Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Kehangatan pilihanraya kecil Permatang Pauh heboh dibincangkan di mana-mana sahaja. Siapakah calon BN yang layak menentang "de facto leader" Dato' Seri Anwar Ibrahim di kubu kuatnya itu? Pelbagai desas-desus dan spekulasi orangramai dan ahli-ahli Umno/BN menyenaraikan beberapa nama calon untuk menyahut cabaran di Permatang Pauh.

Semalam (4 Ogos 2008), Mufti Perlis, S.S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan untuk menjadi calon bagi menentang calon PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim namun beliau menolak tawaran tersebut secara baik kerana berpandangan beliau lebih selesa dengan bidang keagamaan yang diceburinya selama ini. Tambah Dr Mohd Asri lagi, walaupun beliau juga anak jati Permatang Pauh tetapi beliau tidak berminat untuk menerima tawaran itu kerana bidang politik bukanlah medan untuk beliau. Laporan Utusan...

Selain daripada mencadangkan Mufti Perlis sebagai calon, ada beberapa calon veteran dan calon muda untuk diketengahkan menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah bekas Imam Muda Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno, Dato' Pirdaus Ismail yang pernah tewas 2 kali kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicalonkan sekali lagi? Sekiranya tidak, siapakah calon baru yang akan ditonjolkan? Apakah calon dari luar atau anak jati Permatang Pauh?

Ulasan Pemuda Pelapis

Mengikut pandangan peribadi saya, eloklah jika Umno/BN mencalonkan pelapis muda bagi menentang ketua umum PKR itu. Inilah masanya mahu menguji kekuatan barisan muda sepertimana yang dimahukan oleh majoriti ahli-ahli Umno di akar umbi dan rakyat penyokong Umno/BN. Cuma harapan saya, janganlah meletakkan "bekas pengkhianat Umno/BN" yang baru kembali ke dalam parti yang beria-ia menawarkan diri sendiri tanpa ada maruah dan tiada harga diri itu.

Alasan saya mudah, "budak bekas pengkhianat Umno/BN" itu tidak lain hanya mahu mencari populariti semata-mata dan bukan bersungguh-sungguh mahu berjuang atas dasar kebertanggungjawaban terhadap parti dan negara. Ertikata lainnya, beliau mempunyai agenda tersendiri yang tersirat. Daripada meletakkan "budak bekas pengkhianat parti" itu lebih baik dicadangkan Khairy Jamaluddin sahaja agar bertanding di Permatang Pauh dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana barulah sesuai dengan cabarannya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dahulu yang bersedia mahu berdebat.

Andaikata menantu PM itu tidak berani melawan ketua umum PKR itu serta tiada calon muda yang dirasakan layak, apa kata BN meletakkan saja pak menteri pintu belakang (senator) mana-mana yang lantang bersuara agar menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim di pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh. Walaupun kita tahu pasti tewas tetapi sekurang-kurangnya melalui jurang majoriti undi, samada mampu dikurangkan atau pun tidak, di situ jugalah sebagai kayu pengukur kepada pak menteri berkenaan. Antara pak menteri yang saya maksudkan ialah Dato' Zaid Ibrahim atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Di samping itu juga apa kata di ketika ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah keluar daripada Umno mencalonkan diri untuk menyahut cabaran di Permatang Pauh atas tiket calon Bebas. Ini juga cadangan daripada seorang pengulas blog Pemuda Pelapis yang mahu melihat pertandingan tiga penjuru yang sihat di antara calon PKR, calon BN dan calon Bebas.

Saya tidak menolak kemungkinan, pasti ianya barulah bertemu "buku dengan ruas" yang mana bakal menjadi satu pertandingan yang cukup sengit di antara ketiga-tiganya. Kemungkinan dengan pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai calon Bebas bakal menggugat kepengaruhan Dato' Seri Anwar di kubu kuatnya. Juga tidak mustahil dengan kehadiran mantan Perdana Menteri kita itu, akan mampu menewaskan "de facto leader" itu dan sekaligus melenyapkan harapan beliau yang bercita-cita besar mahu menguasai kerajaan persekutuan.

Saya turut percaya sudah tentulah pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan lebih bijak menilai dengan lebih baik sekiranya keadaan ini terjadi. Dalam situasi sebegini tidak mustahil apa-apa pun boleh terjadi cuma kita khuatir tentang usia Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja. Apakah beliau masih bertenaga dan mahu menyahut cabaran ini? Itulah persoalannya, tapi kata orang kalau tak cuba mana nak tahu.

Lagi pun pada pandangan saya, jika sekali pun Tun Dr Mahathir tewas kepada Dato' Seri Anwar di Permatang Pauh, Tun tidak akan rugi apa-apa pun. Sebaliknya jika kata Tun menang nanti maka barulah satu isyarat baru kepada pucuk pimpinan negara hari ini yang ada, betapa rakyat masih memerlukan khidmat dan buah fikiran Tun meski pun di kubu kuat PKR sendiri. Oleh itu sama-samalah kita renungkan, fikirkan dan pertimbangkannya. Semoga pengundi di Permatang Pauh dapat menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum memangkah undi andaikata Tun bersedia menyahut cabaran ini.

