Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Bahang kehangatan pemilihan peringkat cawangan, bahagian dan pusat di dalam Umno sedang dirasai khususnya kepada pencinta perjuangan Umno. Pencinta perjuangan ini terbahagi kepada banyak golongan dan kumpulan (sendiri-sendiri faham).

Namun bagi pencinta dan pejuang-pejuang tulen dan sejati, kami semua di dalam keadaan rimas, resah dan gelisah kerana cuak dengan pucuk pimpinan yang ternyata telah menyongsangkan akidah perjuangan sebenarnya yang telah terkeluar daripada landasan asal. Ada di antara mereka jelas dan ketara kepalsuannya tetapi muka selamba tak tahu malu. Tidak kurang juga yang nampak semacam asli tapi hakikatnya tiruan.

Persoalannya di sini, dengan siapa ahli-ahli di akar umbi mahu berpaut dan mengharapkan perjuangan tulus dan telus jika fahaman politik sesat melata di peringkat tertinggi? Sejak berzaman lagi kita terlalu serin
g mendengar dan melihat sendiri permainan rasuah, suap-menyuap duit, kebendaan dan sebagainya yang diistilahkan sebagai politik wang. Jika pemilihan dalaman pun sudah sebegini rupa apakah salah dengan dakwaan pihak pembangkang bahawa Umno/BN memang merasuahkan pengundi dalam pilihanraya umum?

Sampai bila mesti dibiarkan? Apakah langkah-langkah yang ada pada hari ini telah difikirkan cukup berkesan? Jika berkesan kenapa masih terus berlaku? Contohnya yang terkini, kita dengar apa yang telah berlaku di Pengerang, Johor. Sebenarnya banyak lagi di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian lain turut terjadi keadaan yang serupa. Pendekata, ia sudah dijadikan sebagai satu amalan wajib setiap kali pemilihan diadakan demi mahu merebut kuasa, pangkat dan jawatan.

Lebih haru-biru lagi adanya pula permainan "black magic" atau bahasa Melayu-nya, "main bomoh" untuk memastikan kemenangan. Ada yang sanggup berhabis wang membayar khidmat bomoh sakai, bomoh siam dan sebagainya tanpa takut kepada dosa syirik. Na'uzubillah! Wa'imah jika perlu sampai ke tahap bunuh-membunuh secara halus pun masih ada yang sanggup dan tergamak melakukannya.

Tempohari Presiden dan Timbalan Presiden Umno mengemukakan satu tata-etika baru dalam
proses pemilihan parti. Kononnya semua ahli parti tidak dibenarkan berkempen sehingga menghadiri kenduri-kendara turut dilarang dan diwajibkan patuh dengan arahan itu. Sekiranya ada sesiapa melanggar apa yang telah digariskan maka tindakan disiplin atau dipecat keahlian mungkin dikenakan.

Apabila dikatakan semua ahli bermakna sudah pasti termasuklah juga Presiden dan Timbalan Presiden kerana ia tidak menyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden dikecualikan daripada peraturan itu. Bagaimana pula ahli-ahli yang dicalonkan bertanding merebut jawatan tidak dibenarkan berkempen sedangkan bos nombor satu dan nombor dua boleh berkempen secara bebas dan terbuka? Apakah ianya adil kepada ahli-ahli?

Di sini dilampirkan salinan surat yang ditulis oleh Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, yang dipetik daripada MalaysiaToday.Net setelah saya mendapat tahu daripada blog Dato' Ruhanie Ahmad (kuda-kepang). Apakah salinan surat ini juga dianggap satu fitnah baru oleh Raja Petra Kamarudin? Pada pandangan saya, mustahil jika semua tulisan beliau tidak ada satu pun yang betul.

KLIK IMEJ UNTUK BACA

KLIK IMEJ UNTUK BACA

Oleh itu dengan pendedahan ini, saya percaya seluruh rakyat terutamanya ahli-ahli Umno wajib mendapatkan penjelasan terbuka daripada Pak Lah dan Najib selaku Presiden dan Timbalan Presiden parti akibat salahlaku ini berbentuk rasuah politik yang berat hukumannya. Jika benar, kami rakyat dan pejuang Umno mohon kedua-duanya dihukum dan dipecat serta-merta tanpa kompromi.

5 Responses
  1. OrgTua Says:

    Salam dan selamat pagi saudara,

    Dari mana RPK dapat sumber ni? Kalau nak kata mengarut takkan berterusan dia nak cari masalah? Betullah saudara kata mustahil satu pun takkan takde yang benar. So skrg PM dgn TPM kena sedialah menjawab sebab semua orang mesti nakkan penjelasan. Nampaknya nak kena tubuh suruhanjaya penyiasat jugak ke ni? Ini macam BPR kena masuk campurlah tapi boleh ke percaya dgn BPR ni?


  2. Anonymous Says:

    Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Ya Allah engkau makbulkanlah harapan dan doa kami supaya dua2 pemimpin yg ada ini tidak lagi akan meneruskan kepimpinan mereka di negaraku yang tercinta ini.

    Amin.


  3. Anonymous Says:

    habis sape yg korang nak kalau 2 org ni dah tak perlu? de facto leader ds anwar la kot... tak pun jeanne bini dolah atau rosmah bini najib... kah! kah! kah! lagi hancur...


  4. Anonymous Says:

    Salam,

    Nak juga dengar PM dan TPM jawab isu ni dlm akhbar atau tv tp kenapa senyap? Tak berani ke nak jawab atau saje2 buat diam sebab nak mengelak kebenaran apa yg dah dibongkar? Hrp2 tiada alasan bodoh diberikan.


  5. Salam kembali,

    Terima kasih kepada tuan-tuan yang sudi memberi pandangan di sini.

    Saudara Guy...
    Benar, seseorang yang pernah buat salah takkan salah selama-lamanya. Dalam banyak propaganda yang ditulis mustahil tidak ada satu pun yang benar, maka fikir-fikirkanlah.

    Saudara Farouk...
    Itulah semangat juang yang kita mahukan demi menegakkan HAK dan KEBENARAN agar pemimpin pemusnah dan curang wajib dihapuskan dengan segera.

    Saudara/saudari Anonymous...
    Mohon akan datang harap dapat menaipkan nama samaran atau nama sebenar di awal atau di akhir komen anda. Dua pemimpin utama yang ada memang majoriti rakyat tidak lagi perlukan mereka tetapi bukan juga DS Anwar yang dimahukan. Ramai lagi pemimpin muda yang lain yang lebih berwibawa untuk menerajui negara.

    Saudara Ismail...
    Memang semua orang menunggu penjelasan panjang lebar daripada kedua-dua mereka tapi apakah mereka berani memperjelaskannya atau buat-buat seperti tiada apa-apa yang telah berlaku? Kesimpulannya, apakah PM dan TPM masih terus bersikap menafikan apa sahaja?