Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Apa yang dinanti-nantikan akhirnya.......
Alhamdulillah! Pak Lah akur untuk melepaskan jawatan lebih awal daripada apa yang telah dijadualkan walaupun pada dasarnya agak lewat pada kehendak rakyat. Pengumuman tempohari memang amat ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia dengan penuh kesyukuran. Saya sendiri telah mengadakan kenduri kesyukuran atas pengumuman tersebut.

Sepatutnya dah lama beliau bertindak untuk berundur dan bukannya sekarang. Masa rakyat sudah banyak terbuang kerana kelemahan diri beliau. Kehadiran beliau suatu ketika dahulu tidak pernah saya harapkan tetapi pemergian beliau ini amat dialu-alukan kerana di antara berjuta rakyat yang telah terbazir masa berada di bawah pentadbiran beliau adalah saya sendiri. Apa yang pernah dijanjikan beliau tidak dikotakan. Saya adalah di antara mangsa Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menabur janji kosong.

Percayalah negara tidak akan rugi apa-apa dengan turunnya beliau daripada takhta kerajaan Malaysia. Setidak-tidaknya tenang sikit otak rakyat Malaysia. Harap-harap tidak akan ada lagi rakyat yang sakit jantung mati mengejut kerana kerenah Pak Lah yang cukup megecewakan rakyat dan negara. Saya ada dengar banyak cerita arwah-arwah yang telah selamat dikebumikan mati kerana terlalu marahkan pada Pak Lah. Secara tidak disedari Pak Lah juga adalah pembunuh dalam senyap kalau mahu diambilkira. Penyakit jantung sudah satu hal tapi ditambah pula kemeluatan yang teramat sangat pada Pak Lah mendorong punca kematian mereka terlebih awal. Bab takdir dan ketentuan Ilahi memanglah tak boleh dinafikan tetapi pendorong punca itu yang dipertikaikan.

Dan akhirnya...
Janganlah pula naiknya saudara Najib nanti akan menjadi lebih huru-hara lagi. Daripada desas-desus sana-sini telah bertiup kencang kemungkinan Najib akan mengharuk-pikukkan lagi pentadbiran negara jika beliau tidak mengambil iktibar dengan apa yang telah dikacau-bilaukan oleh Pak Lah. Di ambang pemilihan untuk mencalonkan Najib naik ke takhta Presiden Umno dan PM ketika ini ramailah kroni-kroni Najib yang sangat-sangat mengharapkan pelbagai jawatan dan pelbagai projek.

Di samping itu segala bunyi gendang akan semakin rancak dipalu oleh Najib dan konco-konconya. Semuanya janji-janji manis belaka sebab mahukan pencalonan dan jawatan PM yang bakal dikosongkan Pak Lah. Rasa-rasa boleh ke Najib bertanggungjawab dengan apa yang dijanjikan? Kita tidak mahu lebih sudu daripada kuahnya nanti. Anak isteri, saudara-mara dan konco-konco sahaja yang lebih-lebih nanti. Cukuplah dinasti Pak Lah dan menantunya berakhir dan tidak perlu diulangi pula oleh Najib dengan dinasti beliau yang akan datang.

Belum apa-apa lagi suara sumbang anak Najib sudah pun didendangkan di Universiti Lim Kok Wing yang kedengaran bermegah-megah dengan rakan-rakan kolej tentang bapanya. Petikan berbunyi, "hai tak kenal ke aku anak siapa? Anak Dato' Seri Najib TPM lah, takkan kau orang tak kenal?". Itulah keangkuhan anakanda beliau. Apakah wajar seorang anak pemimpin bersikap angkuh begitu terhadap rakan-rakannya? Di manakah budi bahasa anak seorang pemimpin? Itukah didikan Najib pada anak-anaknya atau didikan Rosmah? Mengundang kebencian ramai atau kesukaan ramai? Pepatah ada mengatakan, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Istilah ini boleh dihuraikan kepada banyak makna yang tersirat. Fikir-fikirkanlah!

Di dalam pemilihan pengganti Pak Lah, semua perwakilan haruslah waras memilih calon-calon yang paling layak, berbudi-bahasa, bertanggungjawab, dinamik dan sebagainya yang positif-positif. Bukan memilih atau menyokong atas dasar "aku kenal dia" atau "dia kawan aku" dan apa sahaja yang tidak seharusnya berlaku lagi kali kedua di dalam iklim politik Malaysia. Berwaspadalah daripada sekarang jika tidak mahu negara terus hancur dan musnah. Kita tidak mahu PM dan TPM akan datang tidak mampu merealisasikan impian Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju sebagaimana yang telah digariskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Juga selepas selesainya persidangan nanti, bubarkanlah semula kabinet negara kepada yang baru dengan pengisian pemimpin-pemimpin yang hanya benar-benar layak dan komited untuk berbakti kepada rakyat dan negara sahaja. Kabinet Pak Lah yang ada pada hari ini lebih daripada separuh yang masih mementingkan diri sendiri. Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang disandang hanya untuk bergaya dan bukannya untuk berkhidmat dengan telus atas dasar tanggungjawab yang telah diamanahkan. Rakyat benar-benar hampa dan kecewa sekali.

