Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dinanti-nantikan seluruh rakyat negara setelah Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semalam bagi memberi laluan kepada suaminya, DS Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR).

Dalam masa yang sama juga pelbagai andaian terhadap DS Anwar samada beliau dapat meneruskan niatnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh itu atau pun ditahan pihak berkuasa akibat tuduhan kes liwat ke atas beliau kerana kertas siasatan kes tersebut telah siap dan sudah pun diserahkan kepada Peguam Negara untuk dakwaan dibuat.

Jika semalam PM kata kita di Barisan Nasional tidak akan memberi kemenangan mudah kepada DS Anwar Ibrahim (PKR) dalam pertandingan pilihanraya kecil Permatang Pauh, hari ini DS Abdullah Ahmad Badawi mengulas kaitannya dengan isu kes liwat yang sedang berjalan.

Petikan ulasan PM dalam Buletin Utama 1 Ogos 2008, Bhg 1, minit 5:53 dan minit 7:44

Kata beliau, dalam isu ini ianya merupakan dua perkara berbeza yang tidak boleh dicampur-adukkan. Dua-dua ada proses masing-masing yang Anwar telah pun dilibatkan. Itu memang sudah pun berjalan pada waktu ini dan takkan tiba-tiba nak kena berhenti dalam proses ini.

Itu pihak polis dalam hal ini yang akan menentukan dan tidak pernah berlaku sesuatu proses undang-undang yang berkaitan dengan sesuatu aduan yang dibawa kepadanya itu diberhentikan hanya kerana seseorang itu hendak bertanding atau sekiranya seseorang itu hendak pegang apa-apa jawatan dan sebagainya. Ianya tak akan jadi begitu.

Tambah DS Abdullah lagi,

Kita kena ingat juga yang komplen, yang mengharapkan untuk mendapatkan keadilan ialah Saiful. Dia yang buat aduan ni, dia yang marah dan dia yang minta pembelaan. Jangan kita lupa dia tu, kita tak boleh lupa, kita kena jalankan dan laksanakan kewajipan kita.

Juga turut diulas tentang tindakan DS Dr Wan Azizah yang sanggup membelakangkan pengundi di Permatang Pauh demi mengutamakan kelangsungan politik suaminya. Kata DS Abdullah,

Sudah ada dah cakap-cakap yang kita dengar atau berita-berita yang sampai kepada kita, rakyat memilih Wan Azizah dan mengharapkan Wan Azizah terus berkhidmat kepada pengundi dan rakyat di Permatang Pauh. Bukan meninggalkan begitu sahaja meletakkan jawatan, tak mahu lagi jadi wakil rakyat dan serah kepada orang lain. Belum tahu orang Permatang Pauh itu suka dekat Anwar atau pun tidak. Atau pun mungkin lebih suka kepada Wan Azizah daripada Anwar.

Sementara TPM, DS Najib Razak mengakui BN agak sukar untuk menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh apabila DS Anwar menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut. Katanya lagi, "kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya".


DS Najib Razak juga menganggap tindakan DS Anwar mengumumkan langkahnya untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh adalah satu tindakan yang tergesa-gesa seolah-olah mahu mengelak terhadap kes tuduhan liwat ke atasnya dan dalam masa yang sama DS Anwar dikatakan membawa masalah tersebut kepada pengundi di Permatang Pauh dengan mempertaruhkan masalah peribadinya kepada rakyat. Baca laporan lanjut Malaysiakini.

Ulasan Pemuda Pelapis

Memang benar apa yang Pak Lah kata ianya dua perkara yang berbeza tetapi kenapa harus dibiarkan perkara siasatan tuduhan kes liwat ke atas DS Anwar itu mengambil masa yang panjang tanpa mengeluarkan satu perintah arahan agar beliau tidak dibenarkan membuat apa-apa keputusan bertanding selagi tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan baik?

Memang DS Anwar berhak bertanding setelah melepasi tempoh larangan selama 5 tahun tetapi atas sebab adanya kes tuduhan liwat ini sudah pasti ianya tetap tertakluk kepada undang-undang bagi melicinkan proses siasatan dan pendakwaan.


Berlandaskan peruntukan undang-undang ianya boleh dilakukan dengan mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu. Jadi apabila DS Anwar telah pun mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh setelah DS Dr Wan Azizah pula telah meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen di situ, ianya hanya akan mengundang kekecohan sekiranya apa-apa tindakan undang-undang dikenakan ke atas beliau di dalam tempoh ini.

