Ada yang bertanya saya kenapa sudah lama tak berapa aktif sangat menulis blog seperti sebelumnya? Baiklah biar saya jawab pertanyaan itu di dalam blog sahaja. Sebenarnya tentulah ada banyak sebab-sebabnya. Tidak mungkin berlakunya sesuatu itu tanpa bersebab.
Lama tak aktif menulis blog kerana.......
Lebih baik menumpukan urusan kehidupan seharian mencari rezeki untuk seisi keluarga daripada melayan kerenah politik negara yang sudah tunggang-langgang dek kerana kebodohan pemimpin-pemimpin tertinggi yang ada yang tidak tahu bagaimana mahu menangani setiap permasalahan yang wujud. Depa kaya tapi kita yang kayap.

Mencari dan mengumpulkan banyak maklumat-maklumat dan fakta-fakta penting yang berguna untuk membuktikan pelbagai salahlaku pemimpin-pemimpin tertinggi sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan. Setidak-tidaknya apabila perlu maka sedikit demi sedikit dapatlah dimaklumkan dan dikongsikan kepada semua orang supaya rakyat tahu perihal di sebalik tabir yang sebenarnya.

Makin hari makin meluat dengan majoriti pemimpin-pemimpin tertinggi negara yang boleh diistilahkan sebagai hina dan tidak bermaruah sama-sekali. Apa tidaknya, jika mereka merasa masih ada maruah dan harga diri kenapa rakyat sudah bagi isyarat pada PRU12 dan PRK Permatang Pauh pun masih buat-buat tak reti bahasa? Di samping itu pula terlalu tunduk kepada kaum-kaum minoriti secara keterlaluan sehingga kepala ibarat mampu dipijak-pijakkan.

Telah ramai blogawan-blogawan yang mengambil bahagian menulis isu-isu semasa maka cukuplah sekadar menjadi pengunjung dan pembaca blog rakan-rakan blogawan yang lain sambil melepaskan sepatah dua komen serta ulasan sahaja. Bilamana ada ulasan-ulasan tambahan daripada sudut pandangan peribadi maka barulah menulis di blog sendiri. Sesungguhnya itu lebih baik daripada sesetengah blog yang merapu-rapu.

Lagi kita buka pekong pemimpin-pemimpin yang ada (tidak kira kerajaan atau pembangkang), lagi depa buat-buat muka tak tahu malu seolah-olah tiada apa-apa salah yang depa lakukan. Namun hakikatnya yang bahlul tetap bahlul dan yang dungu tetap jugak dungu. Cukuplah kita sebagai rakyat dapat tengok sejauh mana mereka rasa mereka hebat. Kita bersabar dulu sehingga PRU13 nanti untuk tentukan keputusan akan datang.

Macam-macam lagi perihal dan perkara kalau mahu dibangkitkan tetapi rasa-rasanya seluruh rakyat Malaysia tahu apa sebenarnya yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku nanti. Kita bukan Tuhan, bukan Malaikat, bukan Nabi dan bukan golongan kasyaf namun lenggang-lengguk politik negara mampu untuk kita semua ramalkan secara tepat.

Ramai dah rindu ni. Jangan biar blog ni pegun lama sangat bang.
Insya'Allah saudara Harimau-Menaip... Terima kasih selalu atas sokongan saudara serta rakan-rakan yang lain terhadap penulisan saya yang tidak seberapa selama ini... Saya tetap memantau situasi semasa dan pergolakan yang sering berkocak tidak tenang-tenang...
Adakala rasa menyampah hendak menulis dan mengulas isu-isu semasa yang bodoh-bodoh. Terlalu banyak kalau mahu diulas sehingga tersekat-sekat kerana sindrom geram melampau yang melanda. Maka eloklah adakalanya saya banyak-banyak beristighfar mohon bersabar saja dulu. Kepada pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab pasti akan ada balasannya yang setimpal nanti.
Saya setuju sangat-sangat pendapat pemuda pelapis... saya pun hanya menunggu je apa nak jadi dengan pemmpin melayu kita ni dari atas sampailah peringkat pertengahan....Yang penting...banyakkan amal,kerja dengan tekun untuk teruskan kehidupan disamping berdoa agar "kita tengok siapa yang malu pada 16 September 2008 nanti" apa lagi auta yang akan dicakapkan kepada semua rakyat.
Semoga lebih ramai ahli parlimen Indonesia lompat parti menyeberang ke Pakatan Rakyat menjelangnya 16 september ini...Biarlah Gusdur jadi TPM1,Joseph Estrada TPM2,
Terima kasih saudara add,
Sokongan saudara sentiasa dihargai. Agaknya macam tu lah rasanya DSAI berharapan sebab itulah dia menang saja PRK Permatang Pauh dan terus menyeberang ke Indonesia. Yang melompat parti nanti bukannya AP Umno/BN tetapi para pemimpin negara luar yang tiada kena mengena langsung. Hai... macam-macam ragam dunia politik kita di akhir zaman ini. Apa-apa sajalah Labu... he! he! he!
Alhamdulillah.... TDM nak masuk dan perkemaskan semula UMNO dan BN..demi menyelamatkan maruah bangsa melayu yang hampir dicacamarba kan oleh Presiden UMNO dan Mantan TPM ...Semoga Allah merahmati perjuangan TUN.Amin...