Masa berlalu terlalu pantas bagaikan tidak merasa puas menikmati Ramadhan Al-Mubarak yang sudah pun masuk hari ke-11 hari ini (11 September 2008 / 11 Ramadhan 1429H). Masa sentiasa berubah tetapi bagaimana iklim politik negara kita? Apakah ianya akan berterusan begini tanpa ada sebarang pendekatan yang lebih berkesan ke arah mengamankannya?
Saban hari saya dan rakan-rakan selalu mendengar keluhan serta rintihan rakyat pelbagai kaum. Tidak kira peringkat umur mahu pun latarbelakang kerjaya, semuanya cukup tidak senang dan tidak selesa dengan suasana politik negara selepas PRU pada 8 Mac 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masing-masing melontarkan bermacam-macam pandangan dan pendapat.
Namun secara keseluruhan dan puratanya, majoriti telah menolak kepimpinan Dato' Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri dan juga tidak mahu menerima Dato' Seri Najib sebagai pengganti PM bagi tempoh-tempoh akan datang. Saya kira hati dan perasaan rakyat turut harus diberikan pertimbangan jika mahu melihat Malaysia kembali sebagai sebuah negara aman dan damai sepertimana ketika di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.
Sekiranya keluhan rakyat tidak mahu diambil-pakai oleh para pemimpin tertinggi yang ada sekarang, nescaya tidak mustahil negara akan menghadapi satu kemelut yang lebih huru-hara daripada keadaan semasa dan di luar dugaan pada masa akan datang. Maka semua pemimpin-pemimpin kanan kerajaan tidak seharusnya berterusan berdegil serta bersikap mementingkan diri sendiri. Ingatlah bahawa para pemimpin hanyalah beberapa kerat sahaja tetapi rakyat yang puluhan juta menanggung derita dan beban akibat daripada masalah kepimpinan negara.
Suka atau tidak suka, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang ada pada hari ini wajib menerima kenyataan bahawa rakyat amat memerlukan satu perubahan besar yang lebih drastik daripada biasa. Perubahan ini perlu dilaksanakan segera dan tidak wajar untuk dilengah-lengahkan mengikut keselesaan diri pemimpin itu sendiri. Ini difikirkan amat wajar dan bertepatan dengan tuntutan semasa agar suasana iklim politik dan ekonomi negara kembali pulih ke tahap yang diharapkan oleh semua golongan dan lapisan masyarakat demi kesejahteraan sejagat.
Harapan saya dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia agar perkara yang baik tidak harus ditunda lebih lama lagi. Segerakanlah peralihan kuasa pada selewat-lewatnya penghujung tahun ini di hari Perhimpunan Agung Umno pada Disember akan datang. Sesungguhnya masa itu adalah emas dan ianya amat berharga kepada seluruh rakyat di dalam mencari kualiti sebuah kehidupan. Ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul. Kita mahu semua pihak mendapat kemanfaatan daripada perubahan yang bakal dilakukan di dalam pentadbiran negara.
Janganlah diabaikan lagi masa yang terus berlalu dengan pantas. Masa tidak menunggu kita sebaliknya kitalah yang harus mengejar masa bagi melaksanakan perubahan demi kebaikan sejagat. Bagi semua pemimpin beragama Islam, kembalilah ke pangkal jalan dan renungkanlah sepotong ayat suci Al-Quran, "Demi Masa" yang mampu menyedarkan kita daripada khayalan dan ketamakan impian yang menggunung tanpa memikirkan diri orang lain. Kita hidup bermasyarakat maka wajiblah kita saling menghormati masyarakat di sekeliling kita. Kepada semua pemimpin, ingatlah juga bahawa tanpa rakyat siapalah anda.

Muhyiddin atau Zaid perlu berundur dari kabinet
Jika kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin yang mahu pelan peralihan kuasa disegera boleh membawa kepada desakan agar beliau berundur daripada jawatan kabinet, bagaimana pula dengan kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang pertikai keputusan kabinet sendiri.
“Jika Muhyiddin tidak bersetuju dengan dasar Perdana Menteri, beliau perlu meletakkan jawatan," demikian kenyataan yang dibuat oleh Zaid ketika menjelaskan kenyataanya mengenai kedudukan Muhyiddin yang mahu Abdullah mempercepatkan proses peralihan kuasa.
Namun Muhyiddin dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan, kenyataan beliau adalah pandangan ramai ahli UMNO dan harapan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Bagi beliau, tanggungjawabnya hanya menyampaikan pandangan tersebut dengan berani dan bertanggungjawab.