4 Responses
  1. add Says:

    salam PPPPB, makin suram lah blog ni... saya setuju pendapat saudara, kepada DSN (bakal PM).kalau nak berjaya mentadbir negara belajar lah dengan TDM tetapi bukan ikut telunjuk TDM.Kepada datin Rosmah bila PK JIB naik PM pakailah tudung dan jangan lah dok kacau pak jib ni menguruskan negara. Seganlah dengan Permaisuri Agung kita tu ,muda-muda lagi dah pakai tudung, cantik anggun dan bergaya. kalau datin pakai pun saya rasa lagi lawa dari mendiang Altantuya.


  2. Salam kembali Add,

    Takpe Add suram pun tak jadi masalah. Bukan nawaitu utama untuk menjadikan blog PP terlalu meriah tapi perkongsian info dan pandangan itu lebih bermakna dari segalanya.

    Saudara Add haruslah faham tentang kehidupan dan juga dunia politik bahawa tidak semua orang akan sebulu atau sependapat dengan kita wa'imah kita duduk sebumbung sekali pun. Pandangan seseorang itu tetap berbeza walaupun antara anak dengan bapa.

    Dan lagi...
    Kita tidak boleh mengharapkan orang ramai mesti berkunjung ke blog kita kerana itu hak peribadi masing-masing. Menyediakan blog adalah sebagai perkongsian pendapat sahaja. Pengunjung tidak dijemput dan tidak pula dihalang tetapi sekadar mengalu-alukan pembacaan serta komen jika ada yang sudi mahu mengulas. Tidak lebih daripada itu.

    Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan harian kehidupan menguruskan perniagaan mungkin kurang berpeluang untuk mengemaskini dengan tajuk-tajuk menarik walaupun banyak yang ingin dituliskan. Namun yang mana menjadi keutamaan haruslah diberikan perhatian terlebih dahulu. Yang penting 2 lagi blog (Rujukan Berita TV3 dan Rancangan Blog RTM) sentiasa saya kemaskini buat tontonan semua pengunjung yang sudi melayarinya.

    Hidup dengan hasil perniagaan ni bukannya seperti makan gaji, hujung bulan ada duit. Jika saya abaikan maka tak masuklah hasilnya. Saya telah berdikari lebih kurang 12 tahun lamanya setelah berhenti makan gaji di sektor kerajaan dan swasta.

    Kalau terlebih leka melayan kerenah politik negara yang tunggang-langgang ni jawabnya dapur rumah saya tak berasaplah nanti. Sudah tentu isteri dan anak-anak saya teraniaya. Lainlah jika ditakdirkan saya menjadi seorang ahli politik sepenuh masa maka barulah saya akan fokus bidang politik dengan penuh komited terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepercayaan oleh rakyat dan masyarakat setempat.

    Apa pun saya sangat menghargai sokongan saudara Add dan kawan-kawan yang tidak pernah jemu menjenguk blog PP dan melontarkan pandangan. Saudara juga boleh emelkan kepada saya jika ada apa-apa perkara mustahak untuk disampaikan.


  3. Pemuda IKS Says:

    Salam Perkenalan,

    Marilah kita bersama-sama berusaha menjernihkan kembali pemikiran rakyat terhadap UMNO. Semoga Allah s.w.t. memberi kita kekuatan menempuh segala dugaan mendatang.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com


  4. Salam perkenalan Pemuda IKS,

    Benar, memang kita perlu dan wajar menjernihkan semula pemikiran serta sokongan rakyat terhadap Umno yang sudah pun tercemar selepas PRU12 yang lalu.

    Syaratnya satu sahaja bagi Pergerakan Pemuda Umno iaitu KJ menantu Pak Lah tidak harus diberikan apa-apa sokongan kerana di akar umbi secara majoriti menolak beliau. Andai ini tertunai maka insyallah-lah jawapannya bagi Pergerakan Pemuda Umno secara amnya.

    Sokongan tulen harus diberikan kepada Dato' Mukhriz kerana beliau lebih mempunyai ketokohan dan idea-idea bernas di samping berani memperjuangkan yang hak. Bagi saya begitulah pendirian muktamad saya serta rakan-rakan perjuangan.