Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
LABU AIRPORT: CADANGAN OTAK BERKARAT DARI AHLI-AHLI KEPARAT

Saya tidak mengambil bahagian membuat komentar di dalam penulisan Tun Dr Mahathir mengenai "Labu Airport" sebelumnya tetapi dengan adanya tajuk terbaru Tun, "Labu Airport Again" saya muatkan sedikit komentar yang masih belum dikemaskini oleh Tun di blog beliau - "www.chedet.cc" sehingga entri ini disiarkan.

Berikut ini adalah petikan komentar saya:

Komentar saya di chedet.cc jam 10:48 PM – 31 Januari 2009

Assalamu’alaikum wbt Y.Bhg Tun,

Hanya Si Luncai Saja Yang Terjun Dengan Labu-nya

Alasan pengulas bernama samaran MoMan dalam tajuk “Labu Airport” pertama Tun yang tidak mahu mendedahkan identitinya kerana beliau terbabit secara langsung dengan cadangan projek itu telah memberi alasan-alasan kononnya Terminal LCCT tidak efisyen dan tidak sesuai bagi Air Asia akibat beberapa kelemahan yang berlaku seperti tersalah membeli radar trafik udara, kelemahan penyelenggaraan bagasi dan sebagainya. Sebenarnya apa yang diutarakan beliau terlebih-lebih lagi tidak efisyen serta tidak menepati kehendak pelaksanaan cadangan tersebut.

Banyak mana pun fakta yang cuba direkacipta ianya tidak lebih sebagai satu alasan semata-mata bagi mengaburi mata orangramai untuk menutupi ketidakmunasabahan sekiranya Pak Lah memberi kelulusan ke atas cadangan projek itu. Permainan sebegini sesuatu yang lumrah untuk menjayakan matlamat peribadi masing-masing, lebih-lebih lagi kepada golongan yang berkepentingan di dalam cadangan projek berkenaan. Ini semua adalah konspirasi yang sedia terancang sebelum mengemukakan cadangan. Fakta-fakta alasan bertujuan untuk “counter attack” apabila adanya bantahan.

Jika bukan Tun yang mematahkan alasan-alasan beliau pun, orang ramai kebiasaan juga mampu berfikir secara logik akal untuk menentang fakta-fakta kenapa cadangan itu tidak perlu dibuat. Jika sekali pun wujud kelemahan maka ianya perlu dibawa berunding ke arah mengatasinya. Bukan dengan cara mewujudkan sebuah “airport” baru atas kepentingan sendiri pihak-pihak tertentu yang mana menjuruskan banyak pembaziran dan permasalahan baru di masa akan datang khususnya dari sudut ciri-ciri keselamatan yang boleh mengakibatkan pertembungan atau perlanggaran kapal terbang (aircraft) baik yang berlepas mahupun mendarat kerana jaraknya cuma 10 kilometer dari KLIA.

Saya kira keterangan pandangan bernas lagi logik daripada Tun terhadap ketidakefisyenan cadangan pembinaan “airport” baru di Labu sudah wajar untuk mereka yang mencadangkannya agar membuat kajian semula. Teguran membina daripada Tun demi kebaikan sejagat tidak harus disalahertikan oleh mereka-mereka yang terbabit dengan cadangan projek tersebut. Kita rakyat Malaysia tidak pernah menentang segala cadangan yang baik ke arah kemajuan dan pembangunan negara namun kesesuaian serta keperluan wajiblah turut diambilkira khasnya perkara-perkara mengenai keselamatan. Jangan hanya memikirkan “masyuk...masyuk...masyuk” sahaja. Jumlah RM1.6 Billion adalah satu angka yang amat besar dan dilihat sebagai satu pembaziran yang ketara sedangkan KLIA dan LCCT sudah tersedia ada untuk digunapakai. Sungguh pun telah dimaklumkan bahawa ianya tidak membabitkan wang rakyat tetapi tidak bermakna mereka boleh membuat apa-apa sahaja cadangan yang tidak boleh diterima ramai. Kepentingan rakyat harus diambilkira untuk diberikan keutamaan.

