah cukup banyak dah "BUAT DUIT"… Dah kaya-raya pun rasanya sampai tak habis makan sampai bila-bila pun… Bagilah peluang kepada rakyat pula untuk "MENCARI MAKAN" di tanahair sendiri… Tolonglah ada belas kasihan sikit pada rakyat. Janganlah "ZALIM" sangat…
Apabila baru-baru ini Pak Lah masih juga lagi "BERBOHONG" mengatakan di peringkat akar umbi masih menyokong Pak Lah, pada saya itu sudah boleh dianggap sebagai satu "BIDA'AH".
BN dah tinggal "SEPARUH NYAWA" pun masih nak mengatakan begitu. Sebelumnya Pak Lah dah "MENGAKU" puncanya adalah kerana diri Pak Lah sendiri, saya dah cukup lega dengan pengakuan tersebut tapi bila berlanjutan lagi sampai macam ni, mula datang balik rasa meluat dan hilang langsung rasa hormat pada pemimpin yang bersikap macam ni.
Bukankah kekalahan banyak kerusi sehingga 5 negeri baru tergadai ke tangan pembangkang disebabkan akar umbi yang tidak menyokong BN? Lupakah Pak Lah? Pak Lah dah "MELEKAT" dengan "TABIAT" suka cakap "PUSING-PUSING" kenapa ni?
Oleh itu, kenyataan Pak Lah yang kononnya hanya segelintir pemimpin sahaja yang mendesak supaya berundur segera baru-baru ini sedangkan akar umbi tidak mendesak adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan. Jangan berterusan "BERBOHONG" dan mengelirukan rakyat.
Cukup-cukuplah Pak Lah… Sudah-sudahlah tu…
Berilah peluang pada Najib pula merasa kerusi empuk "PERDANA MENTERI" sekejap dalam situasi "PERALIHAN KUASA" ini. Saya faham, Najib pun mungkin tak lama nak duduk sebagai "ORANG NOMBOR SATU NEGARA" sebab beliau pun kena "AKUR" juga bahawa rakyat mahukan "ORANG BARU" yang lebih "BERWAWASAN" untuk menerajui kepimpinan negara.
Rata-rata banyak ramalan meletakkan Najib Tun Razak dan Muhyidin Yassin tapi setakat ini saya lebih cenderung meramalkan Hishammuddin dan Mukhriz sebagai "ORANG PALING LAYAK" sebagai "PENGGANTI NOMBOR SATU DAN NOMBOR DUA" jika mengikut kehendak barisan pelapis muda hari ini. Sejauh mana kebenaran ramalan saya, sama-samalah kita tunggu supaya masa sahaja yang menentukannya.
Apa pun Najib hanya dilihat sebagai pengganti sementara sahaja. Mungkin juga ada perubahan di dalam ramalan terkini yang akan saya rumuskan sedikit masa lagi menurut pandangan saya dan juga daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Desas-desus di belakang tabir yang mengaitkan Khairy (menantu Pak Lah) sedang berusaha keras cuba mempertahankan maruah Pak Lah dan dirinya sendiri hanyalah membuang masa sahaja kerana perkara ini dipandang tidak lebih sekadar kepentingan peribadi mereka tanpa memikirkan kepentingan parti untuk meneruskan perjuangan membela hak agama, bangsa dan negara. Menyokong Khairy juga bermakna mahu melihat kehancuran parti.
Bukan kerana Khairy tu tak bagus tapi "CARA DIANGKAT NAIK" tak masuk dek akal. Kalau "BETUL CARANYA" daripada awal dulu, rasanya tak ada sebab kenapa majoriti rakyat menolak Khairy. Kesian jugak budak muda ni jadi mangsa kebencian orang sedangkan setelah digilap, nampak jugak “BERKILAT” dahi budak ni.
Wassalam!
Pandangan saya berbeza - Pak Lah kena tunggu sehingga pemilihan Disember.
Sebagai ahli UMNO saya juga rasakan banyak keputusan Pak Lah sebelum dan selepas pilihan raya memberi kesan negatif kepada parti - dan tidak menunjukkan kecemerlangan sebagai seorang PM.
1.Kenapa bergegas ke Cina meminta maaf, sebelum usul periksa?
2.Kenapa kata parlimen tak dibubarkan, sedang besuknya lain cerita. Lepastu kata Agong nak keluar negeri. Nampak kurang teliti jawapan ini. Tak kan lah Agong nak keluar negeri tidak dibuat persiapan berbulan-bulan terlebih dulu, dan PM tidak diberitau lebih awal?
