Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Pilihanraya kecil di kerusi parlimen Permatang Pauh nampaknya menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara calon BN, calon PKR dan calon AKIM setelah penamaan calon disahkan selesai lewat petang semalam.

Calon Bebas, Dr Mansor Othman telah menarik diri selepas SPR menerima pencalonan Ketua Umum PKR. Beliau mencalonkan dirinya sebagai "standby" kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah mengarahkannya berbuat demikian atas alasan Ketua Umum PKR itu kononnya SPR akan menipu untuk tidak mahu menerima pencalonannya pada hari tersebut.


Teka-teki mengenai calon BN juga akhirnya selesai apabila Timbalan Presiden Umno yang mengetuai pilihanraya kecil di Permatang Pauh memilih ADUN Seberang Jaya untuk mewakili BN di kerusi parlimen tersebut untuk menentang "de facto leader" Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR). Turut merebut kerusi parlimen Permatang Pauh ialah parti serpihan PAS iaitu AKIM yang diwakili oleh Presidennya, Hanafi Mamat.

Sebelum proses penamaan calon berbagai andaian dikemukakan oleh semua pihak, namun setelah pencalonan pula tidak sunyi dengan pelbagai persepsi oleh semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin parti masing-masing dan juga pemerhati-pemerhati politik.

Bagi BN, sebelum ini melahirkan rasa tidak yakin untuk menang tetapi setelah penamaan calon dilakukan, keyakinan untuk memenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh semakin hangat diperbualkan oleh beberapa pemimpin parti khususnya daripada Umno sendiri.


Bagi saya, segala persepsi dan spekulasi siapa yang akan menang adalah tetap sebagai persepsi dan spekulasi sahaja bagi menyedapkan hati masing-masing. Seimbas lalu kita pasti dapat menjangkakan siapakah pemenang sebenar. Kepada pejuang dan pendokong perjuangan Umno/BN, suka atau tidak suka kita harus akur bahawa bukan semudah yang disangka untuk menewaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR) meskipun di ketika ini beliau menghadapi tuduhan liwat yang amat mengaibkan itu.

Saya meletakkan peluang kemenangan untuk calon BN adalah tipis atau hanyalah 40:60 kerana "de facto leader" PKR itu telah berjaya mengumpulkan "penyokong taksub" atau "penyokong gila babi" sejak sekian lama. Penyokong-penyokong kumpulan ini tidak peduli apa pun kesalahan ketua mereka walaupun mampu dibuktikan secara undang-undang dan hukum syarak.

Mereka tidak akan percaya sama-sekali malahan akan tetap mengatakan kononnya ia masih sebagai satu konspirasi. Sementelah lagi di saat-saat hangat pilihanraya kecil yang akan berlangsung ini, si Saiful Bukhari Azlan telah mengambil langkah mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah pada 15 Ogos 2008 baru-baru ini bagi membuktikan dakwaannya adalah benar dengan sebenar-benarnya.


Penyokong-penyokong ini sebenarnya tidak mempunyai halatuju perjuangan yang sahih dan juga sesuai dikategorikan sebagai penyokong-penyokong yang bakal membawa rebah kepada negara. Secara tidak langsung juga, penyokong-penyokong ini menolak kebenaran yang hakiki kerana memperjuangkan kemungkaran pemimpin mereka yang telah jauh menyimpang dan sesat dari landasan agama Islam sebagai seorang muslim sejati.

Maka jika sekiranya pemimpin mereka menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti akan berkumpullah segala suku-sakat syaitan dan iblis untuk lebih menyesatkan perjuangan mereka dan akan terus hebat memanipulasikan hukum-hakam agama Islam. Apa nak dikatakan, ini semua telah termaktub sebagaimana janji Tuhan bahawa perkara-perkara ini akan pasti berlaku di akhir zaman. Wallahu'allam!

Pemuda Pelapis: Sedar-sedarlah... Insaf-insaflah sebelum terlambat. Siapalah Anwar untuk diagung-agungkan? Banyak-banyaklah mengucap dua kalimah syahadah. Sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih lagi maha pengampun.

Pemuda Pelapis
Kehangatan pilihanraya kecil Permatang Pauh heboh dibincangkan di mana-mana sahaja. Siapakah calon BN yang layak menentang "de facto leader" Dato' Seri Anwar Ibrahim di kubu kuatnya itu? Pelbagai desas-desus dan spekulasi orangramai dan ahli-ahli Umno/BN menyenaraikan beberapa nama calon untuk menyahut cabaran di Permatang Pauh.