Kita faham “Hanya Si Luncai Saja Yang Terjun Dengan Labu-nya”. Mereka adalah Luncai maka mereka semua tetap akan menjadi Luncai sampai bila-bila pun. Golongan Luncai tidak akan tahu untuk membezakan yang mana penting dan yang mana tidak penting. Mereka tidak akan faham yang mana baik dan yang mana buruk. Apa yang mereka tahu dan inginkan cumalah “RM...RM...RM” sahaja. Si Luncai juga pentingkan nama dan pangkat selain mengejar kekayaan duniawi. Golongan ini juga tidak tahu menghargai nyawa-nyawa yang bakal terkorban dengan pelaksanaan “Projek Super Mega” itu nanti. “Aircraft” bakal menjadi roket pengebom penumpang-penumpang. Inilah penyakit terlalu cerdik di kalangan ahli-ahli korporat yang otaknya dah berkarat dan layak digelar ahli-ahli keparat.

Sekian, wassalam!

PEMUDA PELAPIS – PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

P/S: Lain kali kalau ada lagi apa-apa cadangan projek sila kaji dan fikir masak-masak di segenap sudut secara lebih terperinci. Jangan main hentam saja. Marang kerapu punya akal!

Maka itu kepada keluarga tiga serangkai, musang berjanggut dan kroni-kroninya yang menjadi perosak negara, hentikanlah agenda buat duit untuk kenyangkan perut sendiri. Utamakanlah kepentingan rakyat dan negara di dalam mencadangkan apa jua projek pembangunan yang lebih perlu dan lebih bermanfaat. Apa perlunya untuk mendengar cadangan "Tony Luncai" dan Sime Darby? Selepas Sime Darby tak jadi ambil-alih IJN kerana dibantah rakyat kini "Labu Airport" pulak. Selepas ini apa lagi projek yang nak dicadangkan?

3 Responses
  1. Salah satu komentar pilihan yang saya petik antara beratus yang ada dalam tajuk "Labu Airport" terawal Tun Dr Mahathir.

    Pautan asal: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/labu-airport.html

    By jerlun man on January 18, 2009 2:21 AM

    assalamualaikum,

    1. saya sangat2 le bersetuju pelabuhan udara baru dibina kat labu.

    2. kat n9 mana le ade lagi pelabuhan udara baru. syabas atas proposal simebabi and asia udara.

    3. dengan adanye pelabuhan udara baru tu....diharapkan dapatlah paklah pi selalu melawat grand son dia kat n9 tu lepas pencen nanti.

    4. dulu simebabi dok pakat nak ambik alih IJN... sebab rakyat dok menyalak...tak jadi. la ni depa nak bina pelabuhan udara pulak.nak bina dan jual kat asia udara. sapa dia ceo simebabi yang pekak badak tu....tah2 mantan tpm hak dulu tu.elok la depa dok dengaq kata toni tu. last2 teloq depa pun kena juai. labu oh labu!!

    5. tapi yang baiknya pak lah ni...dia setuju tukaq epf ke pencen kat kakitangan krajaan . zaman tun dulu mana leh tukaq . selepas akta dipinda baru le saya dptt tukaq kepencen. bravo pak leh!!!

    6. bravo...paklah n najib @rosmah....umno dah kena sembelih kat KT.

    7. rakyat la ni bukan macam dulu....janji umno/bn macam janji pakatan pembangkang. janji pakatan rakyat patut le rakyat tak percaya...janji bn/umno pun la kita susah nak percaya.

    8. kat perak pas/pr dah bagi tanah kat orang yang menyokong komunis dulu....kat org melayu depa bagi pajakan 99 tahun. baguih le pas!!!!.apatak....depa dok celah ketiak dap.

    9. wassalam


  2. Anonymous Says:

    aku tolong translate

    keluarga tiga serangkai = dolah bodohwi, kj (kaki jubur) dgn kamaludin (kemaluan)

    musang berjanggut = musa hitam legam

    luncai = tony pening deh

    kroni2 = ramai sgt tak tersenarai


  3. Anonymous Says:

    buek apo bising2 jang. boee can la kek tok mat hassan buek duit sambil cari namo. n9 kan ado apo pun laiee. samo2 la kito tunggu sampai ado kotobang berlago kotobang pahtu kito pakat saman air asia, sime darby tomasuklah tok mat hassan kalo dio yang boee izin buek airport kek labu. tak pun sey ok yo kalo buek kek belakang umah sey topi jamban cangkung tu tp airport mini utk kotobang control yo la...