Kenapa di ketika kehangatan pemilihan Umno pada Disember 2008 semakin hampir, tiba-tiba Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir mengatakan beliau tiada peluang? Apa sudah jadi di semua cawangan-cawangan Umno seluruh negara yang sudah bersidang? Kenapa politik wang atau rasuah makin berleluasa? Baca selanjutnya...
Apakah akan ramai lagi calon-calon berpotensi lain yang bakal diketepikan daripada pencalonan untuk pemilihan pada Disember akan datang? Kenapa gejala tidak sihat ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya? Siapa jurumudi politik wang dalam Umno ini? Kenapa tidak ditangkap dan terus dihukum saja? Di mana BPR yang telah disuruhanjayakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi dan disokong oleh DS Najib Tun Razak? Bila lagi nak bertindak?
Badan disiplin Umno tidak mahu disuruhanjayakan jugak ke? Boleh dipercayai ke jurumudi yang telah mensuruhanjayakan BPR itu? Bagaimana dengan Ketua Pengarah BPR sendiri? Kalau Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen pun sudah ditangkap dan didakwa, apakah mustahil orang nombor satu dan nombor dua BPR benar-benar bersih? Jika bersih kenapa hal sedemikian tidak mampu diatasi? Apakah politik korup akan terus berleluasa di dalam Umno sehingga kekorupan ini dibawa-bawa kepada pentadbiran negara?
Jika Presiden dan Timbalan Presiden siang-siang lagi sudah menstrukturkan calon-calon yang layak dan tidak layak maka tak payahlah diteruskan proses pemilihan yang hanya sia-sia dan menghabiskan wang ringgit. Buang masa ahli-ahli di akar umbi dan juga buang masa rakyat yang mengharapkan perubahan atau reformasi di dalam Umno. Teruskanlah politik korup sehingga negara ini hancur musnah, barulah masing-masing berpuashati.
Saya merasa amat dukacita dengan keadaan yang berlaku ini. Mengapa masih juga ada otak-otak korup di peringkat akar umbi Umno yang masih bersubahat dengan politik wang. Tidakkah terfikir oleh mereka akan risiko masa hadapan? Adakah suapan beberapa ratus ringgit atau ribuan ringgit itu mampu menampung kehidupan penerima habuan untuk saki-baki hidup mereka dan keluarga mereka? Tidakkah bengap dan biol namanya tu?
Namun pusing cerita tang mana pun, saya tetap menyalahkan DS Abdullah, DS Najib dan menantu DS Abdullah sebagai manusia yang paling bertanggungjawab terhadap politik wang ini. Inilah tiga durjana utama yang wajib disiasat terlebih dahulu sebelum orang-orang lain disiasat. Kehadiran merekalah menyebabkan politik dan pentadbiran negara menjadi huru-hara dan kucar-kacir. Rujuk pendedahan ini dan mohon Presiden dan Timbalan Presiden Umno membuat ulasan terperinci. Janganlah terus-terusan menafikannya.
Kepada Dato' Mukhriz, saya berpesan, banyak-banyaklah bersabar dan bawa bertenang kerana segala kebaikan akan pasti terpancar jua kebenarannya dalam sedikit masa. Tidak perlu khuatir atau bimbang tetapi teruskanlah semangat saudara untuk berjuang menegakkan HAK dan KEBENARAN. Jangan mudah berputus-asa kerana ia hanya akan melemahkan semangat perjuangan kita yang telah dipupuk sekian lama. Allah swt senantiasa bersama orang-orang yang sabar dan bertawakkal di jalan Allah.
SALAM PERJUANGAN BUATMU DATO' MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR.

Salam tuan ampunya Blog...
Saya terpanggil untuk menaip di ruangan ini kerana apa yang berlaku kepada Mukhriz ini adalah kegagalan Ayahndanya Tun Mahathir dalam mengemudi UMNO Baru.
Semasa UMNO baru ditubuhkan atau semasa pemilihan tahun tersebut. Gejala Politik Wang dalam UMNO sukar dibendung.
Ujud golongan Politik kapitalis yang mempergunakan wang untuk kemenangan pribadi dan perkara ini berlaku bukan hanya pada peringkat Majlis Tertinggi tetapi pada peringkat Cawangan lagi.
Satu cara yang dibuat oleh Tun iaitu perlu adanya pencalonan dari Bahagian untuk jawatan Tertiggi UMNO menikam Mukhiz sendiri. Walaupun pada asalnya ia bertujuan untuk mengurangkan risiko Politik Wang dengan meletakan Bahagian sebagai faktor utama bukannya wakil G-7 persidangan.
Saya berpendapat, sebab Tun Meletak jawatan dahulu pun kerana beliau tahu beliau sudah tidak mampu untuk mengemudi UMNO berharap pegantinya boleh memperbaikinya. Masalah beliau ialah tidak ade penganti berkaliber yang boleh membimbin UMNO dan yang terbaik hanyalah Pak Lah.
Sebab itulah Tun ada berkata beliau gagal untuk menukar Pemikiran Orang Melayu kerana beliau gagal dalam menukar Pemikiran orang UMNO dengan politik wangnya.
Wassalam.....