Semalam (4 Ogos 2008), Mufti Perlis, S.S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan untuk menjadi calon bagi menentang calon PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim namun beliau menolak tawaran tersebut secara baik kerana berpandangan beliau lebih selesa dengan bidang keagamaan yang diceburinya selama ini. Tambah Dr Mohd Asri lagi, walaupun beliau juga anak jati Permatang Pauh tetapi beliau tidak berminat untuk menerima tawaran itu kerana bidang politik bukanlah medan untuk beliau. Laporan Utusan...

Selain daripada mencadangkan Mufti Perlis sebagai calon, ada beberapa calon veteran dan calon muda untuk diketengahkan menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah bekas Imam Muda Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno, Dato' Pirdaus Ismail yang pernah tewas 2 kali kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicalonkan sekali lagi? Sekiranya tidak, siapakah calon baru yang akan ditonjolkan? Apakah calon dari luar atau anak jati Permatang Pauh?

Ulasan Pemuda Pelapis

Mengikut pandangan peribadi saya, eloklah jika Umno/BN mencalonkan pelapis muda bagi menentang ketua umum PKR itu. Inilah masanya mahu menguji kekuatan barisan muda sepertimana yang dimahukan oleh majoriti ahli-ahli Umno di akar umbi dan rakyat penyokong Umno/BN. Cuma harapan saya, janganlah meletakkan "bekas pengkhianat Umno/BN" yang baru kembali ke dalam parti yang beria-ia menawarkan diri sendiri tanpa ada maruah dan tiada harga diri itu.

Alasan saya mudah, "budak bekas pengkhianat Umno/BN" itu tidak lain hanya mahu mencari populariti semata-mata dan bukan bersungguh-sungguh mahu berjuang atas dasar kebertanggungjawaban terhadap parti dan negara. Ertikata lainnya, beliau mempunyai agenda tersendiri yang tersirat. Daripada meletakkan "budak bekas pengkhianat parti" itu lebih baik dicadangkan Khairy Jamaluddin sahaja agar bertanding di Permatang Pauh dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana barulah sesuai dengan cabarannya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dahulu yang bersedia mahu berdebat.

Andaikata menantu PM itu tidak berani melawan ketua umum PKR itu serta tiada calon muda yang dirasakan layak, apa kata BN meletakkan saja pak menteri pintu belakang (senator) mana-mana yang lantang bersuara agar menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim di pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh. Walaupun kita tahu pasti tewas tetapi sekurang-kurangnya melalui jurang majoriti undi, samada mampu dikurangkan atau pun tidak, di situ jugalah sebagai kayu pengukur kepada pak menteri berkenaan. Antara pak menteri yang saya maksudkan ialah Dato' Zaid Ibrahim atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Di samping itu juga apa kata di ketika ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah keluar daripada Umno mencalonkan diri untuk menyahut cabaran di Permatang Pauh atas tiket calon Bebas. Ini juga cadangan daripada seorang pengulas blog Pemuda Pelapis yang mahu melihat pertandingan tiga penjuru yang sihat di antara calon PKR, calon BN dan calon Bebas.

Saya tidak menolak kemungkinan, pasti ianya barulah bertemu "buku dengan ruas" yang mana bakal menjadi satu pertandingan yang cukup sengit di antara ketiga-tiganya. Kemungkinan dengan pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai calon Bebas bakal menggugat kepengaruhan Dato' Seri Anwar di kubu kuatnya. Juga tidak mustahil dengan kehadiran mantan Perdana Menteri kita itu, akan mampu menewaskan "de facto leader" itu dan sekaligus melenyapkan harapan beliau yang bercita-cita besar mahu menguasai kerajaan persekutuan.

Saya turut percaya sudah tentulah pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan lebih bijak menilai dengan lebih baik sekiranya keadaan ini terjadi. Dalam situasi sebegini tidak mustahil apa-apa pun boleh terjadi cuma kita khuatir tentang usia Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja. Apakah beliau masih bertenaga dan mahu menyahut cabaran ini? Itulah persoalannya, tapi kata orang kalau tak cuba mana nak tahu.

Lagi pun pada pandangan saya, jika sekali pun Tun Dr Mahathir tewas kepada Dato' Seri Anwar di Permatang Pauh, Tun tidak akan rugi apa-apa pun. Sebaliknya jika kata Tun menang nanti maka barulah satu isyarat baru kepada pucuk pimpinan negara hari ini yang ada, betapa rakyat masih memerlukan khidmat dan buah fikiran Tun meski pun di kubu kuat PKR sendiri. Oleh itu sama-samalah kita renungkan, fikirkan dan pertimbangkannya. Semoga pengundi di Permatang Pauh dapat menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum memangkah undi andaikata Tun bersedia menyahut cabaran ini.

