Tuesday, May 11, 2010

Pengumuman Terkini - Selasa 11 Mei 2010

Salam kepada semua pelayar blog Pemuda Pelapis,

Saya memohon maaf kerana sekian lama tidak mengemaskini blog Pemuda Pelapis disebabkan tidak berkesempatan oleh kerana terlalu banyak urusan-urusan rutin harian lain yang lebih penting untuk diutamakan berbanding kerja-kerja mengemaskini blog dengan berita-berita dan perkembangan politik yang sentiasa pasang dan surut mengikut arus serta tiupan angin semasa.

Walau bagaimanapun saya tidak pernah abai mengikuti perkembangan semasa berita-berita politik tanahair dengan melayari tulisan teman-teman penulis blog politik. Insya'Allah jika berkesempatan, mulai sekarang saya akan meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini semula blog Pemuda Pelapis sekurang-kurangnya satu atau dua berita dalam seminggu.

Terlalu banyak komentar-komentar memaki hamun (mengikut emosi) yang saya terima daripada "Anonymous" yang takut mendedahkan identiti walaupun hanya dengan "nickname" pun mereka tidak berani tetapi masuk melepaskan geram secara membabi buta tanpa akal. Apa pun saya akan semak terlebih dahulu dan akan siarkan nanti sekiranya bersesuaian untuk rujukan semua penyokong-penyokong di kedua-dua pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Akhirkata, setakat ini dahulu pengumuman semasa yang mampu saya coretkan untuk semua rakan-rakan blog yang sudah lama saya tinggalkan. Semoga dengan izin Allah SWT, mulai sekarang kita akan kembali bersua seperti dahulu. Insya'Allah!

Pemuda Pelapis

No comments:

Post a Comment

Terima kasih singgah untuk berkongsi idea atau berdebat di blog ini. Pembabitan anda di dalam mengemukakan komentar dan pendapat sangat dihargai.

Pahit, manis, pedas, merdu atau sumbang adalah asam garam dalam mengharungi liku-liku kehidupan ke arah membentuk jati diri serta kecekalan jiwa cuma elakkan perlakuan biadab yang keterlaluan. Namun begitu, komentar anda adalah tetap menjadi tanggungjawab anda sendiri jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang berbangkit.

Jika anda menggunakan "Anonymous" sila sertakan nama samaran @ nama sebenar pada awal posting atau di penghujungnya. Anonymous tanpa sebarang nama samaran @ nama sebenar tidak akan dilayan dan tidak disiarkan.

Sebelumnya semua komentar tersiar secara automatik tanpa ditapis tetapi kini ia harus melalui proses "moderation" sebelum disiarkan, memandangkan banyaknya komentar yang tidak berkaitan, tidak berkualiti, merapu dan melalut serta menyalahgunakan kebebasan di ruangan blog ini.

Harap maklum!