3.Kenapa tak pilih Tok Pa atau Ku Li sebagai ketua dalam menghadapi PR-12 di kelantan? Semua orang kelantan dah boleh baca anuar musa.
4.Kenapa tidak utamakan pilihan daripada Bahagian dalam pemilihan calon (misalnya yang berlaku di terengganu)
5.Kenapa umumkan orang yang tak terpilih dalam PRU-12 tidak akan dilantik sebagai menteri. Tetapi dibut sebaliknya.
6.Kenapa bertegang leher dan berpatah arang dengan sultan-sultan dalam pemilihan MB di perlis dan Terengganu?
7.Kenapa benarkan TV malaysia, akhbar-akhbar memperbodohkan rakyat? Memuakkan rakyat?
8.Kenapa tak kawal keputusan dan tidak cekapan menteri-menteri sehingga belakunya penyelewengan dan pembaziran yang teruk. Seperti dibelanjakan beratus juta untuk menyertai kumpulan Ke ISS untuk beberapa hari? Berbilion ringgit dalam teknofund yang tak tau kemana arah perbelanjaan nya?
9.Dah dengar kah nasihat dan pandangan ulama sebelum dilancarkan "Islam hadari"?
10. Kenapa belanja berbilion untuk bina masjid kaca yang tidak ada kariah -dan yang akan memerlukan beratus juta setahun untuk mengurus dan menjaga masjid ini. Bila musim tengkujuh, adakah orang yang akan melawat pulau dan masjid ini? Tidakkah ia akan menjadi sarang penagih?
Walau bagaimanapun saya cadangkan Pak Lah jangan berundur dulu - perbetulkan apa yang salah yang dibuat oleh beliau dan yang telah ada sebelum beliau.
Pak Lah dan betulkan perundangan, dan ACA. Bebaskan Hindrap dan ISA lain, kembalikan duit minyak terengganu, benarkan setiap ahli UMNO memilih presiden mereka, dll...
Bukan Pak Lah saja yang bertanggung jawab atas kekalahan UNMO dalam PR-12, ahli majlis tertinggi lain juga bersubhat. Biarkan Pak Lah sehingga AGM dicember ini - untuk ahli UMNO pilih pasukan pemimpin yang lain, yang diharapkan sebagai lebih berupaya menghindari UMNO daripada berkubur dalam PRU-13.
Tanpa perubahan drastik - UMNO PASTI (InshaAllah) akan berkubur atau yang tinggal hanya tiang kubur (dua batang) dalam PRU-13. Terengganu hampir pasti... Dan saya masih lagi seorang ahli UMNO (mungkin).
Terima kasih atas pendapat yang dikongsikan.
Nampaknya saudara telah mengemukakan satu hujah yang agak panjang lebar untuk tatapan semua pengunjung blog ini.
Artikel asal catatan saya itu lebih menjurus kepada kebaikan sejagat secara menyeluruh di segenap aspek dan sudut.
Kita nampak situasi sebenarnya bukan semakin pulih tetapi semakin "CHA-CHA MURBA" selagi Pak Lah tidak melakukan peralihan kuasa dengan kadar segera.
Ia diibaratkan, bagaimana keadaan manusia hari ini yang lebih menggemari "MAKANAN SEGERA" maka begitulah Pak Lah kena bertindak segera.
Beliau harus terima hakikat dunia hari ini. Zaman telah jauh berubah. Kehendak semasa perlu diikuti dan dituruti demi kemakmuran negara.
Saya mohon saudara cuba ikuti dan amati setiap wawancara dan ucapan Pak Lah sejak akhir-akhir ini. Jelas kelihatan beliau "MISERABLE" dan amat tidak tenang walau macam mana pun beliau cuba sembunyikan perasaan yang tidak tenang itu.
Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Pak Lah semuanya "TIDAK MATANG" dan tidak mampu menjawab tepat soalan yang diajukan wartawan. Pendek kata masih tetap longgar dan semakin buruk prestasi beliau di dalam situasi sekarang.
Pak Lah dan juga menantu beliau (Khairy) adalah 2 individu yang tak dapat dipisahkan oleh "MATA" dan "MINDA" rakyat apabila situasi buruk ini berlaku. 2 orang ini telah berperanan sehingga Umno/BN hampir terkubur baru-baru ini, maka inilah 2 manusia penting yang wajib bertanggungjawab dengan kekalahan di 5+1 negeri di Semenanjung. Mereka ingat mereka sudah cukup hebat tetapi inilah keputusan di atas kehebatan mereka berdua.