Pemuda Pelapis
Salam sejahtera kepada seluruh sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian.

Baru sebentar tadi, saya telah menyediakan sebuah laman blog tambahan yang baru www.koleksi-blog-rtm.blogspot.com bagi merujukkan himpunan koleksi siaran langsung Blog RTM kepada semua penonton yang tertinggal waktu siarannya. Saya percaya tentu ramai di kalangan anda yang berminat menonton siaran tersebut.

Saya kira laman blog ini amatlah bermanfaat kepada kita semua khususnya para bloggers untuk membuat sebarang rujukan terhadap siri-siri yang telah tertinggal untuk ditonton. Semoga laman blog tambahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh saudara dan saudari sekalian.

Selamat menonton!

Koleksi Blog RTM

Pemuda Pelapis
Saya kira beginilah agaknya hati dan perasaan Tun Dr Mahathir terhadap pucuk pimpinan hari ini yang diterajui oleh DS Abdullah dan DS Najib, seumpama lirik lagu inilah apa yang sedang dilalui oleh beliau setelah membuat keputusan keluar dari Umno, membawa diri seolah-olah disingkir akibat segala pandangan dan nasihat beliau tidak lagi didengari atau mahu diterimapakai. Jelas Tun amat kecewa apabila jasa dan budinya tidak lagi dikenang, juga tidak lagi dihormati oleh pemimpin yang pernah diasuhnya.

Saya percaya majoriti rakyat berbilang kaum di seluruh pelusuk negara merasa amat kecewa dengan apa yang telah berlaku dan berlarutan sehingga ke hari ini. Fahamilah lirik lagu ini dengan dendangan irama dan muziknya yang sayu mendayu menusuk kalbu, menggambarkan apa yang tersirat di hati kecil dan sanubari Tun Dr Mahathir pejuang agama, bangsa dan negara.


Tiada Lagi Aku (Rusty Blade)

Kita bersama menempuh semua (ketika Tun memimpin)
Dugaan melanda tidak ku pinta (luahan tersirat Tun)
Pahit dan manis duka menghiris (kenangan dilalui bersama)
Kita mengharungi dengan berani (kenangan berganding bahu)

Gurau dan senda turut mengisi (nostalgia ceria terus diingati)
Ruang dan ketika di masa sepi (penghibur ketika sunyi)
Kepercayaan dan keikhlasan (saling percaya saling ikhlas)
Makin menguatkan persahabatan (memupuk semangat setiakawan)

Entah mengapa engkau cepat benar berubah (kini semuanya berubah)
Kerana kejayaan kau merasa megah (pemimpin bermegah kerana kuasa)
Jangan engkau mudah terlupa setiap benda yang ada (nasihat dari Tun)
Takkan kekal selama-lamanya (peringatan oleh Tun)
Diriku akhirnya kau singkir jua (keluhan kekecewaan Tun)

Oo...Oo... (rintihan dan tangisan sayu Tun)
Biarku pergi membawa sekeping hati (Tun telah rela keluar parti)
Tidak sanggup lagi aku menyaksi (sedih melihat kekalutan politik)
Wajah yang pernah menyakitkan hati (pemimpin yang mengecewakan Tun)

Ulang Korus:

Gurau dan senda turut mengisi (nostalgia ceria terus diingati)
Ruang dan ketika di masa sepi (penghibur ketika sunyi)
Kepercayaan dan keikhlasan (saling percaya saling ikhlas)
Makin menguatkan persahabatan (memupuk semangat setiakawan)

Entah mengapa engkau cepat benar berubah (kini semuanya berubah)
Kerana kejayaan kau merasa megah (pemimpin bermegah kerana kuasa)
Jangan engkau mudah terlupa setiap benda yang ada (nasihat Tun)
Takkan kekal selama-lamanya (peringatan Tun)
Diriku akhirnya kau singkir jua (keluhan kekecewaan Tun)

Oo...Oo... (rintihan dan tangisan sayu Tun)
Biarku pergi membawa sekeping hati (Tun telah rela keluar parti)
Tidak sanggup lagi aku menyaksi (sedih melihat kekalutan politik)
Wajah yang pernah menyakitkan hati (pemimpin yang mengecewakan Tun)

Jangan engkau mudah terlupa setiap benda yang ada (nasihat dari Tun)
Takkan kekal selama-lamanya (peringatan oleh Tun)
Diriku akhirnya kau singkir jua (keluhan kekecewaan Tun)

Hanya jiwa-jiwa seni dan puitis sahaja bisa memahami dan menyelaminya.