Berdasarkan dua senario ini, jika memberikan kenyataan berhubung sesuatu yang bukan merupakan dasar kerajaan iaitu peralihan kuasa, Muhyiddin digesa berundur, apakah Zaid yang mempertikaikan keputusan kerajaan menggunakan ISA merupakan sesuatu yang dibenarkan dan Zaid boleh terus berada di dalam kabinet.
Kedua-duanya ada alasan yang cukup kukuh. Bagi Muhyiddin kenyataan beliau adalah untuk menyelamatkan parti manakala Zaid pula tidak mahu ISA terus menjadi isu yang boleh meningkatkan tentangan masyarakat kepada kerajaan.
Namun mengukur mana yang lebih berat, Muhyiddin bercakap sesuatu yang berbentuk politik tetapi Zaid pertikai keputusan kerajaan yang beliau sendiri adalah anggotanya. – 14/9/2008 dari agenda daily.
Maaf kerana tiada tempat nak luahkan pendapat... Keluar tajuk sikit...
Pada saya zaid ibrahim tak setuju ISA digunakan adalah kerana beliau sebenarnya terancam kerana risau sepatutnya beliau yang perlu dimasukan dalam ISA sebelum "Raja petra and the gang".Ni nak suruh Muhyidin pulak, dia tu sepatutnya dipecat dari menteri kabinet.Tidak mustahil jika beliau dipecat maka bertambahlah lagi seorang ahli pakatan rakyat,kerana calon Ketua Bhg umno Kota bharu pun beliau tak cukup pencalonan lagi.
Ramai nak tahu rasional penahanan wartawan Sin Chew
Rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di bawah ISA selama 18 jam terus menjadi tandatanya.
Bagi kebanyakan orang kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada langkah pantas polis bagi memastikan keselamatanya selepas wartawan itu menerima panggilan berbentuk ugutan adalah mengelirukan.
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berharap polis dapat beri penjelasan mengenai rasional penahanan Tan.
"Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan " katanya yang diminta mengulas hal berkenaan.
Apapun Shabery yang menyuarakan rasa lega dengan pembebasan Tan berkata tindakan itu jelas menggambarkan bahawa penahanan di bawah ISA bukan berbentuk hukuman jangka panjang.
Menurutnya ia hanya bertujuan menghalang pihak tertentu daripada membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengancam keselamatan nasional.
Saya berpendapat bahawa tahanan terhadap wartawan Tan Hoon Cheng, dgn menggunakan ISA adalah tidak tepat, dan boleh menjejaskan imej kerajaan.
Mengulas hal sama Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Rahman Dahlan menilai alasan Syed Hamid bahawa tahanan itu perlu dibuat kerana menjaga keselamatan Tan adalah alasan yang sama sekali mengundang kekeliruan.
“Kenapa perlu guna ISA sedangkan pihak polis boleh memberi perlindungan polis kepada Tan? Katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata penggunaan ISA adalah untuk perkara yg serius dan perlu digunapakai apabila undang-undang lain tidak mencukupi atau tidak dapat menyelesaikan masalah yg boleh menggugat keselamatan negara dengan segera.
“Berbanding dengan penahanan wartawan itu, di dalam kes Raja Petra dan Teresa Kok, Syed Hamid berkata tangkapan yang dibuat adalah berasas perbuatan mereka yang boleh ditakrifkan sebagai ancaman kepada ketenteraman negara yang memang jelas dan memang wujud (clear and present danger to the country).
“Hal ini jelas kerana, walaupun telah berkali kali diberi nasihat atau amaran untuk jangan cuba mencabar had undang undang atau bermain dengan terma dan semangat para pengasas negara yang berbilang kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
Sebagai Setiausaha Pemuda yang mewakili dan peka terhadap suara generasi muda, saya juga tidak mahu alasan-alasan yang tidak konkrit dan boleh mengundang kekeliruan diberikan seperti di dalam penahanan ISA wartawan Tan Hoon Cheng itu akhirnya akan menyebabkan krisis keyakinan terhadap Kerajaan berlaku, terutamanya di kalangan generasi muda,”katanya.- 14/9/2008
komen add:
Ramainya pemimpin melayu "lembu" sekarang ni kerana :
1.Mempertikai apa yang kerajaan buat keatas Tan.
2.Mempertahankan kaum Cina dan membelasah kaum sendiri(Ahmad Ismail).
3.Jangan nak ambil sokongan kaum cina ,kerana hanya melayu yang membela cina tetapi cina tidak akan sesekali membela melayu. Contoh:
-Hattan nyanyi lagu negaraku, ada yang nak buang kelaut.
-Orang cina nyanyi lagu negaraku mencarut .Ada pemimpin cina marah pada budak bangang tu.. tak de kan so kita orang melayu jangan jadi lembu...
(menteri: zaid dan saberi chik)
3.