Salam sejahtera buat seluruh pengunjung setia blog Pemuda Pelapis, rakan-rakan bloggers, para pemimpin semua parti politik dan seluruh umat Islam. Bersempena hari baik bulan yang mulia ini, kita semua akhirnya berada di penghujung Ramadhan pada hari ini dan menyambut pula ketibaan 1 Syawal 1429H pada esok hari bersamaan 1 Oktober 2008 bagi merayakan Aidil Fitri setahun sekali.
Di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin di atas segala kekasaran atau keterlanjuran kata di dalam topik-topik perbincangan politik sejak dari awal blog ini disiarkan sehinggalah menjelang Aidil Fitri nanti sambil mengucapkan "Salam Aidil Fitri" buat semua umat Islam di seluruh negara dan di mana jua anda berada. Diiringi doa semoga kalian semua menyambut Aidil Fitri dengan penuh ceria bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai.
Kepada anda yang pulang beraya di kampung halaman, saya doakan agar anda seisi keluarga selamat pergi dan balik ke destinasi. Berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya kerana kita semua sedia maklum di musim perayaan sebegini, terlalu banyak kemalangan yang tidak diduga pastinya berlaku jika kita cuai, leka atau mengabaikan aspek-aspek keselamatan. Sayangilah keluarga anda dan janganlah memandu mengikut rasa hati atau dengan penuh keseronokan tanpa menghiraukan orang lain. Sama-samalah kita saling bertolak-ansur di jalanraya di saat kita memandu ke destinasi.
Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan awam, ingat-mengingatilah kepada pemandu kenderaan awam agar mematuhi peraturan jalanraya serta tidak memandu di dalam keadaan yang mengantuk yang boleh membahayakan keselamatan seluruh penumpang yang berada bersama anda. Gunakanlah kewajipan anda sebagai pengguna atau penumpang demi keselamatan dan kesejahteraan semua. Tanggungjawab anda adalah tanggungjawab untuk semua mereka yang menaiki kenderaan awam bersama anda.
Sekali lagi saya akhiri kata dengan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" dan "Maaf Zahir Batin" buat seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada bagi merayakannya. Wassalam!

Selamat Hari Raya pada Pemuda Pelapis, semoga perjuangan berterusan ...
Maaf zahir dan batin.
Saudara Omong,
Terima kasih atas ucapan anda. Saya turut mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat anda seisi keluarga. Semoga berbahagilah hendaknya di hari lebaran ini. Insyallah perjuangan akan tetap diteruskan selagi darah mengalir di tubuh badan.