Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Sekali lagi Pemuda Pelapis ingin mengucapkan "Syabas!" kepada seluruh penyokong-penyokong PR khususnya bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Selepas gagal menunaikan tuntutan janji menurunkan 20% cukai pintu, kini Tan Sri Khalid (PKR - MB Selangor) terus mengkhianati janji untuk menganugerahkan saguhati RM1,000 kepada setiap seorang anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Beberapa hari yang lalu, Pemuda Pelapis turut mengucapkan Syabas dan Tahniah!" kepada seluruh gagasan PR atas sebab-sebab lain. Pemuda Pelapis amatlah tinggi budi bahasanya untuk menghargai sesiapa jua pun di dalam menyuntik semangat dan inspirasi. Makhluk yang amat berterima kasih kepada Pemuda Pelapis adalah saudara Anwar Ibrahim. Dia paling meminati segala artikel penulisan Pemuda Pelapis terutamanya topik-topik yang ada kaitan dengan diri beliau dan juga parti gagasan pimpinannya. Syabas! Brader Anwar Bin Ibrahim.

Nampaknya tidak sampai pun 100 hari memegang tampuk pemerintahan kerajaan baru Selangor, pelbagai alasan demi alasan dikemukakan gagasan PR tanpa sebarang rasa malu. Jelas dan nyata gagasan PR berterusan gagal menunaikan janji-janji mereka yang terkandung di dalam manifesto, yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan pentadbiran kerajaan yang berkebajikan.

Oleh itu apa lagi yang mahu diharapkan daripada kerajaan gagasan PR ini? Jika janji-janji yang remeh-temeh pun sukar ditunaikan, bayangkanlah bagaimana mereka mampu membangunkan negeri Selangor, apatah lagi sebuah negara. Tidakkah semudah itu yang boleh kita semua fikirkan dan nilaikan?

Sudahlah... Cukup-cukuplah rakyat "memberi muka" hanya untuk sekali ini sahaja dan marilah semua kita kembali kepada Umno dan BN untuk bersatupadu memperkukuhkan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Hanya Umno dan BN sahaja yang akan terus relevan memajukan rakyat dan negara. Kita telah membuktikannya selama lebih setengah abad.

Apa yang perlu dilakukan di dalam Umno dan BN hanya sedikit pembetulan sahaja dan tidaklah seteruk gagasan PR yang perlu diajar semula daripada awal macam mana mahu mengenali "alif-ba-ta" atau "A sampai Z" kerana puak-puak gagasan PR bukanlah layak untuk didarjatkan sebagai pemimpin. Jika setakat "melalak di atas pentas" untuk berceramah "mencaci, menghina, memfitnah dan sebagainya..." mungkin bolehlah dan hanya itu pun saja yang mereka pandai.

Selain daripada itu mereka hanya tahu "menyondol macam khinzir" untuk menyapu bersih duit dan harta peninggalan Umno dan BN. Memanglah MB Selangor yang ini dah tak mampu nak tunaikan janji mereka sebabnya duit kerajaan sudah ratusan juta ringgit dihabiskan untuk "Projek Khinzir Raksasa" bak kata menantu Pak Lah (hanya pinjam bahasa saja tapi harap tidaklah pulak terperasan lebih-lebih ye!)

Ayuh! Semua penyokong-penyokong gagasan PR termasuklah pemimpinnya, berkunjunglah ke laman blog Pemuda Pelapis beramai-ramai untuk mengisi borang keahlian Umno. Walaupun Umno Pusat belum menyediakan lagi "borang online" tapi Pemuda Pelapis boleh sediakan pada bila-bila masa sahaja. Itu cuma perkara kecil dan tidak perlu khuatir.

Selamat berhijrah beramai-ramai kepada perjuangan Umno. Pemuda Pelapis pasti sambut anda semua dengan paluan kompang dan bunga manggar dan meraikan anda semua dengan mengorbankan beberapa ekor lembu dan kambing jika sudi (tapi daging babi takde lah).

Tawaran ini hanya sah apabila cukup korum kerana kita bukan setakat nak sembelih ayam atau itik bagi meraikan kenduri kesyukuran tetapi lembu-lembu dan kambing-kambing. Di samping itu perlulah terlebih dahulu mengisi borang Umno dan berikrar sumpah dengan Al-Quran untuk taat setia dengan Umno di bawah pimpinan Pemuda Pelapis dan bukan pimpinan Pak Lelah.

Dengan Pemuda Pelapis anda pasti tidak akan dijangkiti "penyakit lelah" yang hanya membataskan perjuangan. Kita majukan rakyat dan negara dengan barisan baru yang lebih segar bugar dan bukan "tersengguk-sengguk mengantuk" sepanjang masa. Inilah janji Pemuda Pelapis kepada seluruh barisan pemuda dan pemudi. Lupakan PR (Pakatan Rakyat), ingatkan PP (Pemuda Pelapis). Pak Lah... Jangan marah! Nanti kena jual di pasar Baghdad!

0 Responses