Jika saudara dah nampak segala tindakan Pak Lah tidak berasas dan tidak bertepatan, baik sebelumnya atau pun selepasnya, apakah relevan lagi untuk seluruh rakyat mahupun ahli-ahli Umno/BN terus menyokong beliau memimpin negara? Adakah ianya masuk dek akal? Jika budak-budak hingusan belasan tahun pun mampu terfikir, apatah lagi kita ini orang dewasa.
Cuba saudara renungkan semula, apakah perlu dan pentingnya lagi untuk Pak Lah menunggu sehingga Disember ini dan juga untuk memperbaiki segala kesilapan beliau sedangkan selama hampir 5 tahun menjadi PM, kenapa bertindak mengikut "KEPALA SENDIRI" tanpa berfikiran waras.
Perenggan terakhir saudara ada mencadangkan perubahan drastik perlu diambil oleh pucuk pimpinan, ia juga jelas membayangkan bahawa saudara juga faham kenapa dan mengapa...
Daripada 10 usul saudara itu, saya ingin menyentuh 2 perkara sahaja iaitu usul no.4 dan no.8, berkenaan pemilihan calon yang bertanding pada PRU12 lalu serta tiada kecekapan Menteri di dalam membuat keputusan.
Berkenaan topik no.4, memang begitulah sepatutnya proses pemilihan yang betul kerana Bahagian dan Cawangan yang lebih mengenali siapa calon yang sebenarnya layak dan lebih berwibawa.
Soal calon pilihan PM atau AMT yang juga digelar "CALON PARACHUTE" bukanlah dinafikan tidak baik atau terus dianggap tidak menepati tetapi sekurang-kurangnya perlulah turun ke Bahagian berkenaan untuk membuat sedikit penjelasan supaya difahami dan mampu diterima ramai.
Calon sedemikian ada keburukan dan ada juga kebaikannya tapi untuk memilih calon dengan cara ini, pastikan calon tersebut orang yang mampu membuat kerja dan memimpin kerana masih ada calon parachute yang terus bertahan dan diterima rakyat setelah terbukti mampu berkhidmat.
Calon itu mestilah seseorang yang berwibawa dan jangan hanya berlandaskan latarbelakang pendidikan tinggi semata-mata tetapi perlulah luas pengetahuan am khususnya soal-soal politik dan sosial. Maka itulah sebabnya apabila menang, seseorang itu tidak berkeupayaan menjalankan tugas serta tidak mampu memberi khidmat kepada masyarakat setempat.
Ia bukan hanya berlaku di Terengganu sahaja malahan di mana-mana pun di negara kita sejak dulu lagi. Lebih ketara bermula pada PRU11 dan PRU12 yang lalu.
Menyentuh usul no.8 pula, ia adalah tanggungjawab PM daripada pembentukan Kabinet lagi. PM perlu kenali siapa Menteri dan Timbalan Menteri untuk dilantik menganggotai Kabinet.
Senario politik tanahair kita lebih terjurus kepada pelantikan "KRONI" PM. Ini semacam satu tradisi tetapi sungguhpun begitu, di zaman Tun Dr Mahathir dulu, beliau lebih bersikap terbuka jika dibandingkan dengan Pak Lah yang berfikiran amat sempit.
Barisan Kabinet Tun Dr Mahathir dulu lebih mantap tetapi barisan Kabinet Pak Lah, saya berani katakan "70% HANCUR" maka faham-faham sendirilah apa yang saya maksudkan.
Maka sebab itulah banyak keputusan ahli-ahli Kabinet Pak Lah tidak menepati sasaran keperluan semasa dan kehendak rakyat.
Oleh itu sudah tiba masanya barisan pelapis muda perlu menganggotai Kabinet negara bagi menggantikan orang-orang lama. Kalau Rafidah Aziz telah pun terbuka minda melalui kenyataannya yang terbaru agar memberi laluan kepada generasi muda pula, kenapa masih mahu melengahkan peralihan kuasa?
Saya tidak nampak Pak Lah mampu memperbetulkan keadaan sedangkan beliau sendiri telah gagal mencorakkan keadaan kepada kemajuan yang lebih baik untuk Umno/BN.
Fikir-fikirkanlah!