Sejak seminggu kebelakangan ini saya dapati ramai blog kawan-kawan dan wartawan-wartawan mengalami masalah kritikal sehingga tidak boleh diakses dan sebagainya. Mengikut apa yang saya faham, www.blogger.com dikatakan sedang melakukan sesuatu bagi mengemaskini sistem mereka. Sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam!
Ada yang panik dengan keadaan ini dan menyangka ianya satu pencerobohan atau serangan virus daripada penggunaan sitemeter. Sebenarnya tidak sepertimana yang difikirkan. Jika blog tuan-tuan dan puan-puan diceroboh pasti ada sesuatu perubahan yang dapat kita kesan sepertimana yang saya pernah alami dahulu di mana fail-fail serta gambar-gambar cuba dimusnahkan malahan ada fail-fail yang telah dihapuskan dari simpanan.
Apa pun dinasihatkan kepada semua blogawan-blogawan agar dapat bertenang dan bersabar. Keadaan akan pulih seperti sediakala dalam sedikit masa. Ada di antara yang mengalami masalah ini sudah pun dapat mengatasinya dengan lega setelah dibantu kawan-kawan yang lebih arif tentang ICT. Baguslah di atas kerjasama serta tolong-menolong di antara satu sama lain itu. Kekalkanlah sifat terpuji anda tersebut.

Terima kasih Tuan. Nampaknya ramai yang telah mengalami nasib seperti Tuan.
Sama-sama, bawa bertenang kerana dengan ketenangan itu segala-gala masalah akan mampu diselesaikan dengan baik.
Teruskan penulisan anda dan tidak perlu "delete" blog sedia-ada yang telah diisi dengan pelbagai idea, buah fikiran serta pandangan itu kerana ianya hanya akan merugikan sahaja. Fikir-fikirkanlah!