Pemuda Pelapis
Kenapa di ketika kehangatan pemilihan Umno pada Disember 2008 semakin hampir, tiba-tiba Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir mengatakan beliau tiada peluang? Apa sudah jadi di semua cawangan-cawangan Umno seluruh negara yang sudah bersidang? Kenapa politik wang atau rasuah makin berleluasa? Baca selanjutnya...

Apakah akan ramai lagi calon-calon berpotensi lain yang bakal diketepikan daripada pencalonan untuk pemilihan pada Disember akan datang? Kenapa gejala tidak sihat ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya? Siapa jurumudi politik wang dalam Umno ini? Kenapa tidak ditangkap dan terus dihukum saja? Di mana BPR yang telah disuruhanjayakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi dan disokong oleh DS Najib Tun Razak? Bila lagi nak bertindak?

Badan disiplin Umno tidak mahu disuruhanjayakan jugak ke? Boleh dipercayai ke jurumudi yang telah mensuruhanjayakan BPR itu? Bagaimana dengan Ketua Pengarah BPR sendiri? Kalau Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen pun sudah ditangkap dan didakwa, apakah mustahil orang nombor satu dan nombor dua BPR benar-benar bersih? Jika bersih kenapa hal sedemikian tidak mampu diatasi? Apakah politik korup akan terus berleluasa di dalam Umno sehingga kekorupan ini dibawa-bawa kepada pentadbiran negara?

Jika Presiden dan Timbalan Presiden siang-siang lagi sudah menstrukturkan calon-calon yang layak dan tidak layak maka tak payahlah diteruskan proses pemilihan yang hanya sia-sia dan menghabiskan wang ringgit. Buang masa ahli-ahli di akar umbi dan juga buang masa rakyat yang mengharapkan perubahan atau reformasi di dalam Umno. Teruskanlah politik korup sehingga negara ini hancur musnah, barulah masing-masing berpuashati.

Saya merasa amat dukacita dengan keadaan yang berlaku ini. Mengapa masih juga ada otak-otak korup di peringkat akar umbi Umno yang masih bersubahat dengan politik wang. Tidakkah terfikir oleh mereka akan risiko masa hadapan? Adakah suapan beberapa ratus ringgit atau ribuan ringgit itu mampu menampung kehidupan penerima habuan untuk saki-baki hidup mereka dan keluarga mereka? Tidakkah bengap dan biol namanya tu?

Namun pusing cerita tang mana pun, saya tetap menyalahkan DS Abdullah, DS Najib dan menantu DS Abdullah sebagai manusia yang paling bertanggungjawab terhadap politik wang ini. Inilah tiga durjana utama yang wajib disiasat terlebih dahulu sebelum orang-orang lain disiasat. Kehadiran merekalah menyebabkan politik dan pentadbiran negara menjadi huru-hara dan kucar-kacir. Rujuk pendedahan ini dan mohon Presiden dan Timbalan Presiden Umno membuat ulasan terperinci. Janganlah terus-terusan menafikannya.

Kepada Dato' Mukhriz, saya berpesan, banyak-banyaklah bersabar dan bawa bertenang kerana segala kebaikan akan pasti terpancar jua kebenarannya dalam sedikit masa. Tidak perlu khuatir atau bimbang tetapi teruskanlah semangat saudara untuk berjuang menegakkan HAK dan KEBENARAN. Jangan mudah berputus-asa kerana ia hanya akan melemahkan semangat perjuangan kita yang telah dipupuk sekian lama. Allah swt senantiasa bersama orang-orang yang sabar dan bertawakkal di jalan Allah.

SALAM PERJUANGAN BUATMU DATO' MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR.

Pemuda Pelapis
Sejak seminggu kebelakangan ini saya dapati ramai blog kawan-kawan dan wartawan-wartawan mengalami masalah kritikal sehingga tidak boleh diakses dan sebagainya. Mengikut apa yang saya faham, www.blogger.com dikatakan sedang melakukan sesuatu bagi mengemaskini sistem mereka. Sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam!

