Soal rasuah dalam pemilihan Umno bukanlah satu perkara baru tetapi telah menjadi tradisi sejak berzaman lagi. Ia mula berlaku sejak era pemerintahan Perdana Menteri pertama lagi sehinggalah sekarang. Adalah dipercayai ia tetap akan terus kekal begitu menjadi satu tradisi yang amat sukar untuk dibendung. Tak perlulah ada mana-mana pihak cuba menafikan perkara ini.
Semua orang tahu dan sedar rasuah di dalam pemilihan Umno bermula daripada bawahan lagi termasuklah cawangan, bahagian, negeri hinggalah ke pusat. Disebabkan berlakunya gejala-gejala tidak sihat inilah maka terlahirnya para pemimpin Umno yang tidak berkaliber dan tidak berwibawa dari peringkat bawah hinggalah ke peringkat tertinggi. Boleh dikatakan siapa ada kuasa dan wang ringgitlah yang mampu membeli pengaruh dan undi.
Yang benar-benar boleh dianggap berkaliber dan berwibawa cumalah separuh sahaja tetapi di era pemerintahan Perdana Menteri kelima, telah nyata mempamirkan sekurang-kurangnya 70% pemimpin yang korup dan tidak berwibawa. Hanya 30% sahaja terdiri daripada pemimpin yang boleh dibanggakan serta diharapkan. Siapakah golongan 30% ini? Sama-samalah kita buat "homework" dan cari jawapannya.
Andaikata kemunculan Perdana Menteri keenam nanti masih terus juga berleluasa hal-hal rasuah pemilihan di dalam Umno ini, amatlah malang sekali nasib sebuah parti tua yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kerajaan pemerintah di tanahair kita yang tercinta ini sejak sekian lamanya. Rakyat sering dihidangkan dengan segala kempen-kempen anti-rasuah oleh pihak kerajaan tetapi para pemimpin pemerintah sendiri sukar melekangkan diri daripada rasuah. Sebaliknya kempen anti-rasuah sebenarnya satu kempen silap mata sahaja untuk mengaburi pandangan rakyat khususnya ahli-ahli parti. Kita tidak mahu bercerita soal-soal rasuah lain di sini tetapi tentang rasuah di dalam pemilihan Umno itu sendiri.
Jika rasuah di dalam pemilihan para pemimpin Umno tidak dapat dibendung daripada sekarang, apakah akan terjadi kepada nasib anak bangsa kita seterusnya nanti? Pernahkah semua pemimpin-pemimpin kita memikirkannya? Sudah tentu generasi-generasi baru akan datang menganggap rasuah di dalam pemilihan ini sebagai sesuatu yang lazim dan tidak salah.
Mahukah kita sebagai pemimpin-pemimpin terawal daripada mereka membiarkan generasi baru akan datang terus mewarisi perkara yang tidak baik ini? Ia adalah seumpama tingkahlaku harian kita di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Apabila ibu dan bapa mengamalkan hidup dengan tabiat salah seperti tidak bersolat, tidak berdisiplin atau sebagainya sudah pasti menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak kita yang dari hari ke hari semakin membesar. Anak-anak kecil ibarat sebagai kain putih dan kita sebagai ibubapalah yang mencorakkan mereka samada hendak menjadikannya abstrak atau pun batik. Jadi samalah juga kepada generasi baru di dalam parti Umno yang dikatakan kepimpinan melalui teladan.
Memandangkan rasuah ini terus berleluasa maka beginilah cadangan saya secara peribadi. Kita jangan begitu mudah berbangga di saat-saat pencalonan pemimpin pilihan kita pada ketika ini. Kadangkala ini semua hanya satu gimik politik sahaja walhal di sebalik tabir segala-galanya telah diaturkan dengan perancangan jahat yang begitu teliti oleh penguasa-penguasa yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya seperti perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno. Sungguhpun pada zahirnya sekarang Datuk Mukhriz Mahathir telah melepasi kuota kelayakan dengan meninggalkan pesaingnya begitu jauh di belakang tetapi tidak juga mustahil di saat-saat akhir nanti pesaing beliau yang terdekat yang kononnya dianggap "calon favourite syok sendiri" itu akan juga melayakkan diri. Pencalonan ini bukan lagi sebagai penentu kemenangan tetapi di hari pengundian nantilah hari penentuan yang hakiki. Segala-gala yang pelik dan tidak masuk akal boleh terjadi seandainya tidak dipantau dengan begitu baik dan berhati-hati.
