Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Penamaan calon sudah berlangsung semalam. Pilihanraya kecil DUN Penanti akan menyaksikan satu pertandingan empat penjuru antara calon PKR yang akan ditentang oleh 3 calon Bebas pada 31 Mei ini. Sepatutnya ia berlaku lima penjuru kerana kertas penamaan seorang ahli perniagaan telah ditolak oleh SPR.

Empat calon itu ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42 yang pernah tewas teruk sehingga hilang wang pertaruhan di Bukit Gantang lalu dengan memperolehi cuma 62 undi sahaja.

Sementara kertas pencalonan seorang lagi calon Bebas iaitu ahli perniagaan, Mohd Saberi Othman, 49, ditolak kerana tidak menepati syarat ditetapkan. SPR juga menerima enam bantahan tetapi tidak mengulas lanjut apakah bentuk bantahan tersebut.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Berita yang diterima daripada rakan-rakan di sana, suasana penamaan calon di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, Penanti tidak berapa meriah disebabkan parti kerajaan BN tidak meletakkan calonnya kali ini kerana memboikot pilihanraya kecil itu yang sengaja dicetuskan PKR bagi menyelesaikan kemelut dalaman partinya.

Awal-awal lagi calon PKR, Dr Mansor Othman telah menyatakan beliau yakin menang mudah di Penanti kerana hanya berentap dengan 3 calon Bebas. Itu cuma persepsi beliau tetapi tidak mustahil kemenangan mungkin memihak kepada mana-mana calon Bebas yang bertanding kerana desas-desus bertiup mengatakan rakyat Penanti sudah mula bosan dengan gelagat pakatan haram PR yang tidak bertanggungjawab menyusahkan pengundi-pengundi di sana.

Calon PKR ini mempunyai rekod kalah pilihanraya sebanyak 3 kali dan bukan sekali. Dr Mansor pernah tewas dalam pilihanraya umum pada tahun 1999 di kawasan Parlimen Balik Pulau, pada tahun 2004 di kerusi DUN Seberang Jaya dan terbaru pada tahun 2008 di kerusi DUN Pulau Betong.

Kekalahan calon PKR ini ialah kekalahan "hatrick" dan luar biasa kerana tewas berturut-turut sebanyak tiga kali. Jika kalah lagi kali ini beliau wajib pencen terus daripada berpolitik. Itulah saranan terbaik daripada saya sebagai pemerhati bebas.

1 Response
  1. nanti kita sama2 tengok,samada dia kalah atau menang.kalau dia menang bermakna blogger pemuda pelapis tak bekerja dengan baik,sebab info tak sampai pada rakyat.