9 Responses
  1. OrgTua Says:

    Salam PP,

    Setuju one thousand percent (1000%) Tun Dr M bertanding pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Hidup Tun!


  2. Bagus jugak Tun M Bertanding...

    Pecah undi kepada 3 bahagian...

    Tapi mungkin UNDI BN yang pecah..

    atau mungkin UNDI Anwar yang pecah...


  3. Setuju jika Tun bertanding. Baru buku bertemu ruas.


  4. add Says:

    Assalamualaikum Pemuda Pelapis....
    Terima kasih diatas keterbukaan saudara untuk mengenegahkan cadangan saya supaya TUN DR MAHATHIR bertanding sebagai calon bebas dan berada bersama-sama dengan Datuk Ahli Parlimen Pasir Mas. Pada pendapat saya Datuk Ibrahim Ali dan DR.M bukannya orang lain dan beliau adalah dari satu gugusan/rumpun yang sama sebelum ini, saya rasa amat bertepatan sekali gandingan serta perancangan oleh DR.M dan Datuk Ibrahim Ali(DIA)sekiranya mereka berdua ini bersatu demi KETUANAN MELAYU DITANAH AIR KITA MALAYSIA...

    Satu perkara lagi saya ingin mencadangkan kepada saudara agar blog ini diketahui umum serta dapat dibaca dengan lebih ramai lagi terutama sekali dikalangan generasi muda.. sekarang ini saya sedang mencanang blog saudara supaya masyarakat membaca blog ini agar mereka yang buta permainan politik untuk kepentingan peribadi dan perkauman faham dengan permainan licik ini demi pertahankan maruah melayu... wassalam.


  5. Salam kembali Guy, AnakMalaysia, Harimau-Menaip dan Add...

    Benarlah kita semua memang setuju tapi adakah tuan empunya diri mahu dan bersedia dengan saranan kita semua? Seperti saya katakan dalam artikel itu, di satu sudut ada bagusnya manakala di satu sudut lain pula, kemungkinan Tun Dr Mahathir akan fikir apakah keuntungannya melayan kerenah Dato' Seri Anwar atau kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Abdullah?

    Cuma kita harap jikalau ianya mampu terjadi, alangkah baik sekali dalam keadaan semasa kerana saya tidak nampak adanya mana-mana calon BN yang lebih layak untuk menandingi ketua umum PKR itu selain daripada mantan PM kita. Saingan sengit hanya mampu diberikan oleh Tun Dr Mahathir sahaja. Barulah dinamakan bertemu buku dengan ruas.

    Jika saya berada dalam keadaan Tun Dr Mahathir, saya pasti menyahut cabaran ini kerana tidak rugi apa-apa pun jika kalah tapi kalau menang, sudah tentulah banyak keberuntungannya. Dapatlah sama-sama bersuara lebih sikit untuk duduk dengan Dato' Ibrahim Ali yang satu-satunya wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

    Kepada saudara Add, saya nak ucapkan terima kasih kepada anda yang telah sudi memberi sokongan kepada saya.


  6. Anonymous Says:

    Salam Pemuda Pelapis,

    Di sini mungkin ada pro dan kontra yang perlu difikirkan oleh Tun Dr Mahathir jika rakyat mahukan beliau bertanding mencabar DSAI dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Pada usia selanjut 83 tahun mungkin mantan PM itu harus mengambilkira banyak perkara lagi pun kerusi Permatang Pauh adalah kubu kuat DSAI. Sehingga hari ini pun kita tidak mendengar apa2 komen atau ulasan yang dituliskan di blog beliau. Saya rasa Tun tidak berminat untuk aktif kembali tetapi sekadar mahu membimbing dan menasihati barisan kepimpinan yang ada sahaja. Tapi tak tahulah juga kemungkinan di saat2 akhir pencalonan nanti apa2 boleh jadi mcm mana saudara katakan itu. Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.


  7. Admin Says:

    Salam Tuan - WWW.PILIHANANDA08.BLOGSPOT.COM
    telah DICEROBOH..saya kini dalam mengemaskinikan tapak baru untuk blog saya...

    www.pilihan-anda.blogspot.com

    HARAP MAKLUM


  8. Salam kembali saudara Ismail,

    Ada benar seperti apa yang anda katakan itu. Apa-apa pun kita tengoklah dulu perkembangannya nanti.

    Salam kembali saudara Desperado,

    Dah tukar nama Desressurection pulak dah? Oklah terima kasih atas info saudara. Tapi sepertimana saya maklumkan sebelum ini pada topik pemberitahuan, rasanya bukan pencerobohan tetapi masalah sementara mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh www.blogger.com tempohari.

    Harap-harap dapatlah diteruskan penulisan saudara di blog sedia-ada. Baru-baru ni Harimau-Menaip dan ramai wartawan juga hadapi masalah serupa namun semuanya telah dapat diatasi. Sabar-sabarlah dahulu. Tengok macam mana nanti.


  9. kulatlapok Says:

    salam Bro..

    Datuk Ariff Shah perlu ditawarkan jawatan NAIB PRESDIDEN KEHORMAT UMNO kerana kesanggupannya menjadi calon... dan dahpun diiktiraf antara calon YANG PALING LAYAK DAN TERBAIK dikalangan pemimpin2 UMNO yang lain wahemah dari pemimpin kanan UMNO yang lain...