Ada yang panik dengan keadaan ini dan menyangka ianya satu pencerobohan atau serangan virus daripada penggunaan sitemeter. Sebenarnya tidak sepertimana yang difikirkan. Jika blog tuan-tuan dan puan-puan diceroboh pasti ada sesuatu perubahan yang dapat kita kesan sepertimana yang saya pernah alami dahulu di mana fail-fail serta gambar-gambar cuba dimusnahkan malahan ada fail-fail yang telah dihapuskan dari simpanan.

Apa pun dinasihatkan kepada semua blogawan-blogawan agar dapat bertenang dan bersabar. Keadaan akan pulih seperti sediakala dalam sedikit masa. Ada di antara yang mengalami masalah ini sudah pun dapat mengatasinya dengan lega setelah dibantu kawan-kawan yang lebih arif tentang ICT. Baguslah di atas kerjasama serta tolong-menolong di antara satu sama lain itu. Kekalkanlah sifat terpuji anda tersebut.

Pemuda Pelapis
Bahang kehangatan pemilihan peringkat cawangan, bahagian dan pusat di dalam Umno sedang dirasai khususnya kepada pencinta perjuangan Umno. Pencinta perjuangan ini terbahagi kepada banyak golongan dan kumpulan (sendiri-sendiri faham).

Namun bagi pencinta dan pejuang-pejuang tulen dan sejati, kami semua di dalam keadaan rimas, resah dan gelisah kerana cuak dengan pucuk pimpinan yang ternyata telah menyongsangkan akidah perjuangan sebenarnya yang telah terkeluar daripada landasan asal. Ada di antara mereka jelas dan ketara kepalsuannya tetapi muka selamba tak tahu malu. Tidak kurang juga yang nampak semacam asli tapi hakikatnya tiruan.

Persoalannya di sini, dengan siapa ahli-ahli di akar umbi mahu berpaut dan mengharapkan perjuangan tulus dan telus jika fahaman politik sesat melata di peringkat tertinggi? Sejak berzaman lagi kita terlalu serin
g mendengar dan melihat sendiri permainan rasuah, suap-menyuap duit, kebendaan dan sebagainya yang diistilahkan sebagai politik wang. Jika pemilihan dalaman pun sudah sebegini rupa apakah salah dengan dakwaan pihak pembangkang bahawa Umno/BN memang merasuahkan pengundi dalam pilihanraya umum?

Sampai bila mesti dibiarkan? Apakah langkah-langkah yang ada pada hari ini telah difikirkan cukup berkesan? Jika berkesan kenapa masih terus berlaku? Contohnya yang terkini, kita dengar apa yang telah berlaku di Pengerang, Johor. Sebenarnya banyak lagi di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian lain turut terjadi keadaan yang serupa. Pendekata, ia sudah dijadikan sebagai satu amalan wajib setiap kali pemilihan diadakan demi mahu merebut kuasa, pangkat dan jawatan.

Lebih haru-biru lagi adanya pula permainan "black magic" atau bahasa Melayu-nya, "main bomoh" untuk memastikan kemenangan. Ada yang sanggup berhabis wang membayar khidmat bomoh sakai, bomoh siam dan sebagainya tanpa takut kepada dosa syirik. Na'uzubillah! Wa'imah jika perlu sampai ke tahap bunuh-membunuh secara halus pun masih ada yang sanggup dan tergamak melakukannya.

Tempohari Presiden dan Timbalan Presiden Umno mengemukakan satu tata-etika baru dalam
proses pemilihan parti. Kononnya semua ahli parti tidak dibenarkan berkempen sehingga menghadiri kenduri-kendara turut dilarang dan diwajibkan patuh dengan arahan itu. Sekiranya ada sesiapa melanggar apa yang telah digariskan maka tindakan disiplin atau dipecat keahlian mungkin dikenakan.

Apabila dikatakan semua ahli bermakna sudah pasti termasuklah juga Presiden dan Timbalan Presiden kerana ia tidak menyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden dikecualikan daripada peraturan itu. Bagaimana pula ahli-ahli yang dicalonkan bertanding merebut jawatan tidak dibenarkan berkempen sedangkan bos nombor satu dan nombor dua boleh berkempen secara bebas dan terbuka? Apakah ianya adil kepada ahli-ahli?

Di sini dilampirkan salinan surat yang ditulis oleh Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, yang dipetik daripada MalaysiaToday.Net setelah saya mendapat tahu daripada blog Dato' Ruhanie Ahmad (kuda-kepang). Apakah salinan surat ini juga dianggap satu fitnah baru oleh Raja Petra Kamarudin? Pada pandangan saya, mustahil jika semua tulisan beliau tidak ada satu pun yang betul.

