Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Saya sebagai insan pena Pemuda Pelapis menyambut baik tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada parti Umno berkuatkuasa serta-merta semalam (19 Mei 2008) sebagaimana dinyatakan beliau ketika berucap dari Alor Setar yang disiarkan TV3 Buletin 1.30 tengahari semalam dan juga laporan Utusan Online setengah jam kemudiannya.

Hari ini di laman web MyKMU turut dimuatkan berita ini yang bertajuk Pengumuman Rasmi Tun Dr Mahathir dan Umno Kehilangan Bekas Pemimpin Agungnya serta beberapa topik lain. Jika dibaca komen dan ulasan yang dibuat di ruangan berkenaan, ternyata ramai yang terkejut dan tidak kurang pula yang terus menyokong kuat keputusan Tun untuk turut serta.

Sementara laporan Bernama juga ada memuatkan keputusan Tun di laman web mereka yang bertajuk Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta. Boleh dikatakan di mana-mana akhbar pun ada memaparkan berita yang dianggap menggemparkan kancah politik Malaysia pada hari ini.

Baiklah, di sini saya mengambil sedikit kesempatan untuk mengulas keputusan Tun itu. Sebelum itu terlebih dahulu saya sebagai insan pena bernama Pemuda Pelapis, dengan rendah diri menyokong penuh keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya pasti menjadi pengikut setia beliau untuk turut sama menjejaki langkah yang diambil oleh Tun itu.

Saya juga bersependapat di belakang Tun, di mana saya akan hanya kembali menyertai Umno setelah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi disingkirkan atau meletak jawatan dengan rela hati daripada menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri. Kemarahan dan kemeluatan saya terhadap Abdullah telah lama membuak tidak tertahan.

Sesiapa sahaja yang mengetahui pengkhianatan Abdullah pasti akan mengikut jejak Tun Dr Mahathir sebagai memprotes "sikap gila kuasa dan tamak haloba" Abdullah untuk mengumpulkan harta rakyat dan negara bagi kepentingan keluarganya.

Saranan dan seruan Tun untuk mengajak lebih ramai ahli-ahli Umno keluar daripada parti haruslah diberikan sokongan yang sewajarnya dengan niat murni memberi satu impak "pengajaran dan tamparan hebat" kepada kepimpinan hari ini yang telah "buta mata, buta hati dan buta akal fikiran" serta terlalu angkuh. Namun bukanlah bermaksud untuk kita semua menyertai mana-mana parti pembangkang.

Saya tertarik untuk menyampaikan sedikit perkongsian maklumat dengan saudara-saudari pengunjung setia blog Pemuda Pelapis. Beberapa hari sebelum Tun Dr Mahathir mengumumkan keputusannya ini, saya ada melepaskan satu komen sulung kepada Tun di blog beliau di bawah topik Kepimpinan UMNO Masih "in denial" yang juga merupakan satu-satunya komen daripada saya untuk Tun di blog beliau setakat ini.

Pemuda Pelapis merupakan pengulas yang ke-109 pada ruangan itu yang dibuat "posting" pada malam Jumaat, 16 Mei 2008, jam 12.42AM. Untuk meringkaskan rujukan pembaca semua, boleh juga klik di sini di mana saya telah menyediakan satu kemudahan alternatif. Di sini juga saya "quote"kan semula saranan saya kepada Tun Dr Mahathir, memetik kepada 3 perenggan terakhir yang berbunyi.

Oleh yang demikian, saya tegas dengan pendirian saya untuk menyatakan bahawa pucuk pimpinan kita adalah pengkhianat kepada parti dan negara kerana tidak mahu akur kepada kehendak rakyat yang majoriti agar peralihan kuasa dilakukan segera bagi mencari jalan penyelesaian terbaik ke arah pemulihan Umno dan BN secara total.

Hanya dengan pengunduran Pak Lah di samping membarisi kepimpinan muda sahaja yang dilihat mampu mengembalikan kekuatan Umno dan BN. Tiada lagi kaedah yang lebih baik daripada itu selain hanya reformasi secara besar-besaran yang patut disegerakan tanpa kompromi jika tidak mahu melihat Umno dan BN terus tersungkur dan hancur di samping memberi laluan mudah kepada gagasan PR yang tidak bertanggungjawab untuk menunjangi pentadbiran negara.

