Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya petang semalam telah mempertikaikan tarikh kedua-dua pilihanraya kecil di P.59 - Bukit Gantang, Perak dan N.25 - Bukit Selambau, Kedah yang akan diadakan serentak pada 7 April 2009 sebagaimana ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau secara jelasnya terus membuat tuduhan melulu terhadap BN tanpa asas yang kukuh apabila mengaitkan kononnya BN telah campur tangan di dalam mempengaruhi bidang kuasa SPR untuk membuat keputusan tarikh tersebut yang dirasakan beliau terlalu lama dan panjang.

Berikut ini adalah petikan kenyataan beliau yang disiarkan Bernama.

KOTA BAHARU, 15 Feb (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang didakwanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno penghujung bulan depan.

Nik Aziz berkata ia seolah-olah membuktikan BN mempunyai kuasa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh mana-mana pilihan raya.

"Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung Umno?," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Baca seterusnya di sini...

Tuduhan berat juga dilemparkan kepada SPR dan kerajaan Barisan Nasional kononnya pemimpin Umno dikatakan mendalangi keputusan menetapkan tarikh pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan itu dan mempersoalkan kenapa ianya diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno pada bulan Mac 2009.

Tidak cukup dengan tuduhan itu beliau turut menggesa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar meletakkan jawatan sekiranya ia benar didalangi oleh BN.

Beginilah sikap bida'ah (keterlaluan) pemimpin PAS yang mengaku Ulamak yang suka menuduh dan memfitnah tanpa asas dan tiada bukti yang kukuh. Mereka sentiasa tidak pernah berpuashati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh SPR. Ada sahaja yang tidak kena di mana-mana disebabkan tidak memenuhi kehendak kumpulan mereka.

Sepatutnya Nik Aziz perlu bersyukur setelah pengumuman tarikh dibuat oleh SPR dan beliau tidak wajar melahirkan rasa tidak puashati terhadap tarikh yang telah diputuskan itu.

Sebagai Ulamak PAS yang arif akan asas-asas agama Islam, beliau seharusnya bertolak-ansur dengan pihak lain (Umno) yang bakal menghadapi pemilihan parti pada tahun ini kerana bertolak-ansur itu adalah di antara sifat-sifat yang dituntut di dalam Islam.

Ini hanyalah suatu kebetulan sahaja di mana pihak SPR juga harus mengambilkira untuk membuat pertimbangan yang adil bagi kedua-dua pihak yang akan terlibat secara langsung di dalam kedua-dua pilihanraya kecil berkenaan.

Apa yang diputuskan SPR itu cuma mengambil masa 53 hari sahaja daripada tarikh pengumuman atau 58 hari daripada tarikh kekosongannya dan masih di dalam lingkungan tempoh 60 hari sebagaimana yang termaktub.

Nik Aziz tidak seharusnya menjadikan ketetapan tarikh tersebut sebagai satu isu yang sengaja diperbesar-besarkan. Janganlah terlalu menjaga kepentingan peribadi sehingga tidak mahu memberi ruang kepada BN, di mana Umno sedang sibuk bersiap-sedia untuk mengadakan persidangan dan pemilihan parti pada 24 Mac hingga 27 Mac 2009 nanti.

Juga tidak nampak wujudnya apa-apa kelebihan yang berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional sepertimana yang didakwa beliau kerana masing-masing mempunyai 53 hari (yang sama) dari sekarang untuk membuat persiapan di dalam menghadapi pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.

Janganlah sengaja mahu "menangguk di air keruh" untuk mencari keberuntungan di sebelah pihak Pakatan Rakyat sahaja. Belajarlah bertimbangrasa terhadap pihak lain.

Samalah juga seandainya PAS bakal menghadapi Perhimpunan Agung parti sudah tentulah SPR akan turut mempertimbangkannya juga. Jadilah golongan manusia yang sentiasa bersyukur dan bukan hanya tahu membangkang semata-mata di sepanjang masa.

Sementara itu, menurut kenyataan balas oleh Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, sekiranya di pihak PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat masih tidak berpuashati maka tidak perlulah mengambil bahagian di dalam pilihanraya kecil itu.

Tapi apakah Pakatan Rakyat sedia mahu menerima saranan sedemikian? Jika tidak boleh akur dengan apa yang disarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu maka terima sahajalah ketetapan tarikh tersebut dengan seadanya dan bukan untuk dijadikan sebagai satu isu yang besar.

0 Responses