KLIK IMEJ UNTUK BACA

KLIK IMEJ UNTUK BACA

Oleh itu dengan pendedahan ini, saya percaya seluruh rakyat terutamanya ahli-ahli Umno wajib mendapatkan penjelasan terbuka daripada Pak Lah dan Najib selaku Presiden dan Timbalan Presiden parti akibat salahlaku ini berbentuk rasuah politik yang berat hukumannya. Jika benar, kami rakyat dan pejuang Umno mohon kedua-duanya dihukum dan dipecat serta-merta tanpa kompromi.

Pemuda Pelapis
Pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dinanti-nantikan seluruh rakyat negara setelah Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semalam bagi memberi laluan kepada suaminya, DS Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR).

Dalam masa yang sama juga pelbagai andaian terhadap DS Anwar samada beliau dapat meneruskan niatnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh itu atau pun ditahan pihak berkuasa akibat tuduhan kes liwat ke atas beliau kerana kertas siasatan kes tersebut telah siap dan sudah pun diserahkan kepada Peguam Negara untuk dakwaan dibuat.

Jika semalam PM kata kita di Barisan Nasional tidak akan memberi kemenangan mudah kepada DS Anwar Ibrahim (PKR) dalam pertandingan pilihanraya kecil Permatang Pauh, hari ini DS Abdullah Ahmad Badawi mengulas kaitannya dengan isu kes liwat yang sedang berjalan.

Petikan ulasan PM dalam Buletin Utama 1 Ogos 2008, Bhg 1, minit 5:53 dan minit 7:44

Kata beliau, dalam isu ini ianya merupakan dua perkara berbeza yang tidak boleh dicampur-adukkan. Dua-dua ada proses masing-masing yang Anwar telah pun dilibatkan. Itu memang sudah pun berjalan pada waktu ini dan takkan tiba-tiba nak kena berhenti dalam proses ini.

Itu pihak polis dalam hal ini yang akan menentukan dan tidak pernah berlaku sesuatu proses undang-undang yang berkaitan dengan sesuatu aduan yang dibawa kepadanya itu diberhentikan hanya kerana seseorang itu hendak bertanding atau sekiranya seseorang itu hendak pegang apa-apa jawatan dan sebagainya. Ianya tak akan jadi begitu.

Tambah DS Abdullah lagi,

Kita kena ingat juga yang komplen, yang mengharapkan untuk mendapatkan keadilan ialah Saiful. Dia yang buat aduan ni, dia yang marah dan dia yang minta pembelaan. Jangan kita lupa dia tu, kita tak boleh lupa, kita kena jalankan dan laksanakan kewajipan kita.

Juga turut diulas tentang tindakan DS Dr Wan Azizah yang sanggup membelakangkan pengundi di Permatang Pauh demi mengutamakan kelangsungan politik suaminya. Kata DS Abdullah,

Sudah ada dah cakap-cakap yang kita dengar atau berita-berita yang sampai kepada kita, rakyat memilih Wan Azizah dan mengharapkan Wan Azizah terus berkhidmat kepada pengundi dan rakyat di Permatang Pauh. Bukan meninggalkan begitu sahaja meletakkan jawatan, tak mahu lagi jadi wakil rakyat dan serah kepada orang lain. Belum tahu orang Permatang Pauh itu suka dekat Anwar atau pun tidak. Atau pun mungkin lebih suka kepada Wan Azizah daripada Anwar.

Sementara TPM, DS Najib Razak mengakui BN agak sukar untuk menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh apabila DS Anwar menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut. Katanya lagi, "kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya".


DS Najib Razak juga menganggap tindakan DS Anwar mengumumkan langkahnya untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh adalah satu tindakan yang tergesa-gesa seolah-olah mahu mengelak terhadap kes tuduhan liwat ke atasnya dan dalam masa yang sama DS Anwar dikatakan membawa masalah tersebut kepada pengundi di Permatang Pauh dengan mempertaruhkan masalah peribadinya kepada rakyat. Baca laporan lanjut Malaysiakini.

Ulasan Pemuda Pelapis

Memang benar apa yang Pak Lah kata ianya dua perkara yang berbeza tetapi kenapa harus dibiarkan perkara siasatan tuduhan kes liwat ke atas DS Anwar itu mengambil masa yang panjang tanpa mengeluarkan satu perintah arahan agar beliau tidak dibenarkan membuat apa-apa keputusan bertanding selagi tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan baik?