Kebanyakan manusia pada lazimnya bersifat gelojoh dan tamak sekali. Perwakilan yang bakal mengundi pada hari persidangan Umno akan datang haruslah bijak dan waras memilih calon mana yang sewajarnya layak. Jangan sampai berpinau-pinau biji mata melihat wang ringgit yang disogokkan kepada anda atau juga lain-lain bentuk sogokan.
Alang-alang perkara ini tidak dapat dibendung dan tetap juga berlaku, nasihat saya, terima saja sogokan yang dihulurkan itu tetapi tidak semestinya anda sebagai perwakilan harus mengundi calon-calon yang menyogok anda. Dengan ini kita akan dapat menyedarkan betapa hebatnya tamparan balik kepada pihak calon-calon yang merasuah anda semua. Sebagai perwakilan janganlah anda terlalu bodoh menuruti kehendak mereka dengan sogokan rasuah tersebut.
Jangan mudah merasa terhutang budi kepada perkara-perkara salah seperti itu, sebaliknya biarlah hanya terhutang budi pada soal-soal kebenaran dan bermanfaat sahaja. Jangan menjadi Melayu yang mudah lupa!

Salam,
Saudara, Ada benarnya posting saudara. saya 100% menyokong. Adakah hanya UMNO sahaja yang dikaitkan dengan POLITIK WANG? Benar majoriti pemimpin melayu UMNO menggunakan wang dan kuasa untuk memperkukuhkan sayap dan tapak mereka di dalam parti. Namun majoriti pemimpin itu jugalah yang mudah rebah tersungkur tidak kira walau dari peringkat bahagian atau akar umbi..ini terbukti dalam pemilihan2 ketua dalam mesyuarat2 di serata negeri baru2 ini.Pada pandangan saudara, adakah parti lain di dalam komponen barisan nasional atau pakatan rakyat tidak mengamalkannya? Kita tak pernah mendengarnya kerana politik UMNO lebih popular dan sensasi. ada perlunya kita mula mencari bukti dari pihak pakatan rakyat yang nampak mula menjilat ludah sendiri setelah memerintah 5 negeri terutamanya di selangor dan perak. mereka juga telah mula bermain api dengan politik wang kerana taksub dengan anwar ibrahim yang menjanjikan untuk memberikan pakatan rakyat kerajaan baru..mereka berebut2 untuk menonjol kerana mengidamkan pangkat dan jawatan..POLITIK WANG, bukan sahaja masalah UMNO.malah semua parti politik..apa kesudahannya politik malaysia? sama2 kita berdoa agar dikurniakan pemimpin yang dapat membawa kita keluar dari belenggu sekarang..
Salam PP. Perkara yang paling penting adalah sekat dari KJ melepasi untuk bertanding KP. Kalau KJ dapat melepasi pencalonan sebagai KP maka konform Datuk Mukhriz akan tersungkur dengan angan-angan sahaja.Ini kerana KJ terlalu biadap dan terlalu banyak duit untuk labur kepada perwakilan .Masa pun masih terlalu panjang untuk KJ pergi menyuap wang kepada semua perwakilan, saya percaya dan yakin kepada mulut Datuk Mukhriz je si Mamat Hitam (KJ) ni tak kan pergi merasuahkan beliau. Kepada Badan Pencegah Rasuah buat la strategi sebagaimana BPR membuat strategi pada jabatan-jabatan lain. Kepada Ketua Audit Negara, auditlah dengan mendalam duit -duit yang keluar diatas permintaan KJ untuk membiayai jawatan KP ini.walahualam
alo kawan masa ANWAR bertanding lagi banyak pakai duit.. sama la perasuah hantam perasuah... korang ingat PKR tak main duit ke...korang pun sama bodoh macam diorang
alo bro anda dari kumpulan hindraf ke kutuk "sama dengan doirang ni"
sori bro silap ejaan sebab nak cepat sangat : "sama dengan diaorang"
Salam kembali Che Moq,
Terima kasih atas pandangan saudara. Semua parti ada mengamalkan rasuah cuma kurang popular sepertimana saudara katakan. Umno yang kelihatan lebih sensasi dan menjadi intipan ramai kerana Umno adalah tulang belakang pemerintahan negara seperti yang saya ulaskan.
Salam Add,
Takpe bagi peluang si Iskandar hendak melatah dan merapu sekali-sekala. Mungkin dia tidak faham apa yang saya tuliskan. Adatlah manusia, orang nak ulas sesuatu isu itu, dia pun terasa nak join sama tapi sayangnya tidak menepati kehendak apa yang dimaksudkan. Pada tanggapan beliau kononnya saya golongan PKR.
Biarkan! Biarkan! Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya... Biarkan! Biarkan!