Sindrom penafian yang terlalu kuat yang ada pada pucuk pimpinan sekarang sudah boleh dianggap berada pada tahap yang amat kronik, maka sebagai barisan pelapis, saya amat mengalu-alukan Tun mengetuai satu angkatan pemulihan Umno dan BN supaya resolusi ini mampu dicapai dengan jaya andaikata pucuk pimpinan kita masih terus berdegil untuk mengikut kepala sendiri yang hanya bakal merugikan semua pihak sepertimana kata Tun. Satu langkah yang lebih drastik perlu diformulasikan untuk menangani keliatan pucuk pimpinan dan percayalah bahawa majoriti rakyat akan tetap terus menyokong usaha murni Tun di dalam menyelamatkan keadaan yang kian meruncing ini.

posted by Pemuda Pelapis on May 16, 2008 - 12.42 AM (109th comment): Kepimpinan UMNO Masih "in denial" di www.chedet.com

Adakah ianya satu kesinambungan yang turut menyumbangkan sedikit kesan ke atas keputusan yang diambil oleh Tun atau ianya hanya satu kebetulan sahaja? Mungkin perkara ini satu subjektif untuk difikirkan. Siapakah sebenarnya insan bernama Pemuda Pelapis ini? Itulah maklumbalas "keywords analysis" yang sering saya terima dan baca.

Ramai yang tercari-cari dan tidak kurang pula yang menghubungi saya di belakang melalui e-mel untuk mengajak berkenalan malahan ada yang meminta nombor telefon saya untuk menghubungi dan bercakap. Kata mereka, dapat mendengar suara sekali pun jadilah.

Tak apalah... biarlah saya hanya terus dikenali sebagai "Insan Di Sebalik Tabir" sahaja setakat ini. Jika ditakdirkan Allah swt panjang umur dan dimurahkan rezeki saya, pasti akan saya layani kesemua pelawaan yang dibuat itu. Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenali diri saya?

Apakah kaitan saya yang begitu terbuka menyarankan supaya Tun Dr Mahathir bertindak sesuatu untuk mengetuai satu era pembaharuan yang lebih drastik? Apakah "chemistry" di antara Tun dengan saya? Rasa-rasanya ada kemungkinankah? Apa yang saya mahu "highlight" sekali lagi adalah, Pemuda Pelapis benar-benar mahu memperjuangkan "hak dan kebenaran" yang hakiki di dalam membela agama Islam, hak Melayu dan negara tercinta di samping tidak mengabaikan hak kaum lain di bumi Malaysia ini.

Apa pun, sebelum usaha ini mampu dilaksanakan untuk dicapai, kita semua haruslah bermuafakat, bersatu hati dan bergabung di dalam sebuah komuniti yang besar dan kuat di dalam menentang kepimpinan yang telah nyata mengkhianati parti Umno dan BN. Tun Dr Mahathir adalah insan paling layak untuk menerajui komuniti ini dan sokongan padu tanpa berbelah bagi haruslah kita berikan kepada beliau yang berhasrat murni itu.

Hari ini telah nyata membuktikan sikap kebertanggungjawaban Tun yang pernah saya sebutkan dan ianya satu keputusan berani yang telah diambil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "orang nombor 1 keluar Umno" dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula sebagai "orang nombor 2 keluar Umno" pada era semasa, yang berkuatkuasa serta-merta mulai 19 Mei 2008 semalam. Tindakan ini diyakini memberi satu kesan yang amat pahit kepada kepimpinan hari ini.

Apakah Pemuda Pelapis sebagai "orang No.3 keluar Umno" mengikuti jejak Tun suami-isteri? Mungkin hasrat untuk menduduki tempat ke-3 agak sukar kerana telah ramai yang terlebih awal bertindak. Tak mengapalah tempat yang ke berapa pun, namun itulah sokongan taat setia Pemuda Pelapis yang tidak berbelah bagi yang pastinya tetap bersama dengan Tun suami-isteri di dalam situasi semasa sekarang ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru lebih ramai ahli-ahli Umno dan pemimpin-pemimpin Umno untuk menyertai tindakan Tun dan saya. Marilah sama-sama kita berjuang memprotes "kepimpinan jahil hari ini" yang diterajui Abdullah Ahmad Badawi ke arah mendesak beliau meletakkan jawatan serta-merta bagi usaha memulihkan parti dan kerajaan. Pedulikan saja apa pandangan orang mahu cakap. Kita perlu yakin pada diri sendiri dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu perubahan.

Fahamilah kenapa Tun bertindak sedemikian. Rata-rata ramai "pemimpin bengap" mengulas semalam mengatakan supaya jangan mengikuti jejak Tun dan sebaliknya memperkukuhkan parti dalam keadaan sekarang. Mereka itu hanya nampak dari satu skop yang amat sempit sedangkan kita perlu bertindak "reformasi besar-besaran" di semua peringkat. Pemimpin-pemimpin di dalam Kabinet kebanyakannya lebih mengutamakan "temolok dan perut" sendiri daripada berjuang soal kepentingan rakyat dan negara.