Memang DS Anwar berhak bertanding setelah melepasi tempoh larangan selama 5 tahun tetapi atas sebab adanya kes tuduhan liwat ini sudah pasti ianya tetap tertakluk kepada undang-undang bagi melicinkan proses siasatan dan pendakwaan.


Berlandaskan peruntukan undang-undang ianya boleh dilakukan dengan mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu. Jadi apabila DS Anwar telah pun mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh setelah DS Dr Wan Azizah pula telah meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen di situ, ianya hanya akan mengundang kekecohan sekiranya apa-apa tindakan undang-undang dikenakan ke atas beliau di dalam tempoh ini.

Kenapa perkara ini tidak mampu difikirkan? Buatlah kerja dengan lebih sistematik. Kenapa suka sangat melakukan kerja tunggang-langgang sehingga bercelaru? Jika tindakan pendakwaan dan penahanan berlaku sekarang maka sudah pastilah huru-hara akan berlaku. Sukakah pihak kerajaan selalu ditohmah dan dituduh sering menggunakan kekerasan dan paksaan oleh pihak pembangkang?

Mengenai ulasan mengatakan DS Anwar kononnya tergesa-gesa mengelak tuduhan kes liwat dengan mengheret masalah peribadinya ke kancah politik dengan membawanya kepada pengundi di Permatang Pauh adalah satu persepsi PM dan TPM sahaja.

Jika benar pun, takkan kerajaan BN tak boleh hidu muslihat atau "auta" DS Anwar? Sepatutnya PM dengan TPM kena 10 kali lebih cekap dan lebih pintar daripada beliau barulah nampak sikit kewibawaan pucuk pimpinan. Apakah dengan persepsi tersebut mampu menyelesaikan masalah?


Seperkara yang saya kurang senang mendengar apabila DS Najib siang-siang lagi sudah mengaku kalah sebelum bertarung. Apa ni? Inikah kredibiliti dan semangat juang yang ada pada diri seorang yang memegang jawatan TPM?

Di mana letaknya kekuatan dan keyakinan diri? Apakah selama-lamanya kerusi Permatang Pauh bakal menjadi milik pembangkang? Asal-usulnya kerusi itu milik siapa? Bukankah ianya milik BN semasa DS Anwar dalam BN.


Serupalah macam 5 negeri + 1 wilayah yang BN tewas dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pernah ke Pakatan Rakyat terfikir mereka boleh menang sampai macam itu? Janganlah berpemikiran cetek dan lemah keyakinan diri. Inikah TPM kita yang bakal nak naik takhta PM? Betul-betul memalukan. Bercakap tak mahu guna akal tapi main hentam merapu-rapu. Masya'Allah!

Jika sudah yakin dan pasti memang tak boleh menang, nak buat apa pergi lawan? Buat apa menghabiskan wang rakyat dan masa rakyat untuk keluar mengundi? Beri sajalah kerusi Permatang Pauh itu dengan kemenangan percuma kepada DS Anwar Ibrahim (PKR). Oleh itu bijak-bijaklah berfikir dengan tahap pemikiran "first class" (Gred A) dan bukan macam tahap pemikiran buruh kontrak.

Sebab itu jiwa perjuangan saya dah lama menolak kepimpinan DS Najib kerana nampak kepincangan yang ada pada DS Najib dan tak mampu nak terima serta mengiktiraf beliau sebagai bakal PM. Nescaya Umno/BN dan negara takkan maju selagi berpaksikan kepada pemimpin yang berpemikiran sebegini.

Maka itu dalam pemilihan Umno Disember nanti, bijak-bijaklah memilih dengan meletakkan muka-muka baru yang lebih berpotensi jika mahu Umno/BN pulih kembali sepenuhnya. DS Najib sudah tidak relevan lagi dan sudah pudar kredibilitinya bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pemuda Pelapis
Hukum alam itu sememangnya telah termaktub sejak azali lagi. Tiada daya upaya manusia yang disebut sebagai hamba Allah yang mampu merubahnya. Kita hanya sekadar mampu merancang tetapi hak menentukannya adalah Dia pencipta makhluk dan sekalian alam. Apa jua berlaku sebelum, sedang dan sesudah itu hanya Dia sahaja yang maha mengetahuinya.

Juga telah dijanjikan olehNya setiap kebaikan itu pasti akan menerima ganjaran kebaikan daripadaNya dan setiap kejahatan itu pasti akan menerima ganjaran di atas kejahatan yang diperlakukan oleh si pelaku itu. Hanya masa dan ketika sahaja yang bakal menentukannya. Oleh itu, ingatlah wahai para pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba, hari penentu tidak akan mampu anda mengelaknya. Kami lalui keperitan, anda lalui balasanNya.

