Hukum alam itu sememangnya telah termaktub sejak azali lagi. Tiada daya upaya manusia yang disebut sebagai hamba Allah yang mampu merubahnya. Kita hanya sekadar mampu merancang tetapi hak menentukannya adalah Dia pencipta makhluk dan sekalian alam. Apa jua berlaku sebelum, sedang dan sesudah itu hanya Dia sahaja yang maha mengetahuinya.
Juga telah dijanjikan olehNya setiap kebaikan itu pasti akan menerima ganjaran kebaikan daripadaNya dan setiap kejahatan itu pasti akan menerima ganjaran di atas kejahatan yang diperlakukan oleh si pelaku itu. Hanya masa dan ketika sahaja yang bakal menentukannya. Oleh itu, ingatlah wahai para pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba, hari penentu tidak akan mampu anda mengelaknya. Kami lalui keperitan, anda lalui balasanNya.
Jika kuasa yang anda gilakan, pasti dibalas binasa yang cukup menggila. Sementelah sikap anda tamak haloba, nescaya tuba balasanNya nanti. Hari ini anda gah berkuasa memerintah dan melakukan apa sahaja seolah-olah negara ini hakmilik anda seorang, hari esok belum tentu anda terlepas dengan selesa. Pejuang-pejuang hak dan kebenaran tidak pernah kenal erti putus-asa sebaliknya akan tetap terus berusaha. Seluruh keturunan nenek-moyang dan cucu-cicit kami bangkit menyumpah para pemimpin bangsat pemusnah agama, bangsa dan negara sehingga kucar-kacir sebegini rupa.
Nasihat teguran tidak diendah, isyarat diberi tidak dipeduli. Lontaran laungan rakyat marah berkumandang disindir sinis kononnya pengkhianat. Apakah jenis keturunan dan bangsa para pemimpin hari ini? Adab dan adat Melayu dimusnahkan dengan sikap angkuh dan sombong diri. Islam agama suci dipertopengkan, tertunggang-tunggek konon memohon restu Ilahi sedangkan di hati sanubari teramat hitam dan tidak terhidu betapa menusuk bau pekongnya.
Diberi laluan untuk merasa, mendapat kuasa tergila-gila. Janji sepenggal tidak cukup-cukup, habis harta negara kamu penggal-penggalkan. Tidak juga bijak, tidak juga beridea, negara dipajak untuk jadi kaya. Cukuplah Abdullah... letak sahaja jawatan kerana terang dan nyata rakyat seluruhnya tidak ada rasa hormat lagi kepada mu akibat perbuatanmu sendiri.
Menyokongmu bermakna menyokong membawa rebah dan kehancuran. Apakah sukar Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk difahami dengan baik? Apakah lagi angan-angan atau agenda yang sedang kamu congak? Cukup-cukuplah... undur-undur sajalah... rehat-rehatlah... tidur-tidurlah... ingatlah panggilan kubur semakin hampir buatmu wahai Abdullah. Harta yang kamu kumpul tidak akan mampu menyelamatkanmu di alam kubur. Bertaubatlah!
Kepadamu wahai Najib, sebagai Islam maka kamu wajib bertanggungjawab memperbaiki segala kemusnahan dan kehancuran yang telah dipacu oleh si Abdullah. Apakah kamu bakal pewaris kemusnahan berterusan kepada agama, bangsa dan negara? Apakah janjimu untuk memulihkan ekonomi dan iklim politik tanahair yang tercinta ini? Apakah keyakinanmu? Apakah modul yang kamu ada? Apakah kamu merasa kamu cukup bijak dan pintar?
Apakah kamu memiliki idea-idea yang cukup bernas? Apakah kamu merasa dirimu seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuanganmu? Apakah kamu seorang manusia yang benar-benar bertanggungjawab? Apakah kamu seorang pemimpin yang bersih dari riba dan apa-apa skandal? Segala jawapan ada pada kamu dan janganlah kamu berbohong kepada rohmu. Kami rakyat berhak mempersoalkan kredibilitimu kerana kami tiada lagi menaruh keyakinan terhadapmu yang selama ini telah jelas bersikap "Pak Angguk" kepada Abdullah pengkhianat. Maka istilahnya kamu telah setia bersubahat selama bernaung di bawah ketiak Abdullah.
Andaikata kamu-kamu membaca atau terbaca coretan ini, jawablah segala pertanyaan itu di dada akhbar. Jika sudi menjawab di ruangan ini, besar telapak tangan, nyiru ditadahkan. Kami mahukan satu kepastian agar kamu mampu mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat secara menyeluruh dan bukan hanya untuk sekelompok tertentu sahaja. Kegagalanmu membuktikan kewibawaanmu setelah kamu sendiri yang memusnahkannya, nescaya eloklah angkat tangan kanan, lambai saja kami dan ucapkanlah "Selamat Tinggal" dunia politik dan pencenlah terus lebih baik.
Pemuda Pelapis: Bermunajat sesunguh-sungguhnya memohon kepada yang Maha Esa agar DS Abdullah segera membuat pengumuman tergempar meletakkan jawatan dan DS Najib sedia akur untuk memberi laluan kepada orang lain sahaja kerana beliau dilihat tidak lagi layak memimpin, di samping beliau dikongkong dan terkongkong oleh isterinya.

Yes you are right. Mereka dua2 trouble maker dlm politik negara dahlah tu tak reti nak selesaikan problem.
Memang benar petaka kucar kacir hari ini disebabkan mereka berdua yang dangkal ilmu kepimpinan. Di zaman Tun Dr M dulu selama 20 tahun kita semua tak risau nak tinjau2 soal politik kerana keamanan dan kemakmuran yang diterajui oleh Tun Dr M. Otak kita tenang tak sakit memikirkan keperitan hidup yg terpaksa dilalui. Skrg poket sakit hati pun sakit.
tajuk anda memang tepat dengan apa yg berlaku
Saudara Guy dan Farouk,
Kita rakyat tidak lagi buta ilmu atau dangkal dalam segala hal termasuklah politik dan ekonomi. Semakin hari semua orang semakin cerdik menilai dan memperbandingkan situasi dahulu ketika di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir dengan pemerintahan sekarang yang lebih mementingkan poket sendiri masing-masing, sudahlah tidak berdaya maju malahan bodoh dan dungu pulak tu.
Saudara Anonymous,
Mohon nama ditaip pada awal atau akhir komen. Apa pun terima kasih atas sokongan anda.