Tindakan Tun ini sebagai mahu memberi satu pengajaran perit kepada kepimpinan yang ada supaya akur dengan kehendak semasa tetapi malangnya PM kita hari ini masih "keras kepala" dan "tidak tahu malu" seolah-olah tiada air muka. Tun bertindak demi maruah beliau dan begitulah saya menyarankan dan hari ini mengikuti jejak Tun juga adalah disebabkan demi maruah.

Kenapa harus memperjuangkan Pak Lah? Kita harus memperjuangkan parti Umno tetapi malangnya Umno di bawah pimpinan Pak Lah bukan lagi memperjuangkan agama, bangsa dan negara sepertimana Umno 62 tahun yang lalu? Bukan bermakna kita keluar dari Umno sekarang untuk menyertai mana-mana parti pembangkang tetapi jika tidak boleh lagi memperbetulkannya dari dalam, apa guna kita terus duduk di dalam?

Saya pernah menegaskan sebelumnya bahawa dengan menyokong "Pak Lah dan menantunya" bermakna kita bersekongkol "mengkayakan keluarga Abdullah" di mana anak lelaki beliau, Kamaluddin akan terus menjadi "penyamun tarbus dan lanun bertauliah" mengaut duit-duit rakyat dan negara. Ini juga jelas akan menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Jika cara baik pun dah tak boleh maka kita semua perlu lebih agresif dan lebih proaktif dengan lebih berani untuk bertindak secara lebih drastik daripada luar.

Percayalah bahawa Tun amat pintar untuk mengorak satu strategi bagaimana mahu memperjuangkannya daripada luar. Apa yang diperlukan hanyalah sokongan padu beramai-ramai agar usaha ini mampu dicapai.


Umno kini dalam keadaan amat goyang dan kita mahu tengok benarkah kenyataan angkuh Pak Lah sebelumnya yang masih beranggapan kononnya akar umbi tetap menyokong beliau? Saya amat yakin, Pak Lah tidak akan lena tidur malam dan pastinya menggaru-garu kepalanya semacam ada "kutu babi" di kepalanya dan tidak akan ada ketenangan sama sekali dengan kejutan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir ini.

Pakar sakit jiwa digesa untuk dihantar menemui Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dikhuatiri "tekanan jiwa" semakin kuat menghantui Pak Lah di dalam situasi sekarang. Kita bimbang beliau akan ditimpa "histeria" secara tiba-tiba dan bertindak lebih "diktator" mengaut licin harta rakyat dan negara. Berjaga-jagalah kita semua!

Untuk menonton liputan isu ini, sila klik "video bar" di ruangan "menu bar" sebelah kanan blog Pemuda Pelapis ini yang bertajuk "Isu Dr Mahathir Keluar Umno".

4 Responses
  1. Pemuda pelapis,

    declarelah no keahlian baru orang percaya. Ini bukan cabaran, cuma cadangan. Kita kan dah jadi sahabat.


  2. Tidak timbul soal percaya-mempercayai di dalam isu ini. Fakta dan bukti kenyataan itu lebih penting dan sudah lebih daripada memadai.

    Jika betul-betul membaca dan memahami pendirian siapa saya, perkara ini tidak perlu dipersoalkan.

    Saya tidak pandai berbahasa Jawa macam saudara. Saya kira bahasa Melayu yang saya gunakan adalah satu bahasa "simple" yang cukup mudah difahami.

    Harap maklum!


  3. Pemuda-pelapis;

    Dalam jawapan ada sindiran.Itu yang indah. Huraian pemuda pelapis juga amat dalam dan ini memberi gambaran yang Pemuda pelapis sudah ada strategi untuk kerusi panas UMNO.Cuma tak kompom bila.
    'Biarlah Pahit, asalkan Benar".


  4. Memang ada strategi...
    Memang benar pun...

    Strategi nak menghapuskan semua kaki ampu dan pengkhianat parti yang hanya merosakkan agama, bangsa dan negara. Kerana mereka semua inilah menjadi penyebab utama parti dan kerajaan berpecah belah tapi semuanya masih buta segala buta.

    KAUM YANG TAK FAHAM DAN TAK RETI BAHASA NI SEBENARNYA BERFIKIR DENGAN KEPALA LUTUT DAN KEPALA BU... (sambung sendiri jika faham)

    Kerusi Umno memang sepanjang masa pun panas... tak pernah sejuk. Lainlah kerusi PAS-PKR yang hanya suam-suam sejuk tak pernah ada sejarah panas pun.