Jika kuasa yang anda gilakan, pasti dibalas binasa yang cukup menggila. Sementelah sikap anda tamak haloba, nescaya tuba balasanNya nanti. Hari ini anda gah berkuasa memerintah dan melakukan apa sahaja seolah-olah negara ini hakmilik anda seorang, hari esok belum tentu anda terlepas dengan selesa. Pejuang-pejuang hak dan kebenaran tidak pernah kenal erti putus-asa sebaliknya akan tetap terus berusaha. Seluruh keturunan nenek-moyang dan cucu-cicit kami bangkit menyumpah para pemimpin bangsat pemusnah agama, bangsa dan negara sehingga kucar-kacir sebegini rupa.

Nasihat teguran tidak diendah, isyarat diberi tidak dipeduli. Lontaran laungan rakyat marah berkumandang disindir sinis kononnya pengkhianat. Apakah jenis keturunan dan bangsa para pemimpin hari ini? Adab dan adat Melayu dimusnahkan dengan sikap angkuh dan sombong diri. Islam agama suci dipertopengkan, tertunggang-tunggek konon memohon restu Ilahi sedangkan di hati sanubari teramat hitam dan tidak terhidu betapa menusuk bau pekongnya.

Diberi laluan untuk merasa, mendapat kuasa tergila-gila. Janji sepenggal tidak cukup-cukup, habis harta negara kamu penggal-penggalkan. Tidak juga bijak, tidak juga beridea, negara dipajak untuk jadi kaya. Cukuplah Abdullah... letak sahaja jawatan kerana terang dan nyata rakyat seluruhnya tidak ada rasa hormat lagi kepada mu akibat perbuatanmu sendiri.

Menyokongmu bermakna menyokong membawa rebah dan kehancuran. Apakah sukar Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk difahami dengan baik? Apakah lagi angan-angan atau agenda yang sedang kamu congak? Cukup-cukuplah... undur-undur sajalah... rehat-rehatlah... tidur-tidurlah... ingatlah panggilan kubur semakin hampir buatmu wahai Abdullah. Harta yang kamu kumpul tidak akan mampu menyelamatkanmu di alam kubur. Bertaubatlah!

Kepadamu wahai Najib, sebagai Islam maka kamu wajib bertanggungjawab memperbaiki segala kemusnahan dan kehancuran yang telah dipacu oleh si Abdullah. Apakah kamu bakal pewaris kemusnahan berterusan kepada agama, bangsa dan negara? Apakah janjimu untuk memulihkan ekonomi dan iklim politik tanahair yang tercinta ini? Apakah keyakinanmu? Apakah modul yang kamu ada? Apakah kamu merasa kamu cukup bijak dan pintar?

Apakah kamu memiliki idea-idea yang cukup bernas? Apakah kamu merasa dirimu seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuanganmu? Apakah kamu seorang manusia yang benar-benar bertanggungjawab? Apakah kamu seorang pemimpin yang bersih dari riba dan apa-apa skandal? Segala jawapan ada pada kamu dan janganlah kamu berbohong kepada rohmu. Kami rakyat berhak mempersoalkan kredibilitimu kerana kami tiada lagi menaruh keyakinan terhadapmu yang selama ini telah jelas bersikap "Pak Angguk" kepada Abdullah pengkhianat. Maka istilahnya kamu telah setia bersubahat selama bernaung di bawah ketiak Abdullah.

Andaikata kamu-kamu membaca atau terbaca coretan ini, jawablah segala pertanyaan itu di dada akhbar. Jika sudi menjawab di ruangan ini, besar telapak tangan, nyiru ditadahkan. Kami mahukan satu kepastian agar kamu mampu mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat secara menyeluruh dan bukan hanya untuk sekelompok tertentu sahaja. Kegagalanmu membuktikan kewibawaanmu setelah kamu sendiri yang memusnahkannya, nescaya eloklah angkat tangan kanan, lambai saja kami dan ucapkanlah "Selamat Tinggal" dunia politik dan pencenlah terus lebih baik.

Pemuda Pelapis: Bermunajat sesunguh-sungguhnya memohon kepada yang Maha Esa agar DS Abdullah segera membuat pengumuman tergempar meletakkan jawatan dan DS Najib sedia akur untuk memberi laluan kepada orang lain sahaja kerana beliau dilihat tidak lagi layak memimpin, di samping beliau dikongkong dan terkongkong oleh isterinya.