Kenapa perkara ini tidak mampu difikirkan? Buatlah kerja dengan lebih sistematik. Kenapa suka sangat melakukan kerja tunggang-langgang sehingga bercelaru? Jika tindakan pendakwaan dan penahanan berlaku sekarang maka sudah pastilah huru-hara akan berlaku. Sukakah pihak kerajaan selalu ditohmah dan dituduh sering menggunakan kekerasan dan paksaan oleh pihak pembangkang?

Mengenai ulasan mengatakan DS Anwar kononnya tergesa-gesa mengelak tuduhan kes liwat dengan mengheret masalah peribadinya ke kancah politik dengan membawanya kepada pengundi di Permatang Pauh adalah satu persepsi PM dan TPM sahaja.

Jika benar pun, takkan kerajaan BN tak boleh hidu muslihat atau "auta" DS Anwar? Sepatutnya PM dengan TPM kena 10 kali lebih cekap dan lebih pintar daripada beliau barulah nampak sikit kewibawaan pucuk pimpinan. Apakah dengan persepsi tersebut mampu menyelesaikan masalah?


Seperkara yang saya kurang senang mendengar apabila DS Najib siang-siang lagi sudah mengaku kalah sebelum bertarung. Apa ni? Inikah kredibiliti dan semangat juang yang ada pada diri seorang yang memegang jawatan TPM?

Di mana letaknya kekuatan dan keyakinan diri? Apakah selama-lamanya kerusi Permatang Pauh bakal menjadi milik pembangkang? Asal-usulnya kerusi itu milik siapa? Bukankah ianya milik BN semasa DS Anwar dalam BN.


Serupalah macam 5 negeri + 1 wilayah yang BN tewas dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pernah ke Pakatan Rakyat terfikir mereka boleh menang sampai macam itu? Janganlah berpemikiran cetek dan lemah keyakinan diri. Inikah TPM kita yang bakal nak naik takhta PM? Betul-betul memalukan. Bercakap tak mahu guna akal tapi main hentam merapu-rapu. Masya'Allah!

Jika sudah yakin dan pasti memang tak boleh menang, nak buat apa pergi lawan? Buat apa menghabiskan wang rakyat dan masa rakyat untuk keluar mengundi? Beri sajalah kerusi Permatang Pauh itu dengan kemenangan percuma kepada DS Anwar Ibrahim (PKR). Oleh itu bijak-bijaklah berfikir dengan tahap pemikiran "first class" (Gred A) dan bukan macam tahap pemikiran buruh kontrak.

Sebab itu jiwa perjuangan saya dah lama menolak kepimpinan DS Najib kerana nampak kepincangan yang ada pada DS Najib dan tak mampu nak terima serta mengiktiraf beliau sebagai bakal PM. Nescaya Umno/BN dan negara takkan maju selagi berpaksikan kepada pemimpin yang berpemikiran sebegini.

Maka itu dalam pemilihan Umno Disember nanti, bijak-bijaklah memilih dengan meletakkan muka-muka baru yang lebih berpotensi jika mahu Umno/BN pulih kembali sepenuhnya. DS Najib sudah tidak relevan lagi dan sudah pudar kredibilitinya bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam,

    Setuju! Pak Lah dgn Najib memang kaki merapu buat kerja upside down. Self confidence memang takde sebab tu Pak Lah flip flop. Najib pun sama pak turut. Dua2 pun dah tak relevan. Syabas atas pemerhatian yang baik.


  2. OrgTua Says:

    Dolah dgn Najib ni bab org dia boleh buat andaian tp bila org buat andaian pada dia tahu dia marah. Yg penting Wan Azizah dgn Anwar buat ikut peraturan sudahlah. Apa pilihan rakyat Permatang Pauh pun tunggu sajalah harinya nanti. Dia saja boleh buat spekulasi tp rakyat buat semua tak boleh. Tu lah pasal dua2 sombong bodoh sekali dgn bingung sebab tu mcm ni gaya politik huru hara. Org kampung lagi geliga.


  3. Salam kembali saudara Ismail dan saudara Guy,

    Jawapan saya mudah dan pendek sahaja. TAHU TAK APA! Faham-fahamlah apa tindakan yang sewajarnya yang harus diambil oleh semua pihak ke arah menyingkirkan pemimpin sedemikian yang tiada memberi apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara kecuali menghabiskan harta negara sahaja.