Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam hormat dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung setia blog Pemuda Pelapis. Sokongan anda selama ini sangat dihargai. Apa yang ingin saya perkatakan pada hari ini ialah berkenaan tarikh keramat 16 September 2008 yang kononnya pembentukan kerajaan baru Malaysia di bawah naungan pentadbiran Pakatan Rakyat sepertimana yang gah dilaungkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Persoalannya di sini, apakah pada tarikh hari ini impian beliau itu benar-benar bakal menjadi kenyataan sepertimana yang diharapkan atau hanya akan meninggalkan angan-angan kosong semata-mata? Jika benar maka terbuktilah apa yang heboh dipukul canang selama ini sejak selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu tetapi jika masih tidak menjadi kenyataan lagi, apakah pula alasan dan helah Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada seluruh rakyat Malaysia?

Kita semua tahu dan faham bahawa telah banyak kali Dato' Seri Anwar Ibrahim (kini ketua pembangkang di Parlimen) gagal membuktikannya khususnya kepada para penyokong taksub beliau sendiri. Oleh itu tarikh keramat itu sudah pun sampai di ambangnya pada hari ini. Setelah lama menunggu, saya percaya semua orang ingin tahu realitinya apa yang akan berlaku pada hari ini.

Apakah lagi temberang atau wayang yang akan dimainkan oleh pemimpin harapan Pakatan Rakyat itu jika apa yang pernah dikempenkan pada pilihanraya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini tidak menjadi kenyataan? Kalau benar-benar menjadi realiti maka bertambahlah kredit buat beliau tetapi bagaimana jika tidak berlaku? Kita tunggu dan lihat sahaja sehingga ke penghujung hari ini tepat jam 12:00 malam nanti.

2 Responses
  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    syaitan bulan puasa nie kena tambat. tapi kenapa terlepas kat seekor yahudi nie. PM-Pakar menipu. ramai juga percaya dan kena tipu. baik dok rumah sembahyang terawih daripda dengar benda menipu. PAS pun tak layan dah dengan Barua Anwar Bin Ibrahim -BABI.

    itu semua propaganda. jom ke website abe MIE macamana anwar boleh jadikan media sebagai propaganda.


  2. add Says:

    Ucapan tahniah kepada abe mie 'terjah'... saya menyokong penuh pendapat anda dan saya suka kepada akronim PM dan BABI tu...
    Kita tunggu je lah hari ni bak kata pemuda pelapis...tunggu hingga detik jam 11.59.59 minit malam nanti... Kalau tak berlaku juga musn@#kan je dari mukabumi ni